Selepas pulang dari tempat kerja, Chanyeol terus balik. Tubuhnya sangatlah terasa letih. Tak tertahan lagi dah.
Usai membersihkan tubuh dia masak sesuatu yang boleh di makan, kerana dia dah malas gila nak keluar makan dekat tempat lain. Maklumlah dia tinggal seorang diri sekarang, omma dengan appa pula balik ke rumah keluarga omma nya. Ada hal katanya.
Pembantu rumah? Memang tak ada dan tak akan pernah ada punya, kan keluarga dia keluarga sederhana sahaja. Tak mampu pun nak bayar gaji pekerja ni semua.
Sambil sambil makan tu dia asyik teringat sahaja pada perempuan yang merupakan COO baru di situ. Kali ini dia sumpah hatinya bergetar apabila memandang Tiffany.
Selepas makan memang dia dah tak boleh tahan lagi dengan perasaan sendiri. Dia capai telefon pintar di atas meja, lalu dia terus mendail nombor Baekhyun. Lantaklah mahal mana pun casnya janji dia dapat bercakap dan meluahkan apa yang dia rasa sekarang.
"Hah, apahal kau?" Terus saja Baekhyun menyoal bila Chanyeol menelefon dia.
"Aku ada something kau kongsi dengan kau ni, kau ada dengan siapa?" Soal Chanyeol sambil membetulkan duduknya.
"Aku dengan V ni dekat dalam hotel, yang Cik Isteri dua dua dah hilang keluar. Tak penat penat lagi agaknya, kitaorang berdua ni dah rasa macam nak patah dah kaki" balas Baekhyun dan dalam masa yang sama memberitahu apa yang sedang mereka lakukan.
"Kita sekarang dah ada COO baru" bagitahu Chanyeol terus. Sebab Taeyeon dengan YeonJi tak adalah dia terus cakap ni, kalau dua orang perempuan tu ada malaslah dia nak cakap lagi dengan Baekhyun. Taehyung dia tak kisah.
"Jinjja?" Kedengaran suara Taehyung pula di hujung talian.
"Betullah. COO kita tu perempuan,"
"Dah tu apa masalahnya? Dia ada buat apa apa salah dengan kau ke sampai nak kena bagitahu dengan kitaorang ni?" Soal Baekhyun malas.
"Ni mesti kes ter... JATUH CINTA ni" Taehyung sengaja kuatkan nada apabila menyebut perkataan jatuh cinta tersebut.
Chanyeol mengetap gigi sendiri, tak sangka pula yang Taehyung ni cepat tangkap pula dengan apa yang di beritahu ni.
"Betul ke kau jatuh cinta ni?" Soal Baekhyun kalut.
"Macam ya je, entahlah aku pun macam tak pasti sangat lagi. Tapikan, buat kali pertama bila aku pandang dia, hati aku rasa bergetar. Tambah tambah kalau tengok senyuman dia tu, aduh cair" langsung Chanyeol tidak berahsia tentang perkara yang satu ini. Dah biasa sangat berkongsi dengan mereka berdua ini, itu yang tak boleh nak buat apa apa.
"Dah kalau kau cakap macam tu, memang kau ni serius dah jatuh cinta dengan perempuan tu. Hebat perempuan boleh buat kau ni jatuh cinta, tak sabar pulak aku nak tengok siapa perempuan yang mampu buat Park Chanyeol, sahabat aku ni jatuh cinta" Baekhyun tersenyum sendiri.
"Tak apa korang honeymoonlah puas puas lepas tu bolehlah tengok nanti," ujar Chanyeol.
"Taeyeon dah balik ni, V pergi cepat YeonJi dah tunggu dekat luar sana" kedengaran pula suara Taeyeon yang boleh tahan kuat tu.
"Tak apalah, aku letak dulu. Happy honeymoon" ucap Chanyeol sebelum memutuskan talian.
Chanyeol tersengih sendiri, rasa lega sikit bila dah berkongsi cerita dengan mereka berdua. Tak rasa sesesak tadi dadanya ini. Memandangkan mereka tak ada dekat sini, dia perlu mencari cara untuk berkenalan dengan perempuan bernama Tiffany itu. Kalau mereka ada pasti teruk dia di usik nanti, dan sudah semestinya dia yang akan malu.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...