Part 12

741 94 7
                                    

Semalam pembedahan telah berjalan dengan lancar, Taehyung, Taeyeon, Chanyeol, Hyuk, omma Byun dan appa Byun mereka semua merasa lega apabila pembedahan yang di lakukan berjalan dengan lancar semalam.

Pagi ini Taehyung, Chanyeol, Taeyeon, omma Byun dan appa Byun sudah berada di hospital. Taehyung dan Chanyeol tidur di hospital, manakala Taeyeon, omma Byun dan appa Byun baru saja sampai sebentar tadi. Semasa Taeyeon sampai tadi, Chanyeol dan Taehyung pelik juga mengapa Taeyeon datang tapi malas nak fikirkan apa apa mereka biarkan sahajalah Taeyeon berada di situ. Lagi pun Taeyeon yang bayarkan kos pembedahan Baekhyun itu, jadi mereka tak nak buat apa apa.

Mereka sudah membersihkan diri, memandangkan keluarga Byun dan keluarga Park mengenali antara satu sama lain, jadi omma Byun pergi ke rumah Chanyeol untuk mengambil pakaiannya.

   "V-ah, jom ikut pergi kafe hospital. Laparlah," Chanyeol pegang perutnya sambil membuat muka simpati.

Taehyung tersenyum sedikit, lalu bangun dari duduknya. "Jomlah, V pun lapar jugak ni. Ingat hyung seorang je ke yang lapar?" Taehyung menapak mendekati Chanyeol.

Chanyeol sengih dan dalam masa yang sama dia lega melihat senyuman Taehyung walaupun tidaklah manis sangat. Semalam semasa dia tidur, kononnya padahal dia tak tidur lagi pun. Dia lihat Taehyung menangis seorang diri, sambil menggenggam tangan Baekhyun.

Mereka berdua sama sama menapak mahu melangkah keluar dari bilik tersebut tetapi di sebabkan Taeyeon memanggil mereka, mereka serentak menghentikan langkah lalu menoleh ke arah Taeyeon yang sudah berdiri. Dia datang mendekati Taehyung dan Chanyeol.

   "Boleh saya ikut korang pergi kafe? Saya pun tak sempat nak makan tadi," Taeyeon pandang mereka berdua silih berganti.

Mereka tidak menjawab dahulu, sempat mereka berdua menilik wajah Taeyeon. Wajah Taeyeon tidak seperti selalu, hari ini Taeyeon nampak sedikit lesu dan ada lingkaran hitam di bawah mata.

   "Cik Taeyeon nak ikut jomlah, kitaorang okey je" Taehyung bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

Taeyeon pandang Chanyeol lalu Chanyeol menganggukkan kepala. Taeyeon mengukirkan senyuman lalu dia ikut langkah dua lelaki itu.

Selepas membeli makanan yang mereka mahukan, mereka cari meja yang kosong untuk mereka duduk di situ. Chanyeol dan Taehyung hanya diamkan diri, hanya mulut dan tangan sahaja sibuk sekarang bergerak. Taeyeon juga makan, sesekali dia pandang juga ke arah mereka berdua, rasa kekok pula dia rasa lepas dia marah dan pecat Taehyung petang semalam.

Taeyeon berdeham untuk menarik perhatian mereka berdua. Dan nampaknya dua orang lelaki itu pandang ke arahnya tanpa mengeluakan sebarang suara pun. Hanya pandangan mata sahaja.

   "Taehyung, saya nak mintak maaf atas apa yang saya lakukan pada hyung awak petang semalam" ucap Taeyeon perlahan tetapi masih dapat di dengari merela berdua. Sekarang Taeyeon rasa bersalah sangat, dan dalam masa yang sama dia takut tidak dapat mengucapkan kata maaf pada Baekhyun sendiri.

Taehyung senyum. "Gwenchana Cik Taeyeon," balas Taehyung.

   "Dan satu lagi sebab saya pecat awak hanya sebab awak tepis tangan saya. Rasa lawak pulak bila saya buang awak kerja hanya kerana awak tepis tangan saya" Taeyeon tersenyum sendiri. "Urm... Taehyung, awak kerja dengan saya balik. Saya mintak maaf sekali lagi" Taeyeon pandang Taehyung.

Taehyung berhenti mengunyah, dia toleh ke arah Chanyeol di sebelah. Chanyeol menganggukkam kepala sebagai balasan. "Gomawo, Cik Taeyeon" ucap Taehyung sambil tersenyum lebar. "Saya nak berterima kasih sangat dengan Cik Taeyeon sebab sanggup bayarkan untuk pembedahan Baekhyun hyung" kini giliran Taehyung pula mengucapkan terima masih.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now