Part 26

656 90 33
                                    

Dua minggu selepas perkahwinan Taeyeon dan JaeHan, hari ini Taeyeon kembali bekerja. Dengan langkah yakin Taeyeon berjalan menghampiri meja Baekhyun, iaitu PA nya.

Sepanjang Taeyeon berjalan, dia menerima ucapan tahniah daripada staf walaupun mereka semua sudah mengucapkannya semasa di majlisnya. Taeyeon mengukirkan senyuman pada mereka semua.

   "Tahniah, Cik Taeyeon" ucap Baekhyun sambil tersenyum manis.

   "Thank," terus Taeyeon masuk ke dalam bilik kerjanya.

Baekhyun kerling ke arah Chanyeol dan Taehyung lalu mengangkat kepalanya. Kedua dua manusia tersebut hanya menjongketkan bahunya sendiri.

   "Taeyeon dah sampai?" Soal Sooyoung ingin tahu. Taemin juga ada bersama Sooyoung.

Baekhyun angguk. "Cik Taeyeon dah sampai,"

Sooyoung dan Taemin terus melangkah masuk ke dalam bilik Taeyeon. Tak perlu nak ketuk ketuk bagai.

Taeyeon angkat kepala. Dia terus tersenyum lebar apabila melihat dua orang rakannya yang sudah berada di hadapannya. Dia bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke arah sofa, dia mengisyaratkan mereka berdua untuk duduk bersama.

Mereka tanpa berbalas apa apa melabuhkan punggung. Taemin duduk di sofa tunggal dan Sooyoung duduk di sofa berangkai dua. Taeyeon seorang diri pula duduk di atas sofa berangkai tiga.

   "Macam mana kehidupan selepas berkahwin ni? Ada perubahan apa apa tak?" Soal Sooyoung.

Taeyeon mengangguk laju. "Mestilah ada perubahan. Contoh dia, aku makin bahagia, aku dah tak kedekut nak bagi senyuman dekat orang sekeliling dan yang paling penting aku dah tak tinggikan suara lagi dekat orang" Taeyeon tersenyum bangga dengan perubahan tersebut.

Sooyoung dan Taemin berpandangan. Bukankah sebelum berkahwin lagi Taeyeon sudah pandai senyum pada orang sekeliling dan tidak lagi memarahi orang sesuka hati? Tapi malaslah mereka nak bertanya lagi, nanti potong mood pengantin barulah pula.

   "Korang patut kahwin, baru korang tahu macam mana nikmat selepas berkahwin" Taeyeon tersengih sengih.

   "Apasal aku tengok kau ni gedik semacam pulak ni?" Taemin buat muka geli. "Urm... kau dengan suami kau yang boleh tahan hensem tu dah buat something. You know what I mean" Taemin pandang Taeyeon.

Mendengar satu perkara ini membuatkan Taeyeon malu pula. Merah sudah mukanya, tapi dia tak pastilah mereka berdua perasan atau tidak. "Tak buat lagi pun benda tu semua, lagipun dia tak bersedia lagilah" jawab Taeyeon sedikit gugup.

   "Ooo... dia tak bersedia. Eh, kejap. Bukan selalu perempuan ke yang tak bersedia kalau bab bab macam ni, tapi ni dah kenapa macam terbalik pulak aku dengar. Ke kau pandai pandai guna nama suami tak bersedia lagi, sedangkan kau yang sebenarnya tak bersedia lagi ni?" Duga Sooyoung. Macam tak percaya saja lelaki tak bersedia nak... faham fahamlah erk...

   "Eh, aku memang tak bersedia pun. Tapi JaeHan sendiri yang cakap dia bersedia lagi, aku pun tarik nafas legalah" Taeyeon jeling lalu menyilangkan tangannya.

Sooyoung buat mulut. Taemin bersandar. "Tapi kan Taeyeon, malam majlis kau tu, Baekhyun menyanyi sedaplah. Aku pulak yang cair tengok dia tau," Sooyoung tersenyum pula apabila teringat akan suara Baekhyun yang merdu itu.

   "Kan," Taeyeon juga sudah seperti terbayangkan balik tentang itu.

Taemin angkat kening pandang Taeyeon yang berangan pula. Sooyoung tak perasan lagi sebab dia sendiri pun berangan juga. Taemin ambil keputusan mengetuk meja sekuat hatinya dengan majalah yang memang ada di situ.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now