Dah lepas sebulan dah perkahwinan di antara Chanyeol dan Tiffany. Hyuk bersama Hani. Buat sama sama, memang lebih meriah kerana tetamu yang datang lagi ramai, faham fahamlah kenalan keluarga lain lain. Jadi pastinya ramai yang ada.
Malam tu mereka semua makan malam bersama sama, tapi orang yang boleh ikut serta hanyalah yang sudah mendirikan rumah tangga. Yang muda muda sahajalah, yang tua tua makan dekat rumah dahlah.
Macam macam makanan yang di pesan mereka semua. Rindu juga dengan pasangan ni setelah pergi berbulan madu di Pulau Jeju. Katanya malas nak pergi tempat yang jauh jauh sangat.
"Taeyeon noona dah tak lama lagi, jadi siapa nak ganti dia mengandung pulak lepas ni?" Taehyung angkat angkat kening pada Tiffany dan Hani.
"Masih awal lagilah, tunggu Taeyeon unnie lepas pantang nanti baru boleh gantikan. Lagipun aku tak bersedia lagi nak ada anak," Hani pegang perut sendiri. Tak tahulah macam mana kalau dia mengandung nanti.
"Kau tu memanglah," YeonJi menjeling. Anak mereka Taehyung yang pegang.
"Tak apa, nanti kita tengok dulu siapa yang lekat anak dulu. Entah entah, YeonJi yang akan lekat lagi" Taeyeon tersengih sengih sambil pandang YeonJi yang sudah menjegilkan matanya.
Baekhyun ketawa kecil. "Bagus jugak tu. YeonJi bagilah seorang lain oppa anak saudara, lagi ramai lagi seronok." Baekhyun pun dah galak nak mengusik YeonJi juga.
"Nanti nanti, biar anak yang sorang ni besar sikit dulu. Nanti kalau YeonJi mengandung lagi, siapa yang nak jagakan si budak kecil ni? Baekhyun oppa nak jagakan?" YeonJi angkat kening pada abang iparnya.
"Apasal oppa pulak, suruhlah V yang jaga. Anak dia, kan?" Baekhyun mencebik.
"Boleh je nak jaga," Taehyung sengih.
Tiffany menggelengkan kepala melihat gelagat mereka, dia tak sangka berkawan dengan mereka semua sangatlah menyeronokkan. Memang meriah habis berkawan dengan mereka semua ni, perangai semua cukup. Seorang macam tu, yang seorang lagi macam ni. Memang tak membosankan langsung.
"Aku ni penat tahu dengar korang bercakap tak berhenti, cuba berehat kejap mulut tu dari bercakap." Chanyeol buka suara.
"Kau jeles kan kitaorang tak layan pun kau dari tadi, an?" Baekhyun pandang Chanyeol sambil tersenyum sinis.
"Memang pun. Korang kejam tahu, langsung tak nak layan aku pun. Menangislah kalau macam ni" dia menekup muka seperti sedang menangis.
"Makanan dah sampai, maaflah Chanyeol hyung tak sempat nak pujuk. Perut kitaorang lagi penting daripada hyung" Taehyung sengih.
Chanyeol menjeling tajam, dia tahu Taehyung sekadar bergurau. Tapi sengaja dia pun nak buat perangai mental dia dengan mereka ni semua.
Pagi tu memang Baekhyun, Chanyeol, Taehyung, Tiffany dan Hyuk sibuk gilalah. Nak buat macam mana, masa dua pasangan tu pergi berbulan madu yang dua lagi pasangan ni pun bukan main lagi berbulan madu dekat rumah. Seronok sungguh cuti lama lama.
Taeyeon memang takkan masuk kerja sampailah dia bersalin dan selepas berpantang. Omma dengan appa yang menegah dia dari pergi kerja, lagi lagi Encik Suami ni. Memang dia marah bila Taeyeon datang pejabat sendiri.
Pernahlah sekali dua dia datang pejabat sebab nak tengok keadaan pejabat yang lama sangat dia jejak. Bila Baekhyun nampak je dia datang, terus di marahnya Taeyeon dekat situ juga. Dia tahu suaminya itu risau dengan keadaan dia sekarang, tapi janganlah nak marahkan dia di hadapan staf staf yang ada. Nasib baik marah Baekhyun ni sekejap je, dan ia jadi lebih sekejap bila Taehyung dengan Chanyeol campur tangan.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...