Part 32

686 86 14
                                    

Baekhyun memalingkan wajahnya ke arah lain apabila YeonJi melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia tahu YeonJi akan tahu juga sekejap lagi, tetapi masih juga mahu cuba menyembunyikannya. Sudahlah empat hari lepas banyak pertanyaan dari rakan sekerjanya bertanya kenapa wajahnya ada kesan lebam lebam walaupun tidak banyak.

Chanyeol dan Taehyung mendekati YeonJi, mereka cuba nak cover juga tanpa di ketahui YeonJi.

   "Jom ikut YeonJi," ajak YeonJi tanpa menyatakan ke mana.

YeonJi mendekati meja Baekhyun, bahu Baekhyun di sentuh lembut. "Oppa, jom ikut YeonJi," ajak YeonJi pada Baekhyun pula.

   "YeonJi pergilah dengan diaorang tu, oppa ada banyak kerja nak balik siapkan ni," jawab Baekhyun tanpa pandang ke arah gadis itu.

YeonJi berkerut hairan. Baekhyun bercakap tanpa memandang ke arahnya langsung. Dia ada buat salah ke? Itulah soalan yang mula bermain di dalam fikirannya. Malas nak fikir panjang panjang, tanpa membuang masa YeonJi menarik muka Baekhyun supaya memandangnya.

   "Ah... ah... ah..." Baekhyun mengaduh kesakitan.

Serta merta YeonJi melepaskan pegagangnya. Dia terkejut melihat lebam pada wajah Baekhyun itu. "Kenapa ni oppa?" Soal YeonJi prihatin.

   "Tak ada apalah YeonJi," Baekhyun sentuh tempat yang terasa sakit tadi.

YeonJi berpeluk tubuh. Ingat dia seorang yang senang percaya ke dengan apa yang di katakan? Memang taklah! "Cakaplah betul betul" pinta YeonJi sambil membelek muka Baekhyun dengan matanya.

Baekhyun bangun. "YeonJi ajak kitaorang tadi kan, apa kata kita gerak sekarang je. Nanti tak adalah lambat balik pulak" Baekhyun mengelak dari terus di soal.

YeonJi mencebik. "Jomlah kita pergi sekarang, nanti Taeyeon unnie tunggu pulak dekat sana, manalah tahu kalau si mamat kelabu hitam tu tak pergi ambil unnie ke apa," YeonJi pandang mereka bertiga yang sudah bersedia mahu keluar dengannya.

Mereka berpandangan. "Ambil Taeyeon?" YeonJi angguk mengiakannya. "Kalau nak ambil Taeyeon, YeonJi pergi dengan diaorang berdua je lah. Oppa tak dapat nak pergi" tolak Baekhyun dahulu. Malas dia nak bertentang mata dengan JaeHan di lapangan terbang. Buat JaeHan buat drama tak laku dia depan mereka semua lagi buat dia makin menyampah.

   "Oppa kena jugak pergi, temankan YeonJi pergi ambil Taeyeon unnie. Tak apa nanti kalau kita jumpa dengan mamat tak guna tu, oppa boleh brsembunyi dekat dekati situ. Nanti tak adalah mamat gila tu gelakkan oppa pulak," pujuk YeonJi sambil membuat muka comel.

Mereka berpandangan, seketika kemudian mereka ketawa geli hati. YeonJi berkerut hairan. "Kenapa gelak pulak ni?"

   "Bukan apa YeonJi. Muka Baekhyun hyung lebam, bengkak bengkak ni berkaitan dengan JaeHan jugak sebenarnya. Kalau YeonJi tak percaya, nanti YeonJi tengok muka mamat tu macam mana. Tak perlu nak tenung sangat sebab memang dah nampak sangat walaupun dari jauh sikit" Taehyung geleng gelengkan kepala.

Mata YeonJi membulat. Terkejut bukan kepalang. "Apa yang dah terjadi ni?" Soal YeonJi ingin tahu. Tak jadi menapak lagi.

   "Nanti kita cerita, sekarang jom nak pergi lapangan terbang nak ambil Taeyeon, kan" Chanyeol tolak bahu YeonJi lembut.

YeonJi mencebik tidak setuju tapi dia ikutkan juga. Nanti kalau dia desak untuk menceritakannya, dia takut lambat pula mereka sampai.

Taeyeon terus memeluk tubuh adiknya apabila dia nampak akan kelibat adiknya sedang menunggu. Seketika kemudian dia meleraikan pelukan. YeonJi pandang sekeliling, mana tahu ada kelibat JaeHan di mana mana, tapi masih tidak kelihatan orangnya.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now