"Annyeonghaeseyo"
Senyuman yang sedia terukir menjadi semakin pudar. Dia pandang tiga orang manusia yang baru melangkah masuk ke dalam restoran itu dengan itu.
Dia bangun dari duduknya. Dia pandang ke arah salah seorang lelaki yang datang.
"Urm... apa kata kita duduk dulu," MiNa dapat merasakan kekekokkan yang terjadi sekarang.
Mereka semua mengambil tempat, Baekhyun juga kembali duduk. Di pandang ke arah JaeHan, apabila JaeHan pandang ke arahnya di menjegilkan matanya. Dan memberikan isyarat untuk keluar dari situ.
JaeHan bangun, dia pegang bahu Chanyeol lalu melangkah keluar meninggalkan mereka semua. Seketika kemudian Baekhyun pula melangkah keluar dari restoran itu. Tinggallah Chanyeol bersama dengan MiNa sahaja.
Baekhyun bercekak pinggang, dia pandang JaeHan dengan muka tak puas hati. "Kau dah janji kan dengan aku? Apa ni?" Tanya Baekhyun inginkan jawapan.
JaeHan angkat tangan, dia kerling ke dalam restoran. Dari tempat mereka berdiri, Chanyeol dan MiNa dapat tengok dengan jelas pergerakan mereka berdua. Dapat melihat jelas riak Baekhyun. Dan mungkin akan membuatkan Chanyeol terasa hati dengan sahabatnya ini.
Tangan Baekhyun di tarik jauh sedikit dari situ. Dia tak kisah kalau orang lain perhatikan mereka, tapi tidak Chanyeol. Dia pasti dengan apa riak atau apa saja dari Baekhyun mungkin akan menggores hatinya sebagai seorang sahabat.
"Kau tenang. Biar aku bagitahu kenapa aku bagitahu dengan Chanyeol yang kau ada dekat sini"
Baekhyun silangkan tangan, dia mengangguk.
"Sebenarnya pada satu petang tu, aku dengan MiNa makan petang sebelum balik. Chanyeol ada bagitahu aku yang dia dengar perbualan aku dengan MiNa pasal kau, lepas tu Chanyeol pun follow aku sampai ke rumah. Aku nak tutup cerita kau pun tak boleh dah memandangkan kereta kau ada dekat rumah aku. Yang si Chanyeol pulak datang tanya macam nak mintak hutang dah. Dan aku terpaksa jugak bagitahu dengan dia pasal kau, semuanya. Tapi kau jangan risau, Chanyeol tak buka rahsia ni pada diaorang yang lain. Kau patut percayakan sahabat kau tu," JaeHan pegang bahu Baekhyun.
Baekhyun mendiamkan diri, tak tahu nak balas apa pada apa yang di beritahu JaeHan. Seketika kemudian Baekhyun mengangguk anggukan kepalanya.
"Jomlah masuk, aku lapar tahu. Sebelum aku makan kau, baik kita masuk sekarang" Baekhyun berjalan meninggalkan JaeHan.
"Cis, kau yang ajak aku keluar tadi,"
JaeHan melanggar bahu Baekhyun, lalu dia pandang ke belakang dan tersengih pada Baekhyun yang nampaknya sudah tak puas hati dengan dia.
"Kurang ajar kau, bahu tu dahlah keras mengalahkan batu bata tu semua. Kan dah rasa sengal sengal bahu aku yang lawa ni" Baekhyun berjalan sambil memegang bahunya yang terasa sedikit sengal itu.
Ketika ini hanya ada mereka berdua, iaitu Baekhyun dan Chanyeol. JaeHan dan MiNa yang sengaja tinggalkan mereka berdua, pasti ada banyak benda yang mereka nak bualkan ketika ini.
Tapi buat masa sekarang kedua duanya hanya mendiamkan diri sahaja. Entah kenapa terasa kekok gila.
Masing masing seperti menunggu antara mereka membuka bicara dahulu, tapi dua dua diam dan menunggu. Chanyeol kerling ke arah Baekhyun, warna rambut Baekhyun yang sebelum ini warna hitam asli sudah di tukar ke warna merah.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...