"Unnie bila nak berterus terang dengan Baekhyun oppa tentang perasaan unnie" YeonJi melabuhkan punggung berhadapan dengan Taeyeon yang duduk seorang diri di tepi kolam.
"Sejak bila Baekhyun dah ada gelaran oppa tu?" Kening di angkat.
YeonJi sengih. "Baru je naik taraf dua minggu lepas selepas balik dari melawat tu," makin lebar sengihan YeonJi.
Taeyeon mencebik. "Dah kenapa pulak? Bukannya dia naik taraf dalam keluarga kita lagi pun, jadi jangan nak berangan panggil dia oppa bagai erk..." Taeyeon menjeling.
"Tapikan unnie, YeonJi tengok Baekhyun tu sukakan unnie jugaklah,"
"YeonJi jangan memandai mandai sangat erk... sejak bila pandai sangat tengok tengok orang ni?" Taeyeon silangkan tangan.
"Tak payah pandang lama lama pun YeonJi tahu, dia renung unnie masa kita pergi melawat pun dah tahulah yang dia pun sukakan unnie. So unnie jangan susah hati dia tak sukakan unnie ke apa, sebab dah confirm dia sukakan unnie pun" YeonJi menayang gigi putihnya pada Taeyeon.
"YeonJi dengan Taehyung ada dekat situ dah lama ke? Jadi stalkerlah ni" Taeyeon mengerutkan dahinya.
"Lama jugaklah kitaorang jadi pemerhati unnie dengan Baekhyun malam tu," YeonJi tongkat dagunya dengan kedua dua belah tangan.
Taeyeon mendiamkan diri. Dia merenung sahaja wajah adiknya di hadapannya ini.
"Buat apa malam malam duduk dekat sini?" Soal Puan Kim.
Taeyeon dan YeonJi sama sama menoleh ke arah Puan Kim. "Saja je kitaorang ambil angin malam malam," balas YeonJi.
"Yelah, tapi jangan duduk lama lama sangat. Esok kerja, kan" Puan Kim melangkah masuk ke dalam.
"YeonJi jangan buka cerita ni dekat omma appa erk, nanti macam macam diaorang tanya dengan unnie pulak" Taeyeon berpesan.
YeonJi mengangguk. Melihat Taeyeon bangun dari duduknya, YeonJi juga bangun dan melangkah masuk ke dalam biliknya.
Memandangkan Baekhyun pun sudah sihat, dia, Chanyeol dan Taehyung keluar berjalan jalan. Yang mengajak sudah pastinya Baekhyun kerana dia bosan duduk di dalam rumah sahaja sejak keluar dari hospital, nak keluar seorang diri omma Byun tak benarkan, jadi terpaksalah tunggu sampai hari minggu Chanyeol dan Taehyung cuti.
Baekhyun menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan lahan, dia pandang ke arah Taehyung yang berjalan seorang diri. Chanyeol berada bersamanya.
"Lama kan kau tak datang sini" Chanyeol bersuara.
Baekhyun angguk.
"Lama, sejak aku buat pembedahan tu lah" Baekhyun membalas.
"Hyung, Taeyeon noona sms V suruh datang rumah dia malam ni makan malam" Taehyung pandang Baekhyun dan Chanyeol silih berganti.
Baekhyun dan Chanyeol berpandangan, bukan kerana pelik kerana di jemput datang ke rumah tapi panggilan 'noona' yang keluar dari mulut Taehyung membuatkan mereka berdua pelik. Chanyeol pandang Taehyung lalu menjongketkan keningnya dan tangan di silangkan.
"Zaman bila pulak kau panggil Taeyeon noona? Demam erk?"
"Baru. V kenalah practice, nanti V nak masuk dalam keluarga dia jugak sebab nak kahwin dengan YeonJi" dengan perasaan bangga Taehyung menjawab.
Baekhyun dan Chanyeol ketawa mendengar kenyataan Taehyung. Taehyung sudah mencebik.
"Jangan nak perasan sangat," balas Baekhyun sambil menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...