Part 61

549 74 31
                                    

Chanyeol dan Hyuk melangkah masuk ke dalam restoran yang lengang itu, sebelum balik mereka nak makan makan dulu. Lagipun kalau balik awal awal pun buat apa, bukannya ada apa pun nak di buatnya. Daripada dia merana teringatkan sahabatnya itu, baik dia lepak di sini sekejap.

Mereka membuat pesanan, makanan mungkin cepat sampai kerana keadaan restoran pada petang ini lengang. Lega hati, tak payah nak tunggu lama lama nak makan pun.

"Macam mana dengan keadaan Cik Taeyeon sekarang? Dengar kata dia dengan YeonJi banyak beza mengandung ni"

Chanyeol bersandar pada kerusi. "Taeyeon alahan teruk. Maklumlah dah masuk tiga bulan pun kandungan"

"Sebut pasal tiga bulan ni, Baekhyun pun dah hampir empat bulan hilang, kan? Korang semua tak ada dapat apa apa perkembangan pasal Baekhyun ke?" Hyuk pandang Chanyeol.

Chanyeol menggeleng lemah. "Tak dapat apa apa perkembangan Baekhyun pun sampai sekarang. Aku pun tak tahulah macam mana lagi nak jejak Baekhyun tu sekarang, kesian aku dekat Taeyeon sekarang ni tahu. Setiap kali muntah atau pening atau sakit badan mesti dia menangis, rindu Baekhyun lah tu" Chanyeol tersenyum tawar. "Kandungan YeonJi pun dah cecah tujuh bulan (AhYeon tak ingat sebenarnya ni, jadi jadilah tujuh bulah. Hahahaha...)"

"Ke manalah agaknya Baekhyun menghilang"

Makanan yang di pesan sampai di depan mata sudah, Chanyeol tidak membalas apa apa lagi selepas Hyuk berkata begitu. Dia pun dah buntu tak tahu nak buat apa lagi.

Mereka menjamu selera, berbual tentang perkara lain yang tiada kaitan dengan Baekhyun. Kerja, kawan dan macam macam lagi. Bukan tak nak ingat, tapi bila dah ingat nanti diaorang sendiri yang akan rasa sedih. Jadi biarkan.

"Kau tak nak balik lagi ke?" Hyuk minum air dia sehingga habis.

Chanyeol geleng. "Kau nak balik, baliklah dulu. Aku nak duduk sekejap dekat sini,"

Hyuk bangun dari duduknya. "Aku balik dulu, kau tu pun jangan fikir sangat pasal Baekhyun. Tengokkanlah Taeyeon tu, bukan orang lain isteri kepada kawan baik kau jugak. Aku bukan tak nak pergi, tapi malulah Baekhyun tak ada" Hyuk tersengih dan terus berlalu pergi.

Chanyeol ketawa kecil. Dia mengangkat kepala, dia lihat lelaki yang duduk di meja di hadapannya. Lelaki itu duduk membelakangi dia. Dia kenal sangat dengan lelaki di hadapannya ini, tapi mungkin lelaki ini tidak berapa nak perasan dengan dirinya.

Chanyeol buat tidak tahu sahaja, dia keluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Dia menekan nekan untuk menghilangkan bosan, tapi nak balik dia malas lagi.

"Macam mana dengan Baekhyun? Saya tak sempat nak telefon pun,"

Chanyeol mengangkat kepala, jantungnya mula berdegup laju apabila nama Baekhyun tiba tiba di sebut orang di hadapannya. Bukan yang lelaki, tetapi perempuan. Dia pasang telinga, pasti mereka berdua tahu apa apa tentang Baekhyun.

"Saya pun dah tiga hari tak telefon dia tanya khabar, tapi rasanya dia baik bail saja. Lagipun makin lama suara dia dah kembali macam dulu balik," JaeHan tersenyum lebar.

Chanyeol ambil majalah yang memang ada di atas meja ini untuk menutup mukanya. Dia tidak mahu perempuan itu perasan yang di sedang mendengar apa yang mereka berdua bualkan.

"Baguslah kalau macam tu, tak lama lagilah tu" MiNa senyum.

JaeHan mengangguk anggukan kepala. Dia mengukirkan senyuman pada pelayan yang menghantar makanan pada mereka. Sambil sambil makan mereka berbual lagi tentang hal Baekhyun. Chanyeol pula macam tak sabar nak tahu tentang Baekhyun, dia nak berhadapan dengan JaeHan sekejap lagi. Tapi tak tahulah dekat mana.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now