Part 36

646 82 11
                                    

Kepala yang tidak gatal di garu seketika. Dia tengah pening, tak tahu nak buat apa. Dekat mana pula dia nak hantar semua fail ini? Siapa yang nak tanda tangan semuanya? Takkanlah dia yang kena buat semua ni? Tak mungkin.

Hentakkan meja membuatkan Baekhyun terkejut. Dia menjeling tajam lelaki yang sudah mengejutkannya tadi, nasib baik tak melatah yang memalukan diri sendiri.

   "Kau ni dah kenapa?" Soal Taemin. Lelaki yang bertanggungjawab mengejutkan Baekhyun tadi. Dia lihat lihat juga apa yang Baekhyun tengok buat.

Baekhyun letak fail dan pen yang di pegang ke atas meja kerjanya kembali. "Aku tengah pening. Dekat mana pulak aku nak hantar semua fail ni and siapa pulak nak turunkan tanda tangan tu semua?"

Taemin ketawa kecil. "Sebab ni je kau jadi macam ni, aku ingat ke isteri kau lari rumah tadi" perli Taemin. Baekhyun sudah menghadiahkan jelingan maut padanya. Orang cakap betul betul dia main main pula, dia mana kahwin lagi. Lagipun perempuan yang dia suka baru je bercerai tak sampai dua minggu pun.

   "Aku tengah seriuslah sekarang, janganlah main main!" Marah Baekhyun geram. Rasa nak hempuk saja kepala Taemin dengan empat fail yang ada di atas mejanya ini.

   "Okey, okey. Kau ni, semua fail ni pergilah hantar dekat rumah keluarga Taeyeon, appa Taeyeon yang akan buat semua benda yang kau cakap tadi tu" ujar Taemin sambil silangkan tangan. "Dulu, sebelum kau kerja dekat sini, kitaorang memang hantar dekat rumah Taeyeon. Bagi appa Taeyeon tengok semua ni," tambah Taemin lagi.

Baekhyun mengangguk kepalanya, dia betulkan rambutnya sedikit.

   "Hah datang meja aku ni kenapa? Dahlah buat aku terkejut bagai tadi," Baekhyun pandang Taemin.

   "Tak ada apa, saja je" balasnya selamba. "Aku nak pergi sambung buat kerja dululah" dia berlalu pergi tinggalkan Baekhyun.

   "Thank untuk tadi" ucap Baekhyun sedikit kuat.

Chanyeol dengan Taehyung yang baru melangkah masuk mendekati Baekhyun yang sudah tersenyum sendiri. Dia dah senang hati kerana sudah tahu di mana dia mahu hantar dan minta tanda tangan nanti.

   "Kau kenapa?"

Baekhyun angkat kepala. "Tak ada apa, dah pergi buat kerja sana. Aku nak buat kerja pun tak senang tau korang dua ni," suruh Baekhyun lebih kepada menghalau.

Taehyung buat muka selepas itu terus pergi ke tempatnya. Chanyeol pula sempat menampar lengan Baekhyun sekuat hatinya sebelum berlari anak ke tempatnya.

Baekhyun menjegilkan mata melihat Chanyeol seronok tersengih seorang diri. Seronoklah tu dapat tampar lengan dia kuat kuat, sudahlah dia tak bangun balas balik. Lagi tambah seronoklah dia.

   "Tunggu kau, kau akan dapat balasan nanti" kata Baekhyun.

Chanyeol membalasnya dengan menjelirkan lidahnya. Setelah itu mereka kembali menyambung kerja masing masing.

Baekhyun menekan loceng rumah keluarga Taeyeon untuk beberapa kali. Seperti yang di katakan Taemin padanya semasa di ofis tadi, dia sekarang sudah berdiri tegak di hadapan rumah keluarga Kim.

   "Ada orang ke tak dalam rumah ni? Dah dekat sepuluh minit dah aku asyik tekan loceng ni, takkan tak dengar pulak?" Bebel Baekhyun seorang diri. Dia tekan lagi loceng rumah mereka. Tak nak berputus asa.

   "Annyeonghaseyo!" Jerit Baekhyun apabila bunyi loceng tidak berjaya membuat orang dalam dengar.

Sambil sambil itu Baekhyun tekan juga loceng rumah. Rasa macam nak sepak je pintu rumah ni kerana terlalu geram tak ada orang nak bukakan pintu.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now