Taehyung ambil senyap senyap minyak wangi abangnya di dalam bilik. Di semburkan beberapa kali pada tubuhnya. Dia mengukirkan senyuman sendiri, dia berdiri di hadapan cermin bilik abangnya, nak tengok muka sendiri tapi dia tak nampak muka dia seorang sahaja. Muka Baekhyun pun terpacul sama sambil silang tangan lagi.
Taehyung toleh ke belakang, dia tersengih seperti kerang busuk apabila di lihat Baekhyun mengangkat sebelah kening ke arahnya. Baekhyun mendekati Taehyung, lalu bahu lelaki itu di sentuh lembut.
"Nak pergi mana? Perfume kau mana? Dah kenapa ambil hyung punya? Bukan ke kita pakai perfume jenama yang sama?" Bertubi tubi soalan di ajukan.
"First, V nak keluar dengan YeonJi. Second, perfume V dah habis, tak sempat nak beli lagi pun." Balas Taehyung. "Tak apalah hyung, V dah lambat nak pergi ambil YeonJi sekarang ni. Hyung pun cubalah ajak Taeyeon noona keluar jalan jalan, YeonJi cakap Taeyeon noona banyak termenung lepas bercerai hari tu" tambah Taehyung.
"Biarlah dia, nanti kang tak pasal pasal hyung dapat penumbuk lagi dengan bekas suami dia, macam mana?"
"Kenapa pulak? Bukan hyung keluar dengan isteri dia, bekas isteri dah pun." Taehyung pandang abangnya.
"Ya tak ya, kan? Tak apalah, nanti hyung ajaklah dia keluar pergi tengok wayang ke apa, sekarang biarlah dia dulu nak tenangkan diri dia" Baekhyun bersandar pada dinding. "Dah pergi cepat, nanti YeonJi tunggu. Buatnya dia merajuk, hyung tak nak tanggung"
"Tak apalah kalau macam tu, V keluar dulu" cepat cepat dia keluar dari bilik Baekhyun dan masuk ke dalam biliknya mengambil dompet dan kunci kereta.
Baekhyun mencebik, lalu dia tersenyum lebar. "Nampaknya diaorang dah mula" kata Baekhyun sendiri.
"Nak pergi mana?" Soal Taehyung lembut sambil pandang YeonJi untuk beberapa saat.
"Urm... entahlah, lagipun tadi kita dah pergi makan"
Taehyung jam di tangannya. "Apa kata sebelum oppa hantar YeonJi balik, kita pergi berbual dekat Sungai Han dulu?" Cadang Taehyung.
Tanpa berfikir panjang YeonJi memberikan kata setuju. "Boleh," dia tersenyum lebar sambil memandang Taehyung yang sedang memandu.
Mereka mendiamkan diri, tak tahu nak bualkan apa lagi, tadi semasa waktu mereka makan malam bersama sudah banyak yang di bualkan mereka. Jadi sekarang sudah tidak ada topik lagi nak di bualkan.
Sampai di Sungai Han mereka masih mendiamkan diri, masing masing tak tahu nak bualkan apa.
"Duduk sana, jom" ajak Taehyung.
YeonJi angguk. Mereka sama sama pergi ke arah bangku yang di sediakan. Taehyung mendongak kepala, melihat bintang dan bulan yang menerangi malam yang gelap. Dia tersenyum lebar melihat kerdipan bintang itu semua.
"Oppa memang suka tengok bintang dengan bulan erk...?" Soal YeonJi membuang keadaan sunyi antara mereka berdua.
"Suka, tapi tak selalu pun dapat duduk tengok bulan bintang macam ni. Selalunya sibuk tengok tv dekat rumah dengan sibuk ganggu Baekhyun hyung. Tak pun kitaorang berbual dalam bilik," balas Taehyung sambil pandang YeonJi. "Kalau kita kahwin, oppa takkan tengok bulan dengan bintang dekat langit dah,"
"Kenapa?" Soal YeonJi sambil mengawal suara. Dia rasa malu bila Taehyung sebut pasal kahwin dengannya tadi. Tapi kalau betul Taehyung ajak dia kahwin, dia akan terima.
"Yelah, sebab YeonJi dah jadi bintang dan bulan paling cantik untuk oppa" Taehyung tersenyum manis.
YeonJi tundukkan kepala. Makin bertambah malu dia di buatnya. Tambahan pula apabila perasan apabila dia tahu yang Taehyung sedang sibuk memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...