Tangisan bayi yang kedengaran dari luar bilik bersalin membuatkan semua yang sedang menunggu. Taeyeon memeluk tubuh Puan Kim dan omma Byun serentak. Dia gembira, terlalu gembira apabila dapat mendengar tangisan anak saudaranya di dalam. Tapi masih ada yang merisaukan hatinya sekarang.
YeonJi.
Bagaimana dengan keadaan adik kesayangannya itu. Baik baik sahajakah dia? Mereka semua menanti Taehyung keluar sahaja, lagipun suami saja yang di benarkan berada di dalam bilik bersalin bersama isteri. Orang lain tidak di benarkan sama sekali.
Semua orang pandang ke arah kiri, derapan kaki sedang menapak ke arah mereka semua.
Chanyeol, Tiffany, Hani dan Hyuk baru sampai. Seketika kemudian Sooyoung dan juga Taemin pula sampai, ramailah mereka berkumpul di sini. Dah hampir penuh satu lorong wad bersalin ni.
"Anak lelaki ke perempuan?" Soal Taemin kalut. Tak sabar dia nak tahu jantina anak Taehyung dan YeonJi, lepas ni dah ada seorang lagi panggil dia dengan panggilan uncle. Entah kenapa dia suka sangat orang panggil dia uncle.
"Tak tahu lagi, Taehyung tak keluar lagi. Semua tengah tunggu dia keluarlah ni," Taeyeon mendakap tubuh Sooyoung erat sambil membalas pertanyaan Taemin. "Aku risau. Risau dengan keadaan YeonJi" tangisan Taeyeon kedengaran.
Sooyoung mengusap belakang Taeyeon lembut. "YeonJi mesti selamat"
Masing masing menunggu dengan sabar, mereka semua nak tahu bagaimana keadaan YeonJi dan juga anak mereka itu.
"Taehyung dah keluar" Chanyeol pandang ke arah Taehyung yang melangkah lemah.
Taeyeon mendapatkan adik iparnya dahulu, bahu adik iparnya di pegang kuat. "Macam mana keadaan YeonJi, V?" Tanya Taeyeon dengan tangisan yang masih kedengaran.
Mereka semua juga menanti Taehyung membuka bicara, tapi sayang Taehyung langsung tidak bercakap walaupun sepatah.
Omma Byun mendekati anak saudaranya itu. "V cakap, janganlah diam macam ni. Bagitahu kami semua, macam mana keadaan YeonJi dengan anak?" Puan Kim menghampiri menantunya juga.
Encik Kim dan appa Byun berpandangan, mereka tak tahu nak katakan apa. Jadi mereka biarkan sahaja isteri mereka yang bercakap dengan Taehyung ketika ini.
"Cakaplah Taehyung, omma nak tahu macam mana keadaan YeonJi dengan bayi?" Tanya Puan Kim pula.
"Bagitahulah kami V, janganlah buat noona macam ni. Tak kesian ke V dengan noona?" Tanya Taeyeon dengan wajah yang sembab.
Taehyung menangis. Setitik demi setitik air matanya mengalir membasahi wajahnya. Tubuhnya di goncang Taeyeon perlahan. Esakan terus kedengaran, sambil itu dia gelengkan kepala.
"Apa yang V geleng kepala ni ,nak?" Tanya appa Byun.
Tanpa mempedulikan mereka lagi, dia melangkah pergi dari situ. Dia sudah tidak mampu mendengar soalan dari mereka, lagipun dia dah tak boleh nak tahan lagi dah.
Di wad bersalin, mereka semua tercengang dengan Taehyung yang hanya pergi begitu sahaja dari sini tanpa menjawab soalan mereka semua tanya.
Seketika kemudian seorang doktor perempuan melangkah keluar dari bilik bersalin. Mereka meluru mendapatkan doktor itu pula untuk mendapatkan jawapan memandangkan Taehyung tak jawab pun soalan mereka.
"Encik, Cik semua ni ahli keluarga Cik Kim YeonJi ke?" Tak sempat mereka menyoal doktor itu dahulu yang menyoal mereka.
Pantas mereka mengangguk kepala.
"Macam mana dengan bayi dan anak saya, doktor? Diaorang baik baik je, kan?" Puan Kim renung wajah doktor itu.
Doktor itu mengeluh, dia pandang setiap wajah yang ada di sini menanti jawapan daripada dia. "Bayi selamat, bayi lelaki. Tapi... kami nak mintak maaf dengan semua yang ada dekat sini, kami tak dapat nak selamatkan Cik YeonJi" bagitahu doktor itu tenang.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...