Mereka memberikan tepukan gemuruh apabila bibir Taehyung dan YeonJi bersatu. Baekhyun tengok omma Byun menangis melihat Taehyung dan YeonJi sudah selamat di nikahkan. Orang panggil menangis kerana gembira.
Chanyeol pegang bahu Baekhyun, dia menjuihkan bibir ke arah Taeyeon yang asyik pandang pasangan tersebut. Baekhyun pandang Taeyeon juga, cantik Taeyeon memakai dress putih itu. Dulu masa Taeyeon kahwin pun cantik, tapi entah kenapa Taeyeon kelihatan lebih cantik pula hari ini.
Chanyeol mendekatkan bibirnya pada telinga Baekhyun lalu membisikkan sesuatu. "Jangan pandang lama lama, nanti jatuh cinta pulak"
Baekhyun jauhkan diri daripada Chanyeol sedikit. "Orang nak pandang Taeyeon kejap pun tak boleh? Sibuk je kau ni Park Chanyeol! Daripada kau sibuk dekat sini, baik kau pergi keliling kawasan ni cari crush lagi bagus tau. Tak ada yeojachingu pun tak apalah, janji ada crush macam aku ni" bebel Baekhyun di dalam hatinya. Tadi Chanyeol juga yang tunjuk di ke arah Taeyeon lepas tu cakap macam macam pula. Heh!
"Daripada kau asyik jelingkan aku je, baik kita pergi dekat V dengan YeonJi tu" lengan Baekhyun pantas di regut Chanyeol lalu di tarik mendekati Taehyung dan juga YeonJi.
"Tahniah!" Ucap Baekhyun gembira. Berubah seratus peratus moodnya apabila melihat wajah gembira Taehyung. "Hyung harap V akan gembira sentiasa dan akan dapat baby cepat cepat" kata Baekhyun sambil mengangkat keningnya.
YeonJi tundukkan kepala, dia malu bila Baekhyun cakap macam tu depan omma Byun dan yang lain. Taeyeon pun ada, siap sengih sengih lagi bila Baekhyun cakap tadi. Tahulah seronok tengok muka dia merah macam tomato ni.
"I'm promise akan bagi hyung anak saudara secepat mungkin. Taeyeon noona pun nak anak saudara cepat cepat jugak?" Perhatian Taehyung beralih kepada Taeyeon pula. Taeyeon pantas menganggukkan kepala. "Kalau macam tu, Baekhyun hyung dengan Taeyeon noona kena tunggu sekejap lah erk..."
Taeyeon mengangkat kedua ibu jarinya. Sengihan di berikan kepada Taehyung, adik iparnya. "Baiklah. Harap dapat kembar terus," Taeyeon pula kelihatan teruja lebih.
YeonJi angkat kening. "Wah unnie makin melampau pulak dia mintak" YeonJi mencebik bibir. Tiba tiba ada idea tercetus di dalam kepalanya, sekarang barulah dia boleh sengih sengih macam unnie tadi. "Lagi bagus kalau unnie yang kahwin dengan Baekhyun oppa, lepas tu planlah dapatkan anak kembar tu. Apa kata?"
Taeyeon menjegilkan mata, dia pandang Baekhyun yang sudah tersenyum sendiri itu. Buat malu sahaja dia di depan Baekhyun.
YeonJi ketawa mengekek, seronok dia tengok muka kakaknya merah padam apabila dia kata begitu. Tapi nak buat macam mana, dapat adik yang macam dia suka balas dendam bila kena dekat diri sendiri ni. Padan dengan muka, siapa suruh cari pasal dengan dia dulu. Rasakan!
Malam itu Baekhyun dan Chanyeol di paksa bermalam di rumah keluarga Kim. Pada mulanya sudah pasti mereka berdua menolak pelawaan YeonJi dan keluarganya, tapi dah kalau YeonJi yang ajak, pastinya gadis ini tidak akan beralah. Dan akhirnya Baekhyun dan Chanyeol mengalah jugalah dengan mereka berdua.
Malam itu mereka semua sama sama bercerita tentang bermacam macam cerita, tapi keseronokan mereka terhalang apabila omma mereka memberitahu yang JaeHan ada di luar rumah menunggu Taeyeon. Katanya mahu bincangkan sesuatu, Taeyeon pun turun jugalah. YeonJi nak juga ikut Taeyeon turun ke bawah jumpa dengan JaeHan, tapi di tahan Puan Kim. Membiarkan Taeyeon dan JaeHan berbincang berdua saja.
Biarpun begitu, mereka semua menjadi stalker dari tingkat dua tingkap bilik YeonJi dan Taehyung yang baru naik taraf. Masing masing kalau boleh nak tahu apa yang sedang di bualkan mereka berdua.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...