Chanyeol dan Hyuk yang baru balik dari gim melangkah masuk ke dalam kafe berdekatan dengan gim. Selepas membuat pesanan di kaunter, mereka berdua mengambil tempat di tengah tengah kafe. Nasib baik kawasan di dalam kafe lengang sahaja, kalau tidak pasti akan terasa tidak selesa.
Baekhyun dan Taehyung tidak turut serta, Baekhyun banyak kerja yang nak di buat sekarang, semua kerja Taeyeon dia yang perlu tolong selesaikan sendiri. Taehyung pula, malas nak ikut kerana mahu berbalas sms dengan YeonJi. Sekarang tinggallah mereka berdua saja.
Chanyeol mengambil telefon pintarnya di dalam beg sandang yang di bawa. Tengok mungkin ada panggilan atau sms yang tidak di baca lagi, tetapi tidak ada pun.
Hyuk pula yang tertinggal telefonnya di rumah terpaksalah layan perasaan sendiri sahaja. Dia pandang sekeliling sambil menunggu pesanan minuman mereka sampai. Mereka hanya membuat pesanan air sahaja, kedua duanya tidak merasa lapar langsung walaupun hampir dua jam lebih mereka mengerah tenaga di pusat gim.
Matanya membulat mengalahkan mata bulat Chanyeol apabila melihat satu susuk badan yang baru melangkah masuk ke dalam restoran. Hyuk tolak tolak meja dengan mata masih melekat pada orang tersebut.
Chanyeol mengerutkan dahi sambil pandang Hyuk yang membuat meja bergerak gerak, Hyuk tidak memandangnya, malah khusyuk memandang ke arah lain. Tanpa banyak bicara Chanyeol pandang ke arah yang di pandang oleh Chanyeol. Dia menganggap Hyuk sedang memandang seorang perempuan sehingga tidak mengedipkan mata langsung.
Memandang susuk itu, mata Chanyeol yang sedia bulat itu semakin membulat. Dia pandang Hyuk kembali, rasanya dia Hyuk sedang pandang apa yang di pandang sekarang. Maknanya tadi Hyuk sebenarnya nak memberitahu dia yang JaeHan ada di sini bersama dengan perempuan lain? Chanyeol tolak meja kembali, Hyuk pantas pandang ke arah Chanyeol yang sedang memandangnya.
"Kau perhatikan je si JaeHan tu, aku nak telefon Baekhyun kejap. Mamat tu memang tak boleh di biarkan macam tu je" cepat cepat Chanyeol menaip sesuatu untuk Baekhyun.
Seperti di suruh Chanyeol tadi, dia memfokuskan matanya ke arah JaeHan sahaja. Chanyeol kembali pandang ke arah mereka berdua, ada masa rasa macam nak termuntah mereka berdua melihat kedua duanya tergedik gedik.
"Mamat ni memanglah" Taehyung pandang abangnya yang tiba tiba bersuara tidak puas hati.
"Kenapa hyung?"
"Jom kita pergi sekarang. Cepat pergi siap, nanti lambat hilang pulak mamat tu" Baekhyun bangun meninggalkan semua kerjanya.
Taehyung bangun, dia pandang tubuhnya sendiri. Dia sudah berpakaian elok, dia tengok Baekhyun pula, elok juga pakaian yang sedang di pakai Baekhyun.
"Tak perlu bersiap, baju dah elok pun. Hyung maksudkan JaeHan ke mamat tu?"
"Yelah, siapa lagi. Jangan nak bagitahu dengan YeonJi, kita sudah yang pergi" tegah Baekhyun sebelum adiknya membuat keputusan untuk menghantar sms kepada YeonJi.
Taehyung angguk kepala tanda faham, Baekhyun capai kunci keretanya lalu turun ke tingkat bawah. Baekhyun langsung tidak memberitahu omma Byun dan appa Byun yang mereka mahu keluar, kerana dia tahu Taehyung yang akan memberitahu.
Baekhyun hidupkan enjin sementara menunggu Taehyung keluar dadi rumah.
"Kenapa lambat?" Soal Baekhyun setelah Taehyung melangkah keluar dari rumah dan mengunci pintu.
"Bagitahu dengan omma, nanti risau pulak kita keluar tak cakap" kan Baekhyun dah agak, pasti Taehyung akan memberitahu.
"Cepatlah masuk, kang hilang pulak mamat tu" terus mereka meloloskan diri ke dalam kereta. Kereta di pandu sederhana laju.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...