Part 27

645 76 12
                                    

Baekhyun duduk di luar rumah sambil melayan perasaan seorang diri. Nak ajak Taehyung sekali tapi tadi dia tengok adiknya sedang siapkan kerja yang di bawa pulang dari tempat kerja. Sibuk sangat nampaknya adiknya itu, jadi malaslah dia mahu mengganggu.

Dia duduk di atas bangku simen, bosan bila tak ada rakan berbual. Dia menongkat dagunya dengan kedua dua belah tangan.

   "Fikirkan apa tu?" Soal satu suara dari satu arah.

Baekhyun pandang sekeliling, itu bukan suara Taehyung kerana suara yang dia dengar adalah suara seorang perempuan. Sudah tentu bukan suara omma Byun, kerana suara omma Byun sedikit serak. Ini suara yang dia dengar lembut sahaja. Mulalah dia tak sedap hati, tunggu masa nak cabut lari masuk dalam rumah je ni. Dia mengigit bawah bibirnya, perasaan takut sudah menguasai diri.

Tiba tiba bahu kanan Baekhyun di sentuh perlahan membuatkan Baekhyun makin tak keruan. Nak menjerit nanti mengganggu orang dalam rumah pula, jadi dia kuatkan hati untuk memandang ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memegang bahunya. Kalau hantu, memang dia akan pengsan dekat sini dulu.

Toleh saja Baekhyun ke belakang, dia membulatkan mata apabila melihat dua orang 'hantu' yang sedang tersengih sengih padanya. Dia pandang ke hadapan kembali, berdeham tiga kali sambil mengelap peluh yang muncul semasa dia gelabah tadi. Tidak lama kemudian telinga Baekhyun menangkap dua orang 'hantu' itu ketawakan dia.

   "Erk... tak baik tau datang senyap senyap lepas tu pegang bahu orang malam malam macam ni," Baekhyun mencebik bibir.

   "Takutlah tu, memang tak pernah berubah langsung" Hani melabuhkan punggung di atas bangku simen tanpa di pelawa Baekhyun. "Dari dulu lagi penakut" Hani ketawa lagi.

YeonJi juga melabuhkan punggung, dia pandang sekeliling juga. Dia tengah cari Taehyung, tapi tetap tak nampak kelibatnya dia mana mana.

   "Cari Taehyung lah tu" Baekhyun mencebik lagi melihat gelagat YeonJi tercari seseorang.

YeonJi sengih. Hani hanya tersenyum lebar. "Dia mana?"

   "Buat kerja kut, tutup telinga kejap" arah Baekhyun sambil pandang mereka.

YeonJi dan Hani mengikut sahaja arahan Baekhyun walaupun mereka tak faham kenapa perlu menutup telinga. Sebab malas nak tanyalah mereka tutuo telinga terus.

Baekhyun berdeham, lalu menarik nafas panjang. "BYUN TAEHYUNG!!! YEONJI DATANG NAK JUMPA DENGAN KAU NI!" Jerit Baekhyun sekuat hati.

Hani tampar lengan Baekhyun kuat kuat. "Orang dengarlah, mengganggu ketenteraman betullah oppa ni,"

Taehyung yang berada di dalam rumah terus celapak keluar dari rumah. Mana boleh lepaskan peluang mahu berjumpa dengan cinta hatinya ini. Nak jumpa pun jarang jarang.

   "Alang alang kau dah berdiri ni, kau masuk balik buka lampu sini. Gelaplah," arah Baekhyun.

Taehyung melangkah masuk kembali dan kembali apabila lampu sudah di nyalakan. Dia menghadiahkan senyuman pada dua orang gadis tersebut.

   "Korang berbual dulu dekat sini, oppa nak pergi buatkan air sekejap" Baekhyun bangun dan masuk ke dalam rumah.

Taehyung pandang abangnya tidak percaya. Dah nak masuk tapi suruh dia buka lampu juga, tak boleh ke tolong buka bila nak masuk? "Kurang ajar punya hyung, sengaja, kan?" Marah Taehyung.

Baekhyun ketawa. "Memang sengaja pun, jangan marah marah sangat nanti cepat tu. YeonJi tak nak pulak, padan dengan muka kau" Baekhyun melangkah ke dapur.

   "Ish! Geram tau dengan hyung ni," wajah Taehyung sudah berubah geram. Lupa pula dengan dua orang tetamu di situ kerana sibuk melayan perasaan geramnya pada Baekhyun.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now