Part 9

682 75 4
                                    

YeonJi membalas senyuman semua staf di dalam pejabat tersebut apabila dia melangkah masuk, hari ini dia datang seorang diri sahaja. Taeyeon tidak datang ke pejabat hari ini kerana Encik Kim yang mendesak Taeyeon supaya Taeyeon tidak masuk kerja. YeonJi yang akan menggantikan Taeyeon walaupun dia tak tahu sangat pun apa yang perlu di buatnya apabila berada di ofis. Lagi pun semalam lagi appa mereka sudah menelefon bertanyakan jadual Taeyeon pada Baekhyun dan Baekhyun memberitahu yang Taeyeon tidak ada apa apa jadual hari ini sebab itulah appa mendesak Taeyeon tidak pergi kerja hari ini.

Taehyung pandang Baekhyun dan Chanyeol silih berganti apabila YeonJi sudah melangkah masuk ke dalam bilik Taeyeon. Baekhyun hanya mencebik melihat adiknya yang sudah terlebih ceria itu apabila lihat YeonJi di hadapannya. Chanyeol pula cepat cepat menoleh ke arahnya kertas kertas di atas meja, malas nak tengok senyuman alien Taehyung.

Kini giliran Taehyung pula yang mencebik, lalu dia melabuhkan punggung. Tetapi cebikan itu sekejap sahaja, tidak lama kemudian dia kembali tersengih seperti kerang busuk sahaja. Dengan senang hati dan besar hati dia menyambung kerjanya.

Baekhyun yang sedang ralit membuat kerjanya terkejut apabila ada tangan yang menyentuh bahunya lembut, pantas Baekhyun mendongak melihat gerangan yang memegang bahunya itu. Apabila orang itu adalah YeonJi, cepat cepat Baekhyun bangun dari duduknya lalu membalas senyuman YeonJi. Sempat juga Baekhyun kerling ke arah Taehyung, nampaknya Taehyung seperti sudah cemburu dengannya apabila YeonJi menyentuh bahunya tadi, Baekhyun tersengih sendiri. Lawak pula dia tengok muka Taehyung dan dia sudah terlupa yang ada orang di hadapannya ini. Seketika kemudian dia kembali teringat akan perempuan di hadapannya.

   "Cik YeonJi nak apa apa ke?" Soal Baekhyun lembut.

YeonJi pandang sekeliling sebelum bersuara. "Urm... saya nak awak bagitahu dengan mereka semua lepas makan tengah hari kejap lagi berkumpul dekat dalam bilik menyuarat selalu untuk staf kita sahaja" bagitahu YeonJi tujuan dia datang itu.

Baekhyun mengangguk faham.

   "Ada apa apa lagi Cik YeonJi?" Soal Baekhyun lagi.

YeonJi berfikir sejenak dan... "Urm... boleh buatkan teh panas untuk saya," pinta YeonJi dengan lemah lembutnya.

Sekali lagi Baekhyun menganggukkan kepala tanda faham. YeonJi senyum dan kembali ke dalam bilik Taeyeon. Baekhyun berjalan pergi ke pantri membancuhkan teh panas seperti yang di minta sebentar tadi. Walaupun adik Taeyeon ini bukan seperti Taeyeon tetapi dia takut jugalah, mana tahu aura YeonJi tak keluar sangat. Kang keluar sekali terus semua orang takut.

Baekhyun yang sedang membancuhkan air buat YeonJi mengerling sekilas ke arah Taehyung yang baru datang, sengaja Baekhyun sengih sengih sikit. Taehyung kerling juga ke arah Baekhyun lalu mencebik.

   "Hyung, YeonJi cakap apa dengan hyung tadi?" Soal Taehyung.

Baekhyun pandang Taehyung. "Dia mintak hyung cakap dekat semua lepas makan tengah hari masuk berkumpul dekat bilik mesyuarat selalu kita guna" bagitahu Baekhyun.

   "Ooo... kalau macam tu V cakaplah dengan diaorang tu semua, hyung pergi je hantar air tu untuk YeonJi tapi jangan nak mengurat YeonJi pulak erk..." pesan Taehyung sebelum melangkah pergi meninggalkan Baekhyun seorang diri. Baekhyun sengih dan juga melangkah pergi ke bilik Taeyeon.

Baekhyun mengetuk pintu, setelah di beri kebenaran untuk masuk dia masuk. Letak air teh panas tersebut di atas meja kerja Taeyeon, lalu dia keluar dari bilik tersebut. Nampaknya Taehyung sudah memberitahu mereka semua yang YeonJi mahu mereka berkumpul selepas makan tengah hari. Baekhyun kembali menyambung kerjanya tetapi terfikir juga apa yang mahu di cakapkan YeonJi sebentar lagi.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now