Taeyeon tersenyum bahagia melihat Baekhyun yang sedang beratur membeli air StarBucks, dia mengaku dia sangat bahagia sejak menjadi kekasih Baekhyun dua minggu yang lepas. Macam macam kenangan sudah mereka cipta walaupun sahaja menjalinkan hubungan.
Mereka sepanjang hari ini hanya berjalan saja. Pagi tadi mereka keluar bersama sama semata mata mahu berjoging dan bersarapan di luar bersama sama. Selepas habis berjoging masing masing pulang ke rumah untuk membersihkan badan sebelum keluar berjalan jalan di shopping mall pula. Beli barang tak adalah banyak mana pun, cakap je lebih.
Selepas makan tengah hari mereka main boling sama sama pula, bukan main seronok Taeyeon main boling tadi. Sudah lama dia tidak datang ke sini untuk bermain boling, rasanya kali terakhir dia main boling pun datang dengan Sooyoung dan Taemin. Tu pun rasanya dah tiga tahun berlalu. Sekarang semua sibuk kerja masing masing, susah sedikitlah nak keluar selalu walaupun kerja di bawah satu bumbung.
Usai bermain boling, mereka tengok wayang berdua pula. Boleh pula mereka bergaduh nak tengok wayang pun, nasib baik tak ada mereka yang lain, kalau tak mesti dah geleng kepala tengok gelagat macam budak budak.
Akhirnya Baekhyun mengalah demi orang yang di cinta ini. Dia layan jugalah cerita apa kebenda entah langsung dia tak pernah dengar tajuknya itu. Hampir hampir sahaja dia tertidur kerana terlalu bosan, dia tak tahu macam mana jalan cerita yang merek tengok ni, jadi naik pening jugalah dia nak tahukan otak sendiri. Pandang Taeyeon dekat sebelah, Taeyeon punya tengok sampai popcorn dalam bekas besar tu pun langsung tak luak. Last last, Baekhyun rampas dari Taeyeon dan makan tanpa perasaan. Taeyeon pun langsung tak cakap apa apa walaupun Baekhyun rampas betih jagung dia tu, khusyuk sangat.
Dan sekarang sudah malam pun, mereka masih lagi bersama di dalam kedai StarBucks.
Tidak lama kemudian Baekhyun datang ke arah Taeyeon bersama dua air. Di hulurkan satu pada Taeyeon, dan Taeyeon menyambutnya.
"Jom, kita pergi makan. Lepas tu oppa hantar Taeyeon balik" kata Baekhyun sambil mengerling jam di tangan.
Oppa? Ohh... Taeyeon yang mulakan dulu setelah seminggu mereka bercinta tu. Baekhyun pun macam nak tersembul biji mata dengar Taeyeon panggil dia dengan panggilan tersebut. Nasib baik waktu tu Baekhyun tengah main telefon pintar dia, kalau tengah makan dah tentu tersembur makanan dan tercekik.
Lepas tu Taeyeon jadi macam malu jugalah pada Baekhyun, tapi tak lama selepas Baekhyun memberikan kata yang di suka Taeyeon memanggil dia dengan gelaran tersebut. Jadi dah menjadi kebiasaan mereka berdua pun. Chanyeol, Taehyung dan YeonJi pun dah tahu tentang panggilan tersebut. Masa kali pertama tahu tu mereka tiga tiga buat reaksi macam nak termuntah dan siap perli Baekhyun lagi. Yelah, kan hari tu Baekhyun takut sangat nak luahkan perasaan, tapi sekarang tengoklah... dah panggil oppa oppa dah pun.
Baekhyun pegang Taeyeon gadis kecil molek ini kuat kuat, takut terlepas pula. Masuk ke dalam restoran yang menjadi pilihan Baekhyun, mereka membuat pesanan selepas mengambil tempat yang paling tepi sekali.
Dari tempat Baekhyun duduk, dia perasan JaeHan sedang duduk bersama dengan tiga orang lelaki, mungkin rakan rapat JaeHan. Kali ini Baekhyun boleh menarik nafas lega, tadi masa nampak tu takut juga kalau JaeHan datang ke sini bersama perempuan. Buat pula Taeyeon masih menyimpan perasaan marah pada JaeHan, dia pergi serang. Pening pula nak leraikan pergaduhan.
Makanan siap tidak lama kemudian, mereka makan sambil berbual.
Usai makan Baekhyun dan Taeyeon keluar dari situ, Taeyeon perasan juga JaeHan di situ. JaeHan siap angkat tangan pada Baekhyun lagi, dan Baekhyun pun balas juga dengan mengangkat tangan. Pelik juga Taeyeon, tengok mereka berdua ni macam tak ada masalah langsung. Dah macam kawan pun ada juga dia tengok tadi.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...