Part 15

682 90 20
                                    

Sebulan sudah berlalu, Baekhyun masih seperti sebelum ini. Tidak sedarkan diri. Dan seperti biasa Chanyeol dan Taehyung lah yang akan menjaga Baekhyun, hujung minggu pastinya Taeyeon akan bersama sama dengan mereka menemani Baekhyun di hospital.

"Byun Baekhyun, Byun Baekhyun" Taeyeon menyebut nyebut nama Baekhyun sahaja semenjak dua menjak ini.

Hari ini dia tidak masuk kerja, dia tak berapa nak sihat sangat tapi tidaklah teruk mana. Taeyeon mengerling ke arah jam di dinding, dia sedang menunggu kepulangan YeonJi. Ada perkara yang dia mahu bualkan bersama YeonJi, selama ini YeonJi sahajalah yang akan menduga dia dengan perkara yang mahu di bualkan sekejap lagi apabila YeonJi sudah berada di rumah.

Taeyeon bangun dari duduknya, dia melangkah keluar dari bilik. Dia menapak turun ke tingkat bawah, mencari omma nya petang petang begini. Selalunya waktu waktu begini omma berada di halaman rumah melihat pokok bunga yang banyak tertanam di dalam pasu.

"Omma, YeonJi lambat lagi ke nak balik ni?" Soal Taeyeon sedikit melaung.

"Sekejap lagi sampailah tu, kenapa? Taeyeon datang sini sekejap, ni omma nak kenalkan dengan kawan omma ni," panggil Puan Kim sambil mengukirkan senyuman.

Taeyeon tersengih sendiri, dia tak perasan pun ada orang datang ke rumah sebab itulah dia main jerit je tadi. Taeyeon menunduk sebagai tanda hormat.

"Ni auntie Jung," Puan Kim mengenalkan anaknya dengan Puan Jung.

"Nae, Taeyeon imnida" Taeyeon sekali lagi menunduk.

"Ni anak sulung saya, anak bongsu masih belum balik lagi. Sekejap lagi sampailah tu," Puan Kim menarik tangan Taeyeon duduk bersama sama mereka di bawah pokok rendang yang di tanam.

"Kerja apa?" Soal Puan Jumg sambil memandang Taeyeon.

"Yang ni kerja dekat syarikat keluarga kami, uruskan satu yang ada dekat sini" bagitahu Puan Kim. "Yang bongsu doktor"

Puan Jung mengangguk anggukkan kepala. Taeyeon meneguk air yang di hulurkan omma nya sambil mengerling ke arah Puan Jung yang asyik memandang ke arahnya.

"Cantik orangnya, kan saya dah berkenan dengan Taeyeon ni. Agak agak boleh jadi menantu saya tak ni?" Soal Puan Jung dengan nada bergurau tapi dia mengharap juga jawapan yang keluar dari mulut omma Taeyeon setuju sahaja tanpa banyak soal.

Serentak dengan apa yang di katakan Puan Jung, Taeyeon tersedak. Nasib baik tak tersembur keluar sahaja, kalau tidak selamatlah muka rakan omma nya ini kena air dari dalam mulut Taeyeon. Puan Kim menepuk perlahan belakang Taeyeon, tak jadi dia nak menjawab.

"Tu YeonJi dah balik tu... tu lah anak bongsu saya" Puan Kim tersenyum lebar.

"Kenapa muka YeonJi macam kalut semacam tu?" Soal Taeyeon pelik. Puan Kim mengangkat bahu sebagai tanda dia tidak tahu.

YeonJi keluar dari perut kereta, dia mahu masuk ke dalam rumah dalam kadar segera. Ada benda penting yang mahu dia bagitahu pada Taeyeon, lamgsung dia tidak perasan dengan kelibat di luar rumah, tetapi belum sempat melangkah masuk Taeyeon sudah memanggilnya dan membuatkan langkahnya mati. Dia pusing, lalu terus datang mendekati Taeyeon.

"Ni Kim YeonJi" Puan Kim memperkenalkan anak bongsunya pula.

Kalut kalut YeonJi menundukkan kepala sambil tersenyum. Dia pandang Taeyeon sekejap sebelum kembali menatap wajah kawan omma nya.

"Annyeonghaeseyo, YeonJi imnida" YeonJi kembali menoleh ke arah Taeyeon. "Unnie, Baekhyun dah sedar, Taehyung cakap dia call unnie tapi unnie tak jawab sebab tu lah dia terus telefon YeonJi" bagitahu YeonJi. "Unnie pergi siap cepat, YeonJi mandi kejap lepas tu kita pergi sama sama tengok Baekhyun. Palli" YeonJi tarik tangan Taeyeon.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now