Part 5

791 86 5
                                    

Baekhyun mendongakkan kepala, lihat bintang dan bulan yang menghiasi malam. Dia baru lepas mengetahui tentang keadaannya sebentar tadi daripada Taehyung. Baekhyun menongkat dagunya dengan tangan kanannya, lalu mengeluh.

   "Macam mana nak dapat lapan puluh ribu?" Soal Baekhyun pada diri sendiri. "Aku kalau boleh tak nak susahkan sesiapa termasuklah omma appa dengan Taehyung. Tapi seberapa tahun baru boleh nak dapat lapan puluh ribu tu, dahlah doktor bagi masa tiga bulan kalau tak keadaan aku semakin teruk" Baekhyun berbual sendiri lagi.

Baekhyun mengeluh lagi, sudahlah dia baru sahaja mula bekerja. Baekhyun kembali mengangkat kepala ke atas.

Taehyung yang dari tadi mendengar apa yang di katakan Baekhyun hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Taehyung ada cakap juga pada Baekhyun yang dia mahu meminjam duit pada Chanyeol sedikit dan dia akan menambah sedikit. Omma Byun dan appa Byun pun boleh berikan duit tambahan untuk membuat pembedahan secepat mungkin tetapi Baekhyun menolaknya. Jadi mereka tidak boleh memaksa, tetapi jika keadaan yang memaksa mereka terpaksa juga.

   "Buat apa dekat sini?" Soal appa Byun perlahan sambil memegang bahu Taehyung.

Taehyung toleh ke belakang. Terkejut juga sebenarnya dengan teguran dan pegangan tadi. "Tak, V tengah tengok Baekhyun hyung dekat balkoni tu" Taehyung bersuara perlahan, tidak mahu abangnya dengar.

Appa Byun memanjangkan leher ke dalam bilik, lalu mengangguk anggukkan kepala. "Biarlah Baekhyun nak duduk ambil angin dekat situ, tak payah risau sangat" appa Byun senyum dan menapak pergi.

Taeyeon pandang ke arah balkoni di mana abangnya berada, selepas itu dia juga menapak tinggalkan bilik tersebut.

Baekhyun kerling dengan ekor matanya, dia dengar suara dua orang itu tadi tetapi malas pula dia mahu mengambil tahu memandangkan mereka sedang berkata tentangnya. Baekhyun menghela nafas, lalu menapak masuk ke dalam bilik kembali. Dia perlu masuk tidur, esok dia akan pergi ke hospital untuk rawatan seterusnya. Baekhyun tutup pintu biliknya rapat, lalu menutup lampu dan dia berbaring di atas katil.

   "Baekhyun hyung, esok V masuk kerja. Hyung duduk dekat rumah je lah erk... tak payah masuk kerja lagilah" jerit Taehyung dari luar.

Baekhyun tidak menjawab, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Dia di tahan di hospital selama empat hari kerana keadaan Baekhyun yang tidak berapa nak baik, baru semalam dia pulang ke rumah dan hari ni baru dia tahu tentang keadaan dirinya sendiri.

Taehyung membongkokkan badannya apabila Taeyeon datang ke arahnya, Chanyeol yang berada di meja hadapan di kerling sekejap sebelum pandang ke arah Taeyeon.

   "Macam mana dengan Baekhyun? Dia dah sihat ke?" Soal Taeyeon.

   "Baekhyun hyung semakin baik, urm... mungkin hari ni dia tak boleh nak masuk lagi" Taehyung menundukkan kepala. Takut kena marah pula.

   "Tak apalah kalau macam tu, petang ni pergi tapak projek melawat. Seminggu awak masuk, Chanyeol yang tengokkan tapak projek tu. Jadi hari ni awak pergi tengok," arah Taeyeon. Taehyung menganggukkan kepala tanda faham.

Taeyeon menapak mahu masuk ke dalam bilik, tetapi terhenti apabila susuk tubuh Baekhyun berdiri di hadapannya. Taehyung dan Chanyeol cepat cepat bangun dan datang menghampiri Baekhyun dan Taeyeon. Taeyeon pandang Baekhyun atas bawah lalu menoleh ke arah Taehyung dan Chanyeol.

   "Kenapa hyung datang?" Soal Taehyung perlahan.

   "Hyung dah sihat, jadi hyung patut masuk kerja hari ni. Melampau sangatlah, dah dapat cuti lama tapi masij tak nak masuk kerja walaupun cuti dah habis" Baekhyun pandang ke arah Taeyeon. "Terima kasih Cik Taeyeon sebab bagi saya dan Taehyung cuti lama" ucap Baekhyun ikhlas. Senyuman terukir.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now