Tubuh yang letih di humbankan ke atas katil yang empuk itu. Mata di pejam rapat, bukan untuk tidur tapi hanya untuk mengurangkan rasa penatnya sahaja. Dia baring mengiring pula, perlahan lahan dia mencelikkan kembali matanya.
Telefon yang berada di tepi di ambilnya, dia nak buat panggilan untuk suaminya yang berada di Korea. Tapi dia hampa bila dia tengok telefon dia langsung tak hidup walaupun dia sudah menekan entah berapa banyak kali. Lagipun memang dia terlupa nak cas pun malam semalam sebelum dia tidur. Terlalu penat sangat, sampai terlupa mahu mengecas telefon sendiri.
Dengan malas dia bangun, berjalan sedikit ke arah tempat mengecas (lupalah pulak panggil apa benda untuk sambung elektrik tu). Dia perlu menghubungi suaminya itu untuk bertanyakan keadaannya sekarang.
Pagi tadi semasa telefon pintarnya sudah nyawa nyawa ikan, dia mendapat sms daripada Taehyung, adik iparnya. Katanya Baekhyun tidak masuk kerja kerana kurang sihat.
Dia kembali baring.
"Apalah yang Baekhyun tengah buat sekarang ni? Dia ada telefon aku tak agaknya? Entah entah dia risau bila aku tak jawab panggilan dia" Taeyeon tiba tiba teringat jika Baekhyun ada menghubungi dirinya hari ini.
Dia bangun. Pergi ke arah telefon. Dia mendengus.
"Baru sangat aku cas, takkan dah masuk walaupun satu peratus" Taeyeon letak kembali telefon pintar dia kasar kasar. Geram gila.
Dia gigit bibir sendiri, jadi macam risau pula bila teringat mungkin Baekhyun menelefon dia hari ini. Dia tak tahu apa yang akan di fikirkan Baekhyun jika dia tidak menjawab langsung panggilan yang di buat. Siang mungkin Baekhyun faham dia sibuk, tapi malam? Mana ada dia buat apa apa pun.
"Kenapalah aku tak guna dua telefon je, kan senang kalau satu tak ada bateri, boleh aku guna telefon yang satu lagi" Taeyeon mendengus lagi. "Sudah sudah, baik aku mandi. Mungkin dah boleh on telefon baik sekejap lagi, kan" Taeyeon mencapai tualanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.
Ke hulur ke hilir Baekhyun, Taehyung, Chanyeol dan YeonJi ketika itu. Baekhyun pun yang tak berapa nak sihat pun pusing sana pusing sini juga.
Kenapa? Pastinya kerana Taeyeon yang langsung tak jawab apa apa panggilan dari pagi sampailah ke malam. Sekarang. Mereka berempat dah telefon banyak kali tapi still Taeyeon tak jawab panggilan mereka semua. Dan tak pasal mereka perlu menipu omma Byun dan appa Byun mengatakan Taeyeon sudah berbual dengan mereka lama tadi.
Baekhyun baling telefon dia sesuka hati, terlopong jugalah mulut diaorang bertiga tengok Baekhyun baling telefon mahal tu sesuka hati sahaja.
"Geramnya aku, manalah Taeyeon ni hilang, takkan dah main mata dengan lelaki Jepun sana pulak. Siaplah kalau aku jumpa dengan lelaki mata sepet tu nanti, memang nak kena dengan aku tu" marah Baekhyun sambil di perhati mereka semua. Tapi yang tak tahan Baekhyun kata orang mata sepet, dia tidak ingat pula yang mata dia pun sepet juga.
"Sabarlah hyung, mungkin Taeyeon noona tengah sibuk gila sekarang. Ataupun Taeyeon noona tengah berehat, penat kan" Taehyung 'kutip' telefon yang di baling Baekhyun.
"Tu lah Baekhyun, kau ni cuba relaks sikit" Chanyeol bersandar pada pintu bilik.
"Tak pun unnie sebenarnya lupa nak cas telefon tu, unnie kan memang macam tu. Lupa ke masa kita dekat Paris macam mana unnie lupa nak cas telefon tu" YeonJi pula bersuara. Dia nak sebelahkan kakak dialah.
"Tak tahu ke oppa tengah sakit kepa... argh!!" Tiba tiba Baekhyun menjerit. Dia pegang kepala sendiri.
"Eh, hyung! Kenapa ni?" Semua cepat cepat mendekati Baekhyun.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...