Part 59

521 60 17
                                    

Bermundar mandir.

Itulah yang di lakukan mereka semua yang ada di ruang tamu rumah keluarga Byun ini, yang duduk senyap hanyalah omma Byun, appa Byun, Encik Kim dan Puan Kim.

    "Macam mana sekarang ni? Baekhyun tak balik rumah tiga hari dah pun tau, apa kita nak buat?" Chanyeol bersuara setelah lama mereka semua mendiamkan diri. Sesiapa pun tak bersuara tadi kerana terlalu memikirkan tentang Baekhyun yang masih tidak menampakkan diri lagi sampai hari ini selepas keluar dari hospital.

    "Dah tiga hari, kita buat laporan polis je lah, mungkin ada orang culik dia ke apa. Ingat orang sekarang ni nak culik perempuan je ke? Lelaki pun diaorang nak culik tau" Puan Kim bersuara.

    "Memanglah kita boleh buat laporan polis tapi masalahnya sekarang adalah... Taeyeon tak bagi kitaorang pergi buat laporan tentang kehilangan Baekhyun ni" ujar Sooyoung yang turut berada di situ bersama Taemin.

Mendengar penjelasan Sooyoung itu, mereka semua serentak pandang ke arah Taeyeon yang masih termenung sendiri. Mungkin dia tak dengar apa yang mereka semua cakapkan, dan sudah pasti Taeyeon tak perasan juga yang mereka sedang memandang.

YeonJi menyiku pinggang Taeyeon. Dia pandang di ke arah mereka semua, dah serupa baru bangun tidur muka dia ni.

    "Kenapa unnie tak bagi kitaorang nak buat laporan?" Tanya YeonJi bagi pihak semua.

    "Unnie tak nak besarkan benda ni, lagipun unnie tahu yang Baekhyun bukannya di culik pun" Taeyeon pandang mereka semua silih berganti.

    "Maksud noona?"

    "Sebenarnya ada perkara yang Taeyeon tak bagitahu dengan semua orang,"

    "Apadia? Bagitahu dengan kitaorang apa yang sebenarnya" Sooyoung pegang bahu Taeyeon lembut seperti mahu memujuk Taeyeon memberitahu mereka semua.

Semua memberi fokus kepada Taeyeon.

Dia menarik nafas panjang sebelum memberitahu perkara yang sebenar pada mereka. "Sebenarnya... Baekhyun ada tinggalkan sms untuk Taeyeon pada tengah hari dia keluar dari hospital. Dan... satu lagi banyak pakaian Baekhyun tak ada dalam bilik tu, satu bagasi yang besar pun tak ada jugak" bagitahu Taeyeon perlahan.

    "Seriously?"

Taeyeon angguk.

    "Sms apa yang di tinggalkan Baekhyun untuk Taeyeon?" Tanya Chanyeol ingin tahu.

Taeyeon buka kata laluan telefon pintarnya, lalu di hulurkan telefon pintar itu kepada Chanyeol. Tanpa membuang masa Chanyeol terus mengambilnya daripada Taeyeon.

    "Baca kuat sikit" suruh appa Byun.

   "Ya, baiklah. Dengan tau. Chanyeol ikut je apa yang Baekhyun tulis dalam ni, sayang segala ni semua Chanyeol ikut, ya?" Chanyeol pandang Taeyeon.

Taeyeon mengangguk menberi kebenaran itu.

    "Taeyeon sayang... oppa pergi dari rumah kerana oppa ada perkara yang sangat penting nak lakukan di sini, maaf oppa tak boleh cakap apa perkara yang penting tu. Dan sekali lagi oppa mintak maaf kerana tak dapat nak bagitahu jugak dekat mana beradanya oppa sekarang, oppa harap sayang okey duduk dengan yang lain tanpa oppa di sisi. Nanti bila dah sampai masanya oppa akan kembali, itupun jika di beri peluang untuk kita bersua lagi. Jangan sedih sedih, ramai yang ada dengan sayang sedangkan oppa sendiri je sekarang ni. Jangan buat apa apa laporan kerana oppa bukannya kena culik atau apa apa, oppa masih selamat lagi. Tak ada apa apa perkara yang tak baik berlaku pada oppa. Jangan risau lagi, okey? Tengokkan sekali omma appa, V, Chanyeol dengan yang lain untuk oppa. Oppa harap sepanjang oppa tak ada ni sayang dengan yang lain boleh jaga diri baik baik. ... rasanya ni je yang oppa nak sampaikan pada sayang, oppa pergi dulu. Saranghae, Byun Taeyeon. " sms itu di baca habis oleh Chanyeol.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now