Hari minggu begini selalunya mereka duduk lepak di rumah sahaja tapi tidak hari ini. Baekhyun, Chanyeol dan Taehyung pergi berjalan jalan di Sungai Han dan seterusnya mereka pergi ke restoran pula. Dah seronok berjalan, sudah pastilah perut pun rasa lapar.
Chanyeol pilih meja yang paling hujung sekali, dari situ dia boleh mengendap orang yang duduk di tempat lain di dalam restoran yang sama. Baekhyun duduk bersebelahan dengan Chanyeol dan Taehyung duduk berhadapan dengan Baekhyun.
"Lepas ni nak buat apa? Ke nak balik rumah terus je? Lagipun sekarang dah dekat pukul sebelas malam," Chanyeol pandang Baekhyun dan Taehyung sudah buat muka. Dia tersengih pula. "Alah aku tahulah nak balik rumah terus, saja je tanya tadi. Manalah tahu nak jalan jalan dekat mana mana lagi ke apa, kan?"
"Kau ingat kitaorang adik beradik macam mana? Kaki keluar malam?" Soal Baekhyun sambil mengangkat keningnya.
"Tahulah korang adik beradik jarang balik lewat malam, tak main jalan malam malam ni" Chanyeol menjuih bibir.
"Tahu tak apa," Baekhyun tersenyum bangga.
Taehyung sudah ketawa kecil melihat Chanyeol membuat muka menyampah melihat muka bangga Baekhyun itu.
"Kejap, mana pergi pulak pelayan ramai ramai ni? Sorang pun tak datang ambil pesanan dekat kita? Tak cukup comel lagi ke aku ni?" Soal Baekhyun sendiri apabila tiada seorang pun pelayan yang datang mengambil pesanan.
"Waiter" panggil Taehyung.
"Tu kau Baekhyun, orang panggil terus pelayan bukan membebel macam perempuan" Chanyeol sengih.
Baekhyun cebik bibir. Dia buat muka 'do I care?'.
Datang pelayan, terus mereka membuat pesanan. Tak tunggu lama lagi dah, perut lapar betul.
"Esok nak pergi mana mana tak?" Soal Taehyung.
"Esok? Lepak rumah je kut, kau ingat hyung ni kerja berjalan?" Baekhyun mengangkat kening.
Taehyung mencebik. Dia pandang ke arah lain, malas nak jawab. Dalam tengah pandang pandang sekeliling, dia ternampak susuk tubuh yang sangat di kenalinya. Dia tampar tampar lengan Baekhyun.
"Kenapa?" Tanya Baekhyun. Tangan sudah di alih, sakit tak tahan kena tampar. Kuat pula tu.
Chanyeol pun pandang Taehyung juga. Pelik juga dia, dah kenapa tiba tiba tampar Baekhyun. Takkan geram sangat bila Baekhyun cakap tadi.
Tanpa menjawab, Taehyung menjuihkan bibir ke satu arah. Mereka sama sama pandang ke arah yang di tunjuk itu. Mata mereka sama sama terbuntang, berpandangan antara satu sama lain.
"Tu bukan ke JaeHan? Suami Taeyeon? Kenapa dia dengan perempuan lain pulak tu? Siap peluk peluk bukan main," Chanyeol pandang mereka berdua silih berganti.
Mereka angguk. "Betullah tu, perempuan mana pulak dia peluk bukan main tu? Aku tak rasa tu adik dia ke, kakak dia ke apa, sebabnya masa kahwin hari tu mana ada perempuan tu pun, kan?" Baekhyun pandang ke arah JaeHan dengan perempuan yang di peluknya itu.
"Apa kata kita telefon YeonJi je, kan senang" cadang Taehyung.
Baekhyun dan Chanyeol, kedua duanya mengangguk setuju. Taehyung keluarkan telefon pintarnya dari jaket sejuknya.
"Dia takkan lambat sampai sebab restoran ni tak jauh mana pun dari rumah diaorang" Chanyeol pula bersuara.
Taehyung: YeonJi! Maaflah ganggu malam malam macam ni tapi kitaorang nak jugak jumpa dengan YeonJi sekarang. Dekat restoran ***, sekarang tau. Ada sesuatu kitaorang nak tunjuk, palli.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...