Kedatangan mengejut Taehyung dan keluarga membuatkan YeonJi kelam kabut. Taeyeon pun entah kenapa kelam kabut sekali, apa yang di risaukan dia pun tak tahulah. YeonJi tahulah sahajalah kenapa dia jadi kelam kabut begini. Bukan dia tak tahu yang Taehyung bagitahu dengan keluarganya hari tu, tapi dia tak tahu pula yang mereka nak datang ke rumah hari ini.
Taeyeon tolong auntie Lee susun cawan cawan yang sudah di isi dengan air itu di atas meja di ruang tamu rumah mereka. Setelah itu auntie Lee berlalu pergi dan Taeyeon melabuhkan punggung berhadapan dengan Baekhyun. Mata nakalnya ini asyik seronok curi curi pandang ke arah Baekhyun. Entah kenapa dia nampak Baekhyun cool saja, padahal Baekhyun hanya mengenakan seluar jean hitam dan baju tshirt warna putih.
"Hajat kitaorang datang rumah ni nak bincangkan tentang hubungan Taehyung dengan YeonJi" awal awal lagi Taehyung sudah berpesan pada omma Byun dan appa Byun supaya memanggilnya dengan gelaran Taehyung sahaja.
"Kami tahu sangat yang hubungan mereka berdua sejak dua menjak ni makin rapat, dan kami memang terfikir nak diaorang kahwin je cepat cepat kalau betul hubungan diaorang berdua ni" balas Puan Kim sambil tersenyun lebar.
"Yelah kan, diaorang nak selalu sangat keluar berdua, risau jugak hati kalau jadi apa apa sebelum diaorang ni kahwin"
Puan Kim mengangguk setuju dengan apa di katakan omma Byun itu. Encik Kim juga bersetuju.
"Jadi kita nak teruskan je ke?" Encik Kim pandang mereka berdua.
"Yes!" Kerana terlalu teruja, Baekhyun dan Taeyeon pula yang tolong jawabkan bagi pihak omma Byun dan appa Byun.
Semua mata sekarang beralih ke arah Baekhyun dan Taeyeon yang sudah berpandangan. Kemudian mereka pandang ke arah mereka semua sambil tersengih seperti kerang busuk. Malu pun ada juga, tanya dengan orang lain tapi mereka pula yang menjawab soalan tersebut.
"Buat malu je hyung ni," bisik Taehyung sambil tersenyum.
"Nak buat macam mana, hyung pulak yang terlebih teruja tadi" balas Baekhyun juga dengan nada berbisik.
"Tak apa, teruskan" Taeyeon bersuara pula.
"Apa kata Taeyeon, Baekhyun, Taehyung dengan YeonJi pergi berbual dekat luar sana, biar kami yang tua tua je yang berbincang pasal Taehyung dengan YeonJi ni erk" Encik Kim pandang mereka berempat.
Tanpa membantah mereka anggukkan kepala setuju. Tapi lambat lambat jugalah mereka berempat bangun dari duduk mereka, masing masing sebenarnya nak dengar apa yang mereka bualkan. Nak buat macam mana, Baekhyun dengan Taeyeon dah 'buat kacau' tadi.
Di luar mereka jalan sama sama di halaman rumah keluarga Kim yang sangat besar itu, nak buat rumah lagi dua biji pun lepas lagi ni.
"Macam ni, hyung dengan noona pergi jalan sana, atau pergilah keluar kejap jalan dekat dekat dekat kawasan ni. Taehyung dengan YeonJi duduk je dekat bangku situ tu. Setuju?" Taehyung pandang Baekhyun dan Taeyeon silih berganti menunggu jawapan.
Baekhyun pandang Taeyeon, Taeyeon pandang Baekhyun balik. Seperti sedang berbual menggunakan isyarat sahaja mereka berdua itu.
"Okey" balas mereka serentak.
"Bagus. Pergilah" ujar YeonJi seperti menghalau mereka saja lagaknya.
"Tahulah nak dating pun, tapi tak payahlah nak halau" Taeyeon mencebik. Lengan Baekhyun terus di pegang kejap. "Jom Baekhyun, kita pergi tinggalkan pasangan baru nak belajar bercinta ni" terus dia menarik Baekhyun pergi.
Taehyung dan YeonJi berpandangan, bukan sebab yang Taeyeon katakan pada mereka tapi sebab Taeyeon dengan selamba badaknya menarik lengan Baekhyun tadi. Memang mengejutkan tapi... mereka sangat sukakannya.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...