Kepala dia dah rasa macam pening gila sebab asyik fikirkan perkara yang sama saja tak habis habis. Dah macam tak ada benda lain dia nak fikir daripada perkara yang satu ini. Rasa dah nak pecah kepala fikir punya pasal.
Taehyung, YeonJi, omma Byun dan appa Byun dari tadi melihat gelagat Baekhyun yang semacam itu, sekejap geleng sekejap angguk pula. Dah macam orang gila tepi jalan dah mereka tengok Baekhyun ni. Taehyung pandang omma Byun dan appa Byun sambil mengangkat keningnya.
"Apasal dengan Baekhyun tu? Demam ke apa budak bertuah yang sorang ni?" Soal appa Byun perlahan.
"Tengah fikir pasal Taeyeon noona agaknya," balas Taehyung juga dengan nada perlahan. Tak nak 'mengganggu' abangnya itu.
"Kenapa?" Giliran omma Byun pula menyoal. "Baekhyun ada buat benda benda yang tak senonoh ke dekat Taeyeon?" Takut juga omma Byun kalau Baekhyun dah 'kerjakan' anak dara orang ni.
"Tak adalah omma, Baekhyun oppa takkan buat benda macam tu dekat mana mana perempuan, YeonJi tahu Baekhyun oppa tu baik orangnya" YeonJi pula tolong jawabkan bila tengok suaminya hanya diam memandang Baekhyun.
Omma Byun mengurut dada. "Legalah hati omma kalau YeonJi dah cakap macam tu, risau jugak hati ni" omma Byun ukirkan senyuman.
"Kalau omma dengan appa nak tahu, Baekhyun oppa tu tengah fikir pasal Taeyeon unnie tentang perasaan" YeonJi senyum lebar. "Baru baru ni YeonJi ada bagitahu dengan Baekhyun oppa yang Taeyeon unnie sukakan dia, sebab tu lah fikir sampai macam tu sekali agaknya" tambah YeonJi lagi.
"V pun rasa macam tu lah, Baekhyun hyung memang tengah fikir pasal Taeyeon noona" Taehyung angguk anggukan kepala.
"Baekhyun pun suka Taeyeon jugak, kan?" Tanya appa Byun.
"Mestilah suka, kalau tak suka buat apa Baekhyun hyung nak fikir pasal benda ni sampai macam tu sekali" Taehyung menjuihkan bibir ke arah Baekhyun.
Omma Byun pegang bahu Taehyung lembut. "Cuba V pergi dekat Baekhyun hyung tanya kenapa dengan dia. Mana tahu dia nak kongsi apa apa ke," cadang omma Byun.
Taehyung mengangguk akur. Dia bangun, mengorak langkah ke arah Baekhyun yang duduk tidak jauh dari tempat mereka tadi. Baekhyun di pegang lembut, lalu dia melabuhkan punggung.
"Hyung kenapa ni?" Soal Taehyung.
"Hyung tengah pening kepala fikir pasal Taeyeonlah, tak ada sebab lain dah ni" Baekhyun kusutkan rambutnya.
"Apa yang nak di fikirkan sangat?"
"Yelah, hyung terfikir kalau ada orang caras hyung. Nak pergi jumpa luah perasaan sekarang hyung tak ada kemampuan lagi, nak tunggu lama lama takut ada orang lain rampas pulak dah. Aduh... pening dah kepala hyung ni, V. Tolonglah hyung" tangan Taehyung di raih Baekhyun.
"Kemampuan apa lagi hyung ni?" Soal Taehyung tak faham dengan 'kemampuan' yang di katakan.
"Kemampuan nak luahkan perasaan sendirilah, apa lagi. Kau ni," kepala Taehyung di tolaknya perlahan.
"Pffttt..." Taehyung ketawa tak ingat dunia, dia ingatkan tentang kemampuan nak jaga anak dara orang nanti, bolehlah di nak tolong. Tapi ni kemampuan nak luahkan perasaan sahaja pun, bukannya teruk sangat.
Adoilah Baekhyun hyung...
Kepala di geleng geleng beberapa kali dengan ketawa yang makin kuat apabila dia terpandangkan wajah Baekhyhn yang berkerut hairan dengan balasan yang di berikan olehnya.
"Bongok rupanya hyung aku ni, ingatkan pandai sangat" kepala masih di geleng geleng.
Dah berair dah mata dia kerana terlalu banyak ketawa. Baekhyun tolak bahu Taehyung sekuat hatinya, sampaikan tubuh yang tak besar mana itu terbaring.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...