Baldi yang di penuhi dengan air buih di pegang YeonJi sekuat hati, tak nak terlepas ke tangan Baekhyun dan Taehyung. Mereka berdua tadi dah bagi basah dia dengan air buih ni dah, sudahlah tu air buih bekas basuh tiga kereta sekali.
Ni pun badannya sudah terasa gatal semacam dah ni, tapi jangan harap dia nak masuk rumah selagi tak dapat nak balas dendam dengan dua beradik ini. Bertambah geram bila dia tengok muka Baekhyun dengan Taehyung mengejek dia pula. Dia mengetap gigi, bersiap sedia nak berlari dapatkan dua beradik ini. Memang takkan bagi peluang langsung.
Baekhyun dengan Taehyung boleh lagi berdiri relaks sambil senyum mengejek pada YeonJi. Malam malam macam ni diaorang main lagi, nasib malam kalau tak malam malu jugalah kalau budak budak lalu tengok mereka semua yang besar panjang main seperti budak budak lagi.
"V, kau pernah tengok hantu air buih kereta tak?" Soal Baekhyun sengaja nak sakitkan hati YeonJi.
Taehyung mengangkat bahu sambil senyum. "Tak pernah pulak tengok hantu macam tu? Wujud ke hantu air buih kereta tu hyung?" Soal Taehyung kembali.
Cepat saja Baekhyun mengangguk kepala. "Ada. Kau tak nampak ke ada depan kita berdua ni? Tu hantu air buih keretalah tu, jangan dekat nanti dia bagi virus air buih kereta dia pada kita jugak" bagitahu Baekhyun. Dia kerling ke arah YeonJi sekejap, lepas tu terhambur pula tawanya.
"Ye... arghh!!!" Tak sempat Taehyung nak habiskan ayatnya, dia sudah berlari bersama Baekhyun. Mana tidaknya 'hantu buih kereta' sudah mula menyerang mereka berdua. Menjerit macam budak budak jugalah mereka berdua ni.
"Tunggu dua beradik ni, YeonJi akan pastikan korang dua dua basah kuyup," kata YeonJi sambil berlari untuk mendapatkan mereka.
Seronok berlari lari, ada kerja berhenti di depan rumah mereka, membuatkan aktiviti berlari lari tadi terhenti sendiri. YeonJi tersenyum lebar, perlahan lahan mendekati Baekhyun dan Taehyung yang sudah berhenti berlari itu. Terus di simbah Baekhyun dengan Taehyung serentak dengan air buih tersebut.
Baekhyun dengan Taehyung pandang belakang, mereka menjeling YeonJi yang sudah tersenyum seronok. Seronoklah dapat basahkan Baekhyun dengan Taehyung.
Taeyeon keluar dari kereta dengan kerutan di dahi, dia pelik kenapa YeonJi simbah dua lelaki itu dan kenapa YeonJi basah? Dia pandang mereka bertiga, lalu membuat isyarat kepala.
"Kenapa dengan semua ni?"
"Main" serentak mereka menjawab soalan Taeyeon itu.
"Eh, jomlah masuk dalam. Ada pulak nak berbual dekat luar ni, sejuklah" pelawa Baekhyun sambil tersenyum ke arah Taeyeon si kekasih hati.
"Masuklah noona, kitaorang nak pergi tukar baju sekejap" kata Taehyung yang sudah melangkah masuk. "Omma appa, Taeyeon noona datang ni, buatkan air kejap. V, Baekhyun hyung dengan YeonJi nak tukar baju kejap ni" jerit Taehyung sekuat hati.
Taeyeon melangkah masuk, dia pergi ke dapur apabila dia dengar suara omma Byun dari arah dapur. Dia nak tolong buatkan air tu, nanti senanglah bila dah kahwin nanti. Yang tiga orang basah kuyup tu dah berlari naik ke tingkat atas dah, nak tukar baju. Bohong tu, takkan tukar pakaian sahaja, pasti nak mandi bersihkan badan yang sudah terkena air buih sabun tu.
Seketika kemudian Taeyeon dan omma Byun datang ke ruang tamu bersama. Dan tidak lama kemudian Baekhyun, Taehyung dan YeonJi pula turun dari atas.
"Dah kenapa mandi semuanya ni? Nak buat perjumpaan apa pulak?" Soal omma Byun sambil perhatikan rambut mereka bertiga yang masih lembap.
"Kita kena air buih sabun bekas basuh kereta tu, sebab tu lah semua mandi ni" jawab Taehyung sambil tersengih sengih seperti kerang busuk.
Omma Byun menggelengkan kepala, nampak saja semua macam dah matang tapi perangai tak matang pun. Omma Byun pandang Taeyeon yang sudah ketawa kecil pada mereka, pasti Taeyeon lawak dengan perangai kebudak budakan Baekhyun dan Taehyung.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...