Taeyeon memanjangkan lehernya untuk mencari kelibat adiknya YeonJi. Sudahlah dia rendah, ramai pula orang yang berada di lapangan terbang sekarang ini. Susah betul untuk dia mencari susuk tubuh adiknya yang mungkin sudah sampai. Taeyeon garu kepala yang tidak gatal itu, rasa bebal pula.
Taeyeon berjalan ke tempat yang sedikit lengang, dari situ senang sedikitlah untuk Taeyeon mencari kelibat adiknya. Dia pandang pandang lagi, mungkin dia akan terlihat kelibat adiknya itu di mana mana. Taeyeon melihat telefonnya yang bergegar, sms di hantar oleh YeonJi adiknya.
'Unnie dah sampai airport ke? Kalau dah unnie pergi dekat kedai makan yang tak jauh tu, YeonJi ada dekat sini' sms yang di hantar oleh YeonJi. Taeyeon taip membalas sms adiknya. 'Okey kalau macam tu unnie pergi sekarang jugak,' Taeyeon masukkan telefon ke dalam jaket tebalnya.
Dia berjalan. Penat je aku tunggu dekat dalam sampai dah berpeluk peluk habis badan aku ni, dahlah berlanggar langgar dekat dalam. Dongsaeng aku seronok je duduk dekat tempat yang tak ramai orang tu. Taeyeon membebel seorang diri, dia mencebik sendiri.
Taeyeon melangkah masuk ke dalam kedai makan yang di katakan adiknya sebentar tadi, kedai inilah yang paling dekat sekali. Taeyeon pandang sekeliling mencari kelibat adiknya, lalu matanya tertancap pada lambaian seorang perempuan yang sangat di kenali. Taeyeon menapak mendekati adiknya yang seronok menghirup airnya itu.
Taeyeon pandang adiknya lalu melabuhkan punggung. Kau seronok minum minum dekat sini yang aku pulak penat menunggu dekat sana macam patung. Taeyeon membebel bebel lagi sendiri. Taeyeon mencapai air adiknya lalu di hirupnya tanpa ada rasa segan. Alah, apa nak segan, adik sendiri je pun bukan orang lain.
"Kalau dah sampai lama kenapa baru tadi nak sms unnie?" Soal Taeyeon. Taeyeon mengesat lembut wajahnya yang berpeluh itu dengan tisu yang ada di atas meja.
"Alah, YeonJi pun baru sampai dua puluh minit lepas, ingat unnie tak sampai lagi sebab tu lah malas nak hantar sms apa apa pun tadi, nanti menganggu unnie pulak" balas YeonJi sambil tersengih.
"Dah dua puluh minit sampai, unnie ni pulak dah sampai sini limat belas minit. Kalau unnie tahulah tadi, baik unnie telefon YeonJi terus tau" Taeyeon mendengus. Dah tak pasal balik nanti nak kena mandi lagi, tadi sebelum datang dia dah mandi.
YeonJi cubit pipi kakaknya perlahan sambil muncungkan bibirnya sendiri. "Mianhae... YeonJi pun tak tahulah," ujar YeonJi memujuk. "Jomlaj balik, YeonJi dah penat sangat dah ni" ajak YeonJi.
Taeyeon pandang YeonJi. "Eh, tak nak makan dulu ke sebelum balik rumah? Dekat rumah tu tak ada apa apa, aunty Lee adalah tapi takkan nak ganggu dia pulak malam malam macam ni?" Soal Taeyeon.
YeonJi geleng. "Dalam kapal terbang tadi dah makan pun, dah kenyang ni. Sekarang pun YeonJi cuma terbayang bilik air dengan katil dah tau. Sampai rumah kejap lagi nak mandi lepas tu terus nak terjun atas katil kesayangan," YeonJi tersengih lagi. YeonJi pandang sekeliling, dia perasan ada beberapa pasang mata pandang ke arah mereka, pasti mereka kata mereka berdua kembar punya. "Unnie, dah jomlah balik. YeonJi dah tak tahan kena pandang dari tadi lagi ni," YeonJi pandang Taeyeon.
Taeyeon pandang sekeliling, baru Taeyeon perasan yang mereka sedang di perhatikan. Taeyeon bangun dari duduknya, lalu mengambil dua bagasi dari lima bagasi besar milik YeonJi itu. YeonJi juga turut bangun mengambil lagi tiga bagasinya.
"Apa yang YeonJi bawa balik ni? Banyak sangat bagasi," soal Taeyeon tanpa memandang ke arah adiknya di sebelah.
"Pakaianlah, dan barang barang keperluan yang lain tapi tak adalah banyak sangat." Balas YeonJi sambil tersenyum sendiri.
"Berapa lama cuti ni, bawa balik barang macam dah tak nak balik sana balik dah ni" Taeyeon masih tidak memandang adiknya.
"Memang tak nak balik dah, unnie lupa ke yang dongsaeng unnie ni dah berumur dua puluh empat tahun, orang dah habis belajarlah unnie" mendengar apa yang di katakan adiknya Taeyeon menghentikan langkahnya. Matanya terkebil kebil memandang adiknya yang tersengih sengih.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...