Part 18

696 82 6
                                    

Baekhyun belek belek baju kemejanya tersangkut di dalam almari, sudah lama semua pakaian itu di biarkan di dalam almari. Hari ini dia perlulah melihatnya kembali kerana pada minggu hadapan dia akan kerja kembali. Baekhyun tersenyum sendiri apabila melihat satu kemeja yang langsung tak ada kena mengena kenapa dia senyum ini.

Taehyung melabuhkan punggung di atas katil sambil merenung abangnya sendiri. Pelik pula dia lihat Baekhyun senyum seorang diri, dia mengangkat kening.

"Dah kenapa senyum senyum ni?" Soal Taehyung.

Baekhyun tersentak, di toleh ke arah Taehyung. Hilang terus senyumannya tadi. "Bila masuk dalam bilik ni?"

"Baru je,"

"Lain kali ketuk dulu, jangan main masuk je macam tadi tu" marah Baekhyun.

Taehyung mencebik. "Sejak bila kena mintak kebenaran dulu ni nak masuk dalam bilik, sebelum ni tak pun" Taehyung pandang abangnya.

"Sejak... entahlah. Tapi yang pasti lepas ni ketuk dulu sebelum masuk, tak adalah ganggu orang" Baekhyun masukkan baju kemeja ke dalam almari kembali. Semuanya sudah di seterika sebentar tadi.

Taehyung buat muka. "Lusa kena pergi hospital buat pemeriksaan, kan?"

Baekhyun mengangguk.

"Nak V temankan ke?"

"Tak payahlah, ingat senang ke kau nak dapat cuti semata mata nak temankan hyung pergi hospital tu" Baekhyun duduk di birai katil.

"Senang. Kan Taeyeon noona tu ada perasaan dekat hyung, jadi senang je lah. Cakap je yang V nak temankan hyung pergi hospital, silap silap Taeyeon noona siap tawarkan diri nak temankan hyung lagi tau" Taehyung silangkan tangan.

Baekhyun mengukirkan senyuman. Taehyung berkerut pelik, dah macam kena sampuk pun ya juga. Taehyung bangun, malas nak layan perangai pelik Baekhyun dua tiga hari ini, terus dia keluar dari bilik. Baekhyun hanya perhatikan sahaja Taehyung keluar dari biliknya.

Taehyung yang berada di luar bilik menggaru kepala sendiri. Dia pandang ke arah bilik Baekhyun yang sudah tertutup pintunya, dia garu kepala lagi.

"Hyung aku dah gila ke? Takkan dah baik, sekarang sakit jiwa pulak?"

Taehyung menggelengkan kepala, kaki sudah menapak masuk ke dalam biliknya sendiri. Kalau dia fikir banyak, kang dia pun gila sama macam abangnya itu. Angau!

Baekhyun keluar dari bilik, lalu mencebik apabila pandang ke arah bilik adiknya. Bukannya dia tidak dengar apa yang di katakan Taehyung sebentar tadi, Baekhyun menapak turun ke bawah.

"Omma, Baekhyun nak susu boleh?" Pinta Baekhyun apabila melihat susuk tubuh omma Byun di ruang tamu bersama appa Byun.

"Besar besar pun nak susu lagi ke? Macam mana nak kahwin ni kalau minum susu lagi" usik appa Byun sambil tersenyum.

Baekhyun cebik. "Alah selalunya memang Baekhyun minum susu erk... cuma selalu tu Baekhyun buat sendiri," Baekhyun pandang omma Byun. "Omma buatkanlah untuk Baekhyun susu, dah lama omma tak buatkan untuk Baekhyun susu. Susu yang omma buat sedap," Baekhyun buat muka comel. Ni kalau Taehyung tengok mahunya dia muntah hijau dan di cerita pada rakan rakan di pejabat sana tu.

Omma Byun bangun. "Yelah omma pergi buatkan susu untuk Baekhyun," Omma Byun pergi ke dapur.

Baekhyun tersenyum lebar, permintaannya di tunaikan. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan appa Byun sambil tersengih.

"Pandai kau pujuk erk..." kata appa Byun sambil mencebik.

Baekhyun ketawa kecil. Ada nada jauh hati nampaknya. "Alah, appa kenalah buat muka comel macam Baekhyun tadi tu" Baekhyun buat muka comel seperti tadi pada appa Byun pula. Kononnya nak mengajaklah tu.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now