Part 49

627 74 39
                                    

Taeyeon dengan YeonJi sudah teruja bila mereka sampai di Paris, berdiri dekat airport pun dah rasa teruja gila. Bagasi diaorang? Siapa lagi nak bawakan kalau bukan Encik Suami mereka berdua, tariklah seorang dua bagasi sekali. Sadis pula si suami ni kena bawa bagasi, yang isteri langsung tak pandang sini tolong. Tapi rasanya bagasi yang perempuanlah yang berat sekali antara mereka berdua punya. Lelaki apa sangat nak bawa, perempuan banyak barang nak kena bawa. Contohnya barang barang mekap diaorang, tu saja pun dah satu beg sederhana besarnya. Lepas tu dengan barang penting yang lain, mana tahu bocor nanti. Tapi yang lelaki ni dah minta jangan bocor dekat sini, kalau bocor tak dapatlah nak dapatkan diaorang. Penat je datang sini.

YeonJi dah selamat, sebab dia dah datang bulan, bulan ni. Sekarang yang di risaukan Taeyeon lah pula datang bulan nanti. Menangis tak berlagu Baekhyun di buatnya.

Baru Taeyeon pandang suami dia bila mereka dah check in hotel. Tadi terlupa sekejaplah dia dengan suami dia ni, rasanya dia lupa juga dia ni dah kahwin. Dah teruja sangat sampai lupa orang lain.

Baekhyun tak senyum langsung, kononnya merajuk dengan Taeyeon yang langsung tak ambil tahu pasal dia tadi masa sampai. Hanya melayan YeonJi seorang sahaja, samalah YeonJi pun tak layan langsung suami dia. Nasib dua beradik ni lah dapat isteri yang mudah lupakan suami bila sampai di tempat yang menarik macam ni.

Tersengih sengih Taeyeon tengok Baekhyun buat muka macam tu, dia dah tahu walaupun mereka baru sahaja menjadi suami isteri. Taehyung yang cerita dengan dia macam mana Baekhyun ni kalau merajuk, lepas tu dia cakap juga yang dia merajuk pun lebih kurang macam abang dia ni.

   "Alah, kenapa ni?" Soal Taeyeon buat buat tak faham. Dia pergi dekat dan melingkarkan tangannya ke leher Baekhyun.

   "Tak nak cakap!" ujar Baekhyun, lalu mencebik.

   "Kata tak nak cakap, tadi tu bukan oppa cakap ke?" Taeyeon angkat kening tinggi tinggi.

Baekhyun pandang tempat lain, tak nak cakap betul dah ni dengan Taeyeon. Tangan di silangkan ke dada, dia biarkan sahaja tangan Taeyeon yang melingkar di lehernya.

   "Sorrylah, Taeyeon teruja sangat tadi sampai dah lupa yang Taeyeon datang dengan suami tercinta" Taeyeon sengih seperti kerang busuk bila lihat Baekhyun menjegilkan mata ke arahnya.

Tangan yang melingkar di lehernya di leraikan lembut, dia pergi ke arah balkoni. "Sampai aku yang datang sekali pun dah lupa, agaknya yang dia isteri aku ni lupa tak?" Soal Baekhyun sendiri. Ni dia rasa nak merajuk seminggu terus ni sepanjang mereka dekat Paris. Tapi... kalau dia terus merajuk, melepaslah dia.

Kepala di geleng.

   "Oppa nak apa supaya oppa boleh maafkan Taeyeon, Taeyeon akan lakukan apa sahaja. Tak kisah apa pun," Taeyeon memberi tawaran. Mengukirkan senyuman paling lebar untuk si suami yang merajuk. Terfikir juga dia, adakah Taehyung juga sedang merajuk seperti suaminya ini.

Baekhyun gigit bibir sendiri, tawaran yang di berikan Taeyeon ini membuatkan dia goyah sendiri.

   "Kalau oppa terus merajuk macam ni, Taeyeon tak nak bagi apa apa pun." Tambah Taeyeon lagi bila Baekhyun tak bersuara. "Bukan hari ni je tak dapat, sepanjang seminggu kita dekat sini Taeyeon tak nak bagi apa apa dah" ugut Taeyeon.

Baekhyun kerling ke arah Taeyeon yang masih setia sengih dekat dia. Helaan nafas kedengaran di telinga Taeyeon, dalam hati dah bersorak yang dia dah menang.

Baekhyun pegang bahu Taeyeon kejap, dia dekatkan wajahnya dengan wajah Taeyeon. Membenamkan bibirnya dengan bibir Taeyeon. Taeyeon juga sudah terdiam sendiri, macam terkejut pun ada dengan tindakan Baekhyun yang tiba tiba ni.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now