Part 41

631 93 23
                                    

   "Unnie petang kejap lagi kita jumpa dekat taman yang berdekatan dengan rumah kita erk..." Taeyeon membaca sms tersebut yang di hantar oleh YeonJi kepadanya.

Taeyeon yang sedang duduk terus baring di atas katilnya. Berkerut dahinya apabila memikirkan kenapa YeonJi mahu berjumpa dengan dia pula. Maklumlah sekarang YeonJi tidak lagi tinggal di sini bersama dengan mereka sekeluarga, dia sudah berkahwin dan sudah pastilah dia akan mengikit suaminya.

Taeyeon: Tak apalah, YeonJi. Apa kata kita jumpa dekat taman rumah Taehyung je, tak payah YeonJi nak datang sini.

Hampir sepuluh minit Taeyeon mengirimkan sms tersebut, dan baru sekarang ada balasan dari YeonJi.

YeonJi: Tak apa unnie. Lagipun sekejap lagi lepas balik kerja YeonJi terus pergi taman rumah kita tu. Unnie just tunggu dekat situ je, ada something YeonJi nak tahu.
Taeyeon: Yelah kalau macam tu. Petang nanti jumpa dekat taman rumah kita. Ni tak apalah, unnie ada kerja selesaikan ni dekat rumah.
YeonJi: Aik? Dekat rumah? Tak pergi kerja ke?
Taeyeon: Hehehe... malas. Jadi semalam bawa balik kerja.
YeonJi: Tak apalah kalau macam tu. YeonJi pun ada patients ni.

Taeyeon lempar telefon pintar ke sebelah. Dia duduk kembali, ada sedikit saja lagi kerja yang perlu di selesaikan sekarang.

Dalam masa setengah jam dia menyambung kerjanya, dia mula terfikirkan balik sebab adiknya itu mahu berjumpa dengannya. Tertanya tanya juga kenapa YeonJi mahu berjumpa dengan dia? Mungkin kerana mahu mengadu yang Taehyung apa apakan dia? Esh, tak mungkin sebab Taehyung baik orangnya. Tapi tadi YeonJi cakap dia nak tanya something dengan dia bukannya nak mengadu apa apa pun.

Dia muncungkan bibir, otak masih ligat berjalan fikir akan soalan yang mungkin keluar dari mulut YeonJi sekejap lagi. Dia sedikit tersentak apabila telefonnya berbunyi menandakan ada sms masuk ke dalam peranti. Cepat dia mencapai telefon pintarnya lalu membuka sms yang di terima tersebut.

Baekhyun: Cik Taeyeon. Dah makan petang ke? Selalunya waktu waktu ni Cik Taeyeon selalu makan petang, kan?

Taeyeon tersengih sendiri membaca sms yang di kirimkan oleh Baekhyun. So sweet! Dia suka dengan perangai ambil berat Baekhyun itu. Bekas suami dia dulu pun tak macam sekarang ni tau. Sambil tersenyum lebar di membalas.

Taeyeon: Tak makan lagipun. Tak ada selera makanlah, nantilah saya makan.
Baekhyun: Tak ada selera? Kenapa? Cik Taeyeon demam ke?
Taeyeon: Tak demamlah, cuma tak ada selera biasa je lah. Janganlah risau sangat. Apa kata awak risaukan yeojachingu awak je, kan lebih bagus.
Baekhyun: Saya mana ada yeojachingu pun lah Cik Taeyeon. Lagipun tak ada siapa yang nakkan saya ni.
Taeyeon: Eh, mesti ada. Awak je yang tak tahu siapa yang sukakan awak. Tak apalah, saya nak sambung buat kerja sikit ni. Annyeong.

Taeyeon senyum sendiri. Dia kembali baring di atas katil, dah melayang dah mood nak buat kerja dia, sebab Baekhyun punya pasal. Dia letak telefon pintar di atas dadanya. "Baekhyun, awak tak tahu ke yang saya ni tengah angau dengan awak macam nak gila dah ni. Agaknya macam mana kalau awak dah kahwin nanti? Gila dan meroyankah saya, Baekhyun?" Taeyeon ketawa kecil. Lawak pula sebab cakap sorang sorang.

   "Kenapa nak jumpa dengan unnie ni? Tak boleh ke jumpa dekat rumah je?" Soal Taeyeon terus apabila YeonJi mendekati.

   "Bukan tak nak cakap dekat rumah, nanti omma dengar unnie jugak yang malu sendiri, sebab tu YeonJi pilih sini untuk soalan yang akan di ajukan pada unnie ni" YeonJi melabuhkan punggung di sebelah kakaknya.

   "Tanyalah." Dia nak tahu sebenarnya apa soalan yang mahu di tanya sampai YeonJi cakap dia akan malu jika omma dengar.

   "Jujur dengan YeonJi erk unnie, jangan nak tipu YeonJi. Nanti YeonJi merajuk kalau unnie tipu, lagipun kalau unnie nak pujuk susah sebab YeonJi dah tak tinggal dengan unnie sekali dah" YeonJi angkat kening dan tersengih. "Unnie sebenarnya sukakan Baekhyun oppa tak?"

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now