Part 37

650 76 18
                                    

Tiga bulan kemudian...

Baekhyun mengukirkan senyuman pada Taeyeon yang baru masuk ke dalam ofis bahagian mereka. Dia berdiri untuk menyambut kepulangan Taeyeon dari negara orang, bukan dia sahaja malah semua yang berada di tingkat yang sama berdiri.

Chanyeol dan Taehyung cepat cepat datang ke arah meja Baekhyun, mereka bertiga membongkokkan badan apabila Taeyeon sudah berdiri di hadapan mereka bertiga.

"Welcome back" ucap mereka bertiga serentak.

Taeyeon mengukirkan senyuman dan membongkokkan tubuhnya juga sebagai balasan untuk mereka bertiga. Taeyeon memberikan isyarat supaya mereka melangkah masuk ke dalam biliknya.

Chanyeol dan Taehyung ikut Taeyeon masuk dulu, Baekhyun pula pergi ke pantri untuk buatkan air untuk mereka berempat. Manalah tahu kalau Taeyeon rindukan air buatannya. Hahaha... Baekhyun nak perasan sekejap.

Dia menghenyak punggung di atas sofa tunggal, manakala Chanyeol duduk di sofa berangkai tiga seorang diri. Taehyung di sofa yang satu lagi, berangkai dua sahaja.

"Mana Baekhyun?" Soal Taeyeon apabila Baekhyun tidak ada bersama dengan mereka di sini.

"Dia pergi buatkan air untuk Cik Taeyeon lah tu, manalah tahu Cik Taeyeon rindukan air buatan dia ke apa" balas Chanyeol dan dalam masa yang sama mengusik bosnya yang baru pulang ke Korea pagi semalam.

Taeyeon menjegilkan mata. Seketika kemudian Baekhyun masuk dengan dua muk air, dia letak satu di hadapan Taeyeon dan satu lagi entah di hadapan siapa. Dia keluar balik, ambil lagi dua muk masuk ke dalam bilik tersebut.

Tanpa perlu di pelawa Baekhyun melabuhkan punggung di atas sofa yang berangkai tiga juga. Dia tersenyum lebar apabila Taeyeon pandang ke arahnya.

"Dah alang alang Cik Taeyeon balik sini ni, apa kata Cik Taeyeon pergi dengan Baekhyun tengok tapak baru kitaorang dapat seminggu lepas" Chanyeol angkat kening dua tiga kali.

Taeyeon menjeling Chanyeol, geram betul dengan lelaki ini. Dah tak ada nama lelaki lain agaknya dia nak sebut selain daripada Baekhyun, tapikan sebenarnya dia sukakan sangat. Tak nak mengaku saja!

"Good. Siapa yang dapatkan tapak baru tu untuk syarikat kita?" Soal Taeyeon ingin tahu. Bangga dengan pekerjanya kerana berjaya dapatkan projek baru walaupun dia tidak ada bersama dengan mereka.

"Baekhyun" nama itu yang meniti bibir dua lelaki tersebut. Baekhyun pula hanya menundukkan kepala.

Taeyeon angkat kening. Tak faham, dah apahal pula sebut nama Baekhyun. Orang tanya siapa yang dapatkan tapak baru tu, tapi diaorang tak jawab pula. Mentang mentanglah mood dia tengah baik, seronok pula diaorang berdua ni main main.

"Betul betullah, jangan main main sangat" ujar Taeyeon sedikit serius.

Chanyeol dan Taehyung berpandangan. Mereka serentak ketawa melihat Taeyeon yang masih tak dapat nak tangkap apa yang mereka cakapkan. Tapi mereka bukan tengah main main pun tadi. Dah Taeyeon tanya siapa yang dapatkan tapak itu, mereka berdua cuma bagitahu benda yang betul sahaja. Tapi tak sangka Taeyeon cakap diaorang tengah main main. Taeyeon lihat mereka geleng gelengkan kepala sambil ketawa tak henti.

Dia silangkan tangan. Dia pandang Baekhyun meminta kepastian apa yang sedang berlaku sekarang? Dia ada buat lawak ke tadi? Dia cuma tanya. Takkanlah tu pun lawak juga. Tak betul agaknya.

"Cik Taeyeon sendiri yang tanya tadikan, siapa yang dapatkan tapak baru tu, jadi kitaorang bagitahulah yang Baekhyun hyung yang dapatkan tapak tu untuk syarikat Cik Taeyeon" Taehyung bersuara apabila tawanya sudah seda sepenuhnya.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now