Dua hari lagi majlis perkahwinan Taeyeon akan di adakan, mereka satu keluarga kesibukan. YeonJi dalam tak sudi menerima JaeHan sebagai abang ipar juga sibuk menolong, tapi bukan dia rela. Dia sebenarnya di paksa omma, kalau tak malaslah dia nak menolong dalam majlis yang akan berlangsung. Lagi seronok keluar jalan jalan atau bekerja, tapi itulah pihak atasan hospital benarkan pula dia cuti seminggu kalau tak senanglah dia nak bagi alasan.
Taeyeon yang sedang berbual sakan dengan bakal suaminya, YeonJi yang memandang mencebikkan bibir. Menyampah. Benci. Geli.
"Apa pandang macam nak telan mangsa tu?" Soalan dari belakang membuatkan YeonJi memandang.
Dia mengukirkan senyuman apabila susuk tubuh Baekhyun, Chanyeol dan Taehyung berada di hadapan matanya sekarang. Dia yang minta mereka datang, bukan apa, dia bosan tak ada kawan. Unnie yang itu sibuk sangat dengan bakal suaminya, sampai nak berbual dengannya pun tak sempat langsung dah. Tiga orang lelaki ini sudah ada di depan mata, hanya tinggal seorang lagi.
"Memang rasa nak telan, biar tak jadi nak kahwin terus. Aman hidup," YeonJi sengih. Dia kerling ke arah Taehyung yang sibuk memandang sekeliling rumah yang sudah berubah. "Jomlah kita berbual, duduk dekat situ" YeonJi menunding ke arah tempat yang di duduki Taeyeon dan JaeHan.
"Tak mengganggu diaorang?" Soal Chanyeol.
"Lantaklah, siapa kisah" YeonJi tarik tangan mereka. Tapi memandangkan dia hanya mempunyai dua tangan saja, dia menarik tangan Taehyung dan Baekhyun dahulu, setelah itu baru dia tarik tangan Chanyeol pula. Riak Chanyeol seperti merajuk dengannya pula, muncung bukan main panjang mengalahkan muncung perempuan.
"Kenapa muncung muncung ni, buruklah" YeonJi sengih. Lawak dia lihat Chanyeol muncungkan mulut begitu.
"Nak merajuk. YeonJi tak adil tau, ada tarik Baekhyun dengan Taehyung dulu, tahu diaorang berdua tu penting bagi YeonJi tapi janganlah sisihkan oppa pulak" Chanyeol silangkan tangan. Taeyeon dan JaeHan yang berada di situ langsung tak di hiraukan lagi, yang pasti dia nak merajuk saja.
Taehyung dan YeonJi ketawa kecil, Baekhyun hanya tersengih. "Alah merajuk pulak dia, tak comel tau. Dahlah, jangan merajuk lagi, malu orang tengok oppa buat mulut macam tu tau" YeonJi kerling sekilas ke arah Taeyeon dan JaeHan yang pandang ke arah mereka.
Chanyeol muka tersengih. Sebenarnya dia main main je, tak ambil hati langsung dengan YeonJi, dia sebenarnya nak YeonJi ceria sikit. "Main main je lah, memang taklah oppa nak merajuk dengan YeonJi tau." Chanyeol melabuhkan punggung bersebelahan dengan Baekhyun sahabatnya.
"Annyeonghaseyo," kata seseorang yang sangat di kenali mereka.
"Hani, masuklah" pelawa YeonJi. Dia menarik tangan Hani masuk.
"Kau tak cakap dengan aku pun diaorang pun ada dekat sini?" Bisik Hani apabila melihat kelibat mereka.
"Alah macamlah tak biasa dengan diaorang,"
"Memanglah tapi urm... tu siapa? Yang duduk sorang sorang? Muka dia macam Baekhyun oppa lah," Hani senyum pada mereka.
"Tu Taehyung, dongsaeng Baekhyun, takkan kau tak kenal? Kata junior diaorang masa sekolah menengah dulu?" YeonJi mengangkat kening. Macam tak percaya je yang Hani tidak mengenali Taehyung.
"Tak. Baekhyun oppa ni banyak rahsiakan tentang diri dia tau," balas Hani. Masih dengan nada berbisik dengan YeonJi.
"Maknanya kau pun tak tahulah yang Baekhyun oppa ni sakit?" Soal YeonJi ingin tahu.
Mata Hani membuntang. Baekhyun sakit? Langsung dia tak tahu apa apa pasal ni semua. Dia terus mendekati Baekhyun. "Baekhyun oppa sakit?" Terus Hani menyoal.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...