Part 24

648 86 9
                                    

Taeyeon dan YeonJi sama sama berada di ruang tamu rumah mereka, sedang berbincangkan sesuatu. Hanya waktu ini sahaja YeonJi ada peluang mahu berbual dengan kakaknya, JaeHan masih tidak sampai lagi. Di dalam hati YeonJi dah minta yang JaeHan akan tiba lambat. Bolehlah dia bersenang lenang sekejap dengan kakaknya ini.

Taeyeon menongkat kepalanya sendiri, omma dengan appa berbual bual di halaman rumah.

   "Nak buat apa lagi ni?" Soal YeonJi ingin tahu.

   "Makan malam, bergambar, urm... entahlah. Unnie pun tak tahu nak buat apa lagi" Taeyeon garu kepala sendiri.

   "Annyeonghaseyo,"

Auntomatik YeonJi buat muka, baru saja minta orang tu datang lambat tapi dah sampai pula. Potong habis segala moodnya mahu berbincang dengan unnie. Taeyeon sudah tersenyum lebar menyambut kedatangan JaeHan. JaeHan datang mendekati mereka berdua.

   "Buat apa?" Dia pandang YeonJi yang hanya menundukkan kepala sahaja itu.

   "Kitaorang tengah fikir nak buat malam lepas kita kahwin, omma dengan appa lah yang mintak buat semua ni. Kalau boleh nak yang meriah punya," Taeyeon tarik tangan JaeHan duduk di sebelahnya.

   "Patutlah serius sangat YeonJi, tengah fikirlah ni" JaeHan cuba berbual dengan YeonJi.

YeonJi pandang kakaknya. Dia ada satu idea. "Unnie apa kata kita buat macam karaoke malam tu nanti," YeonJi senyum pada Taeyeon.

Taeyeon diam memikir, dia pandang JaeHan sekilas dan lelaki itu mengangguk sahaja. "Kalau macam tu boleh jugak, tapi siapa yang menyanyi nanti?" Soal Taeyeon sambil mengangkat keningnya.

   "Unnie lah, tetamu yang datang pun boleh kalau nak menyanyi. Barulah seronok sikit," YeonJi sudah terbayangkan Baekhyun, Chanyeol, Taehyung dan Hani.

Taeyeon mengangguk setuju.

YeonJi bangun dari duduknya, ada perkara yang mahu di tanyakan pada seseorang. "Eh, YeonJi nak pergi mana?" Soal Taeyeon. Dia rasa adiknya mahu pergi dari situ kerana adanya JaeHan di sini.

   "YeonJi nak kawan YeonJi satu benda kejap, bye" YeonJi melambai serentak meninggalkan mereka berdua.

Baekhyun mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi nyaring meminta untuk di angkat. Baekhyun baca sekali imbas sahaja orang yang menelefonnya, lalu dia menekan ikon hijau menjawab.

   "Yeoboseyo, YeonJi-ah" Baekhyun duduk di sebelah Taehyung yang tengah seronok bermain permainan di dalam komputer riba milik abangnya itu. Mendengar nama YeonJi keluar dari mulut Baekhyun, terus dia mengangkat kepala memandang Baekhyun. Siap buat isyarat supaya membuka speaker lagi. Dan Baekhyun ikutkan saja.

   "Oppa, YeonJi nak tanya sesuatu ni. Urm... oppa pandai menyanyi tak?" Soal YeonJi. Dia mengharap Baekhyun akan menjawab soalannya dengan kata positif.

   "Tak pandai pun, kenapa?" Baekhyun pandang Taehyung.

   "Lah, ye ke? Tak adalah saja je tanya," YeonJi menghela nafas kecewa.

Taehyung dekatkan mukanya dengan telefon milik Baekhyun. "Sebenarnyakan, Baekhyun hyung hebat tau kalau bab bab menyanyi ni semua" bagitahu Taehyung tanpa rasa takut. Apa dia takut, kalau Baekhyun marah setakat tarik telinga atau rambutnya sahaja. Tak ada lebih punya.

Mata Baekhyun membuntang dengan apa yang di beritahu adiknya. "Tak adanya YeonJi," Baekhyun membangkang apa yang di katakan Taehyung itu. Baekhyun menarik rambut Taehyung kuat.

   "Sanggup oppa tipu YeonJi, kan?" YeonJi buat suara sedih.

Baekhyun menarik nafas dan di lepaskan perlahan. Mulutnya terkumat kamit memarahi Taehyung tanpa suara. "Oppa bukan nak tipu YeonJi, tapi memang oppa tak pandai nak menyanyi sangat. Kalau nak menyanyi sikit sikit tu bolehlah" kepala yang tidak gatal di garu.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now