Part 3

1.1K 117 9
                                    

Taeyeon mendekati appa nya bersama dengan satu fail, dia mahu appa nya lihat sendiri apa yang Taehyung sudah buat sekarang ini untuk syarikat mereka. Taeyeon melabuhkan punggung berhadapan dengan appa nya sambil tersenyum lebar, dia memang bangga habis dengan reputasi Taehyung yang semakin baik. Sekarang ini pun Taeyeon sudah naikkan gaji Taehyung ke tahap yang lebih tinggi.

Encik Kim membelek fail tersebut, dia mengangguk anggukkan kepala sambil tersenyum. Dia juga bangga dengan pekerja anaknya ini. Encik Kim pandang ke arah isterinya lalu menoleh ke arah Taeyeon pula.

   "Appa bangga dengan dia, jadi Taeyeon dah naikkan gaji dia?" Soalan Encik Kim soal itu membuatkan Taeyeon menganggukkan kepalanya.

   "Mestilah, appa ingat Taeyeon ni apa?" Taeyeon tersenyum. "Lagi pun dekat ofis tu Taehyung ada adik beradik lain" bagitahu Taeyeon.

   "Siapa?" Soal Puan Kim yang dari tadi mendiamkan diri.

   "PA baru Taeyeon, Baekhyun tu. Byun Taehyung, Byun Baekhyun" jawab Taeyeon.

Encik Kim meletakkan kembali fail yang di berikan tadi di atas meja yang berada di ruang tamu. "Appa tak tahu pulak, dia pun tak cakap yang Taehyung tu adik beradik dia ke apa hari tu masa interview" ujar Encik Kim.

Taeyeon sandarkan badannya pada kerusi. "Taeyeon pun tak tahulah appa, Taeyeon rasa diaorang dua beradik pun tak tahu yang diaorang kerja satu bumbung pun. Sebabnya masa hari Taeyeon kenalkan Baekhyun dengan staf semua, Taehyung dengan Chanyeol terkejut sangat bila tengok Baekhyun tu. Kalau tak silap Taeyeon, Baekhyun tu hyung kepada Taehyung, dan Chanyeol kawan kepada mereka berdua" terang Taeyeon sambil silangkan tangannya.

Encik Kim dan Puan Kim hanya mendengar apa yang di katakan anak mereka ini tanpa ada rasa mahu menyampuk apa apa.

   "Hah, lagi dua minggu YeonJi balik Korea. Dia balik cuti untuk beberapa bulan rasanya... omma pun tak sempat nak berbual panjang sangat dengan YeonJi tu sebab dia tengok sibuk masa tu" Puan Kim pandang wajah Taeyeon yang sudah berubah teruja itu.

Taeyeon sentuh tangan omma nya. "YeonJi nak balik? Yeah!!! Dah hampir setahun tak jumpa dengan dongsaeng kembar kesayangan Taeyeon tu" Taeyeon tersenyum lebar.

Sebenarnya Taeyeon dan YeonJi bukanlah kembar, Puan Kim melahirkan Taeyeon dahulu selepas dua tahun kemudian Puan Kim lahirkan Kim YeonJi pula. Di sebabkan wajah mereka yang sama mereka di gelar kembar oleh keluarga sebelah omma dan appa mereka berdua. Mereka tidak banyak perbezaan, beza mereka dari ketinggian. Taeyeon rendah sedikit dari adiknya tetapi susah untuk di bezakan ketinggian kerana hampir sama tinggi sahaja. Kedua, Taeyeon garang dan tegas tetapi YeonJi lemah lembut orangnya, tidak mudah memarahi seseorang itu.

   "Mulanya appa dengan omma tak nak bagitahu dengan Taeyeon lagi tapi di sebabkan appa nak pergi outstation sekali dengan omma, terpaksalah appa bagitahu jugak dengan Taeyeon ni. Ingatkan nak buat kejutan tapi tak boleh pulak. Sebulan appa dengan omma pergi ni. Nanti Taeyeon pergi ambil YeonJi dekat airport erk..." kata Encik Kim sambil tersenyum.

Taeyeon mengangguk. "Taeyeon akan ambil kembar Taeyeon tu, mesti. Omma dengan appa tak perlu risaulah. Omma nanti jangan lupa bagitahu dengan YeonJi supaya telefon Taeyeon sebab takut Taeyeon terlupa atau apa apa pulak. Fahamlahkan macam mana kerja Taeyeon ni, sibuk sentiasa" pesan Taeyeon sambil memandang omma dan appa silih berganti, di dalam hatinya sangat gembira kerana dia akan berjumpa dengan adiknya yang seorang itu.

   "Faham sangatlah dengan kerja Taeyeon tu, macamlah omma tak pernah buat kerja macam Taeyeon sekarang. Dah lama tau, nasiblah sekarang omma dah berhenti, kalau tak memang lagi susahlah nak berjumpa." Puan Kim tersenyum lebar.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now