Chanyeol dengan Taehyung keluar makan tengah hari berdua sahaja hari ini kerana Baekhyun mengikut Taeyeon pergi meeting dekat luar. Bosan jugalah, kali ni sudah empat kali Baekhyun perlu mengikut Taeyeon keluar. Dulu tak adalah macam ni sangat, Taeyeon lebih senang pergi seorang diri sahaja. Entah apa yang sudah merasuk bos mereka pun tak tahulah, nak angkut Baekhyun setiap masa. Atau mungkin kerana Taeyeon sukakan Baekhyun? Tu pun terfikir juga tapi tak tahu nak agak macam mana.
Chanyeol dan Taehyung berpandangan, seperti kedua duanya mahu mengatakan sesuatu saja. Masing masing memberikan isyarat mata, dan masing masing tak mahu bagitahu dulu.
Chnayeol buat muka geram, Taehyung buat buat tak faham pula dengan isyaratnya tadi.
"Kau lah cakap dengan hyung dulu, lepas tu baru hyung cakap pulak dengan kau" Chanyeol mula bersuara.
Taehyung cebik bibir. "V rasa macam peliklah sejak dua menjak ni" kata Taeyeon sambil mengurut dagunya.
"Maksud kau, Baekhyun dengan Taeyeon ke?"
Taehyung angguk mengiakan. "Yelah, sebelum ni tak ada pun selalu sangat diaorang pergi buat kerja sama sama," Taehyung pandang Chanyeol.
Chanyeol angguk anggukkan kepala, apa yang di katakan Taehyung itu betul. "Kan kan, hyung pun pelik dengan diaorang dua tu. Taeyeon tu pun, sebelum ni tak ada pun nak kena ikut dia sangat, melainkan dia tak mampu nak buat seorang diri. Sekarang ni, ke mana saja ada kerja, semua Baekhyun ikut pergi. Walaupun benda tu bukannya susah bagi Taeyeon nak selesaikan sendiri" ujar Chanyeol pula.
"Urm... hyung terfikir tak apa yang V terfikir sekarang ni?" Kening di angkat.
"Macam ya, tapi entahlah. Kau fikir apa erk?"
"V fikir yang diaorang tu dalam dilema cinta, fasa baru untuk diaorang berdua" Taehyung sengih.
Chanyeol senyum juga, sebab apa yang di fikirkannya memang sangat sama dengan apa yang sedang di fikirkan olehnya. Dia memetik jari tiga empat kali. "Hyung pun terfikirkan perkara yang sama jugak, agaknya memang Baekhyun dengan Taeyeon tengah menyemai cinta masing masing"
Taehyung ketuk meja perlahan tanda gembira. "Kalau betullah apa yang kita fikirkan ni, V lah orang yang paling bahagia sekali"
"Jangan cakap kau je gembira, hyung pun sama jugak. Harapnya diaorang jumpa kebahagiaan diaorang bersama" Taehyung mengangguk setuju. "Hah, sudah. Baik kita makan cepat, kang lambat masuk kerja balik. Nanti Taeyeon membebel walaupun dalam fasa hangat bercinta" Chanyeol senyum lebar.
Taehyung mengikut cakap Chanyeol, walaupun mood Taeyeon sekarang nampak okey, tapi tu tak bermakna mood dia akan sentiasa okey saja. Silap sikit, mahu meletus gunung berapi.
Chanyeol terkocoh kocoh melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Byun yang tidak berkunci itu, omma Byun dengan appa Byun sampai terkejut dengan kedatangan Chanyeol yang tiba tiba itu.
Setelah Chanyeol memberikan ucapan pada omma Byun dan appa Byun, terus dia naik ke tingkat atas ke bilik Baekhyun. Taehyung dengan YeonJi dah tunggu dalam bilik tersebuf.
"Mianhae, lambat sikit" Chanyeol menghenyakkan punggung di atas katil Baekhyun. Orang lain duduk atas lantai je, dia je yang lebih lebih duduk di atas katil yang empuk.
"Tak apa. Baiklah V dah nak mulakan ni," Taehyung senyum pada isterinya yang tak tahu apa apa.
"Sayang, boleh awak cakap dengan kitaorang kenapa Taeyeon noona boleh berubah macam tu sekali?" Soal Taehyung.
Baekhyun dengan Chanyeol pun dah pasang telinga luas luas. Takut tak dapat dengar dengan jelas pula. "Apa yang berubah dengan Taeyeon unnie?" Soal YeonJi kembali. Dia masih cuba merahsiakan tentang perasaan Taeyeon pada Baekhyun.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...