Part 19

626 81 20
                                    

Hari ini Taeyeon datang awal daripada biasa, dia nak sambut kedatangan Baekhyun. Hari ini dia akan kembali dengan Baekhyun seperti dahulu, bukan main seronok lagi dia rasa. Semangat bukan main, sampai YeonJi mencebik melihat Taeyeon begitu teruja mahu pergi kerja awal hari ini. Dia tahu Baekhyun masuk hari ini, sebab itulah dia cebikkan bibirnya melihat keceriaan yang jelas terpancar di wajah kakaknya itu. Tapi yang hairan omma dan appa seperti tidak perasan akan riak Taeyeon pada pagi ini tidak sama seperti selalu.

Taeyeon kerling jam di tangannya, masih awal lagi. Taeyeon keluar dari biliknya lalu melangkah ke pantri mereka, dia nak bancuhkan coklat panas untuk Baekhyun sebagai tanda menyambut kembalinya Baekhyun setelah lama bercuti. Bahu Taeyeon sedikit terangkat apabila ada suara yang menegurnya dari belakang, terus dia toleh ke belakang. Kelihatan Sooyoung yang sedang perhatikan dirinya. Taemin hari ini tidak datang kerja, demam panas. Kalau Taemin kerja, pastinya akan datang ke pantri bersama sama dengan Sooyoung punya.

   "Bos buat apa tu? Sejak bila buat air sendiri ni? Bukan selalunya bos akan mintak dengan staf kita buatkan ke?" Soal Sooyoung mendekati Taeyeon. "Dan sejak bila kau suka sangat dengan coklat panas ni?" Sooyoung mengangkat keningnya. Selalunya Taeyeon akan meminta teh panas, dua tiga hari ini je Taeyeon asyik meminta coklat panas.

Taeyeon sengih lalu mengangkat keningnya beberapa kali. "Aku dah jatuh cinta, dan air ni aku buatkan untuk cinta hati akulah" Taeyeon tersenyum bangga melihat mulut Sooyoung ternganga. Sah Sooyoung tak percaya dengan apa yang di kataka  Taeyeon.

   "Kau jangan main main Taeyeon, tak lawaklah" Sooyoung mencebikkan bibirnya.

   "Lah, betullah apa yang aku cakapkan ni, tak tipu dan tak main main pun lah" Taeyeon juga mencebik bibirnya.

Sooyoung mula bertukar riak, sudah menunjukkan minatnya. "So siapa lelaki yang malang tu?"

Taeyeon menjegilkan matanya. "Apa pulak malang, patutnya dia beruntung tau aku sukakan dia" sanggah Taeyeon.

Sooyoung angkat bahu. "Yelah malang, kau bukannya pandai masak pun kan. Kalaulah kau kahwin dengan lelaki tu, apa yang kau nak bagi dia makan? Nampaknya terpaksalah makan dekat luar tiap tiap hari"

   "Cinta hati aku pandai masak, nanti kalaulah kitaorang kahwin aku mintaklah dia ajarkan aku masak. Tak pun aku mintak je tolong dengan auntie Lee ajarkan aku masak, apa yang susah sangat" Taeyeon mendekati Sooyoung.

   "Yelah" sahut Sooyoung. "Urm... siapa lelaki tu? Kau tak jawab pun,"

   "Agak agak kau siapa?"

   "Entah, Taemin kut"

Senyuman yang elok terukir di bibir Taeyeon terus saja hilang. Dah tak pasal keluar pula nama kawan dia yang seorang itu. Lengan Sooyoung di tampar geram, biar dia rasa sakit, apa Taeyeon peduli.

   "Apa pulak Taemin ni, dia tu kawan, tak lebih daripada ty tau"

Sooyoung mengusap lengannya yang di tampar, merah juga. Erk... besi jugalah tangan Taeyeon ini. "Dah tu kalau bukan Taemin dengan siapa pulak kau ni jatuh cinta? Cuba kau cakap dengan aku" pinta Sooyoung malas nak berfikir. Lagi pun dia tahu Taeyeon tidak ada rasa rakan, tambah tambah lagi lekaki.

   "Baekhyun" bagitahu Taeyeon sambil tersengih bahagia. Baru sebut nama dia dah rasa seronok semacam, kalau dah jadi miliknya tak tahulah reaksi macam lagi yang mahu di tonjolkan pada mereka.

Buntang mata Sooyoung mendengar nama tersebut yang meluncur keluar dari mulut Taeyeon, tak sangka langsung nama itu yang akan keluar dari mulut rakannya ini. Dia pandang muka Taeyeon, mana tahu kalau Taeyeon tersilap sebut nama orang ke apa tapi nampaknya Taeyeon hanya tersengih sengih sahaja padanya. Bermakna betullah apa yang di katakannya itu.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now