Part 14

721 86 16
                                    

Untuk kali entah ke berapa Chanyeol menguap, semalam dia tak cukup tidur kerana banyak kerja yang perlu dia siapkan. Pada mulanya ingatkan mahu buat hari ini selepas menghantar pakaian pada Taehyung tapi bilik omma Byun minta dia jagakan Baekhyun hari ni dia gagah siapkan jugalah. Nasiblah kerjanya tak adalah banyak sangat nak kena siapkan tapi dekat pukul empat pagi jugalah baru boleh tidur, lepas tu bangun pula pukul tujuh pagi. Lepas sarapan dekat luar tadi terus dia datang ke sini.

Chanyeol kerling jam di tangannya, baru menunjukkan pukul lapan empat puluh lima pagi. Chanyeol toleh ke arah pintu, kelihatan Taeyeon bersama dengan YeonJi masuk ke dalam. Pantas Chanyeol bangun dari duduknya, lalu mengukirkan senyuman pada mereka berdua. Dalam hati sempat juga berkata kata rugi Taehyung tidak ada bersamanya sekarang.

   "Dah lama ke awak sampai?" Soal Taeyeon sambil pandang Chanyeol tanpa sebaris senyuman. Harapkan YeonJi seorang sahaja yang membalas senyuman Chanyeol itu.

   "Pukul lapan setengah tadi," balas Chanyeol ringkas. Hari ni Taeyeon macam tak ada perasaanlah pulak. Macam macam betul perasaan bos aku ni ada, tak macam YeonJi pun. Sempat Chanyeol mengomel di dalam hati sendiri.

   "Taehyung mana?" Tanya Taeyeon sambil pandang sekeliling seperti bilik ini besar sangat.

   "Taehyung balik rumah, dia ada kerja sikit nak buat dekat rumah, tu sebabnya saya jagakan Baekhyun dekat sini" balas Chanyeol.

   "Awak boleh keluar kejap tak, tinggalkan saya dengan Baekhyun je dalam bilik ni" pinta Taeyeon sambil kerling ke arah YeonJi.

Chanyeol mengangguk tanpa ragu, dia dan YeonJi sama sama menapak keluar dari bilik tersebut. Chanyeol keluarkan telefon juga, nak bagitahu dengan Taehyung yang YeonJi berada di hospital sekarang bersama dengan Taeyeon.

Taeyeon melangkah mendekati katil Baekhyun, lalu melabuhkan punggung di atas kerusi yang Chanyeol duduk. Dia pandang Baekhyun tanpa mengedipkan mata langsung.

   "Saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni, tapi yang pasti saya sangat berharap awak sedar depan saya. Entah apa yang ada dalam hati saya sekarang, tapi saya nak awak tahu yang sama setiap hari datang melawat awak dekat hospital ni" Taeyeon masih melihat seraut wajah Baekhyun.

Taeyeon tarik kerusi dekat lagi dengan katil Baekhyun, lalu dengan tangan yang terketar ketar Taeyeon menyentuh lembut ubun ubun Baekhyun. Dia tak tahu kenapa dia bertindak begini.

   "Mungkin awak cuma tahu saya ni garang macam harimau bak kata Taemin dengan Sooyoung tapi sebenarnya selain Taehyung, Chanyeol, keluarga awak yang lain, saya salah seorang yang sangat risaukan keadaan awak Baekhyun. Jadi saya mintak awak bangun, janganlah macam ni" Taeyeon sedaya upaya menahan diri dari menangis walaupun Baekhyun tidak bangun dan tidak ada orang lain di dalam bilik ini.

Orang lain yang rasa nak menangis, orang lain pula yang mengalirkan air mata. Taeyeon terkejut apabila melihat air mata yang mengalir dari mata Baekhyun. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah keluar dari bilik tersebut dan terus menarik tangan YeonJi masuk ke dalam bilik itu kembali. Chanyeol pun masuk samalah, mana tahu ada apa apa yang berlaku.

   "Korang cuba tengok mata Baekhyun, dia menangis maknanya dia dah sedarkan diri tapi dia sengaja tak nak bangun" kata Taeyeon sambil menunding ke arah Baekhyun.

Chanyeol terus datang mendekati Baekhyun. "Ha'ah, dia menangis" Chanyeol mengiakan apa yang di katakan Taeyeon. Terus Chanyeol goncang bahu Baekhyun. "Kalau kau dah sedar bukalah mata kau tu, janganlah buat kitaorang macam ni" Chanyeol masih menggoncang bahu sehinggalah YeonJi pegang bahu Chanyeol perlahan, apabila Chanyeol pandang ke arahnya YeonJi terus memberikan isyarat supaya berhenti buat begitu pada Baekhyun. Serentak dengan itu pintu bilik terbuka, kelihatan Taehyung di situ.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now