Part 52

622 76 25
                                    

Gelang yang baru di pakai sebentar tadi di pandang lama, Taeyeon yang berikan pada dia tadi semasa mereka menjamu selera di mall. Entah tak tahulah di mana isterinya membeli gelang yang ada tanda nama mereka sendiri ni dekat sini. Sekarang Baekhyun sedang menunggu mereka semua, tak tahu kenapa mereka semua nak pergi ke tandas sebelum mula main sekejap lagi.

Dia pandang sekeliling. Kebetulan ada dua orang kanak kanak yang berumur lingkungan empat hingga enam tahun itu. Nampak macam kembar tapi dia tak pasti, muka mereka sama. Dia tak tahu sama ada dua gadis itu kembar atau tidak, tak dapat dia nak teka kerana isterinya dengan adik iparnya juga mempunyai wajah yang seiras. Sedangkan mereka bukannya kembar pun.

"Tengok budak budak tu sampai tak perasan orang sekeliling kenapa?" Tanya Taeyeon yang baru datang.

Pantas Baekhyun toleh ke kiri, isterinya sudah berdiri dekat dengan dia. "Oppa nak anak kembar boleh?" Soalan Taeyeon tidak di jawab, malah dia pula yang memberikan soalan kepada Taeyeon. Dia tersenyum.

Taeyeon pandang dua orang budak perempuan itu. "Taeyeon tak boleh janji, rezeki kita tak tahu" Taeyeon pegang bahu suami dia lembut.

Baekhyun angguk anggukan kepala. "Jomlah kita pergi cepat, nanti kalau lambat, lambat pulak nak balik" Baekhyun genggam tangan isteri dia.

Mereka semua mula berjalan pergi ke pusat boling yang berdekatan di tempat mereka berada.

"Siapa kalah?" Chanyeol pandang Taehyung yang tiba tiba bersuara seperti orang pelupa sahaja. Tak mula lagi dah tanya siapa yang kalah pula.

"Mana ada siapa yang kalah lagilah, kau ni mimpi di petang hari ke macam mana ni" Chanyeol buat muka.

"Tahu. Bukan tu maksud V lah, maksud V siapa kalah kena buat apa?" Dia pandang abang dia.

"Siapa kalah belanja makan sebelum balik, dan orang yang kena belanja tu mestilah lelaki. Pasangan kepada tiga orang perempuan yang ada," Baekhyun tiga perempuan yang ada bersama mereka silih berganti.

"V setuju" dia pandang yang lain.

"Setuju" ujar tiga orang perempuan serentak.

"Kau?" Baekhyun pandang Chanyeol yang masih belum memberikan sebarang jawapan.

"Setuju!"

Mereka tersenyum lalu kembali menapak laju ke pusat boling. Takut nanti ramai orang dan tak ada tempat mereka nak main, malaslah mereka mahu menunggu giliran.

"Aduh... macam manalah boleh kalah dengan Chanyeol hyung hari ni," Taehyung kusutkan rambut apabila mereka sudah mengambil tempat di satu meja di sebuah restoran.

Chanyeol tersenyum bangga. Bangga lah dia bila dia dengan Tiffany menang tadi. Dia pun macam terkejut juga, tak terfikir pun yang dia dengan Tiffany akan menang.

"Tak payah bangga sangat, ni mesti sebab Tiffany ada dengan kau ni. Kalau tidak mesti kau kalah teruk dengan kitaorang"

Musnah senyumannya tadi apabila Baekhyun bersuara. Dia menjulingkan matanya ke atas apabila dia tengok mereka semua sudah mula tertawakan dia. Tiffany sahajalah yang hanya senyum senyum.

"Tak kiralah macam mana pun kitaorang menang, janji petang ni V belanja makan. Siapa suruh dia kalah terus,"

Baekhyun pandang adik dia lalu mengangguk. Memang markah antara dia dengan Taehyung, markah Taehyung lebih rendah lagi. Kira dia bernasib baik.

Taehyung buat muka, dia pandang isteri dia yang hanya mengangguk kepala. Ni dia rasa macam nak selekeh kepala isteri dia sendiri ni, mana tidaknya kekalahan mereka berpunca daripada isteri kesayangannya inilah. Padahal isteri dia ni hebat main boling tapi tak tahulah kenapa hari ni lembab semacam pula. Asyik masuk longkang sahaja.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now