YeonJi menarik nafas lega, mana dia tak lega bila dia dapat tahu yang Baekhyun dan Taeyeon sudah pun kembali seperti biasa. Taeyeon juga sudah memohon maaf daripada Taehyung, hampir seminggu setelah pulang dari rumah keluarga Kim, baru hari ini dia dapat berita yang Taeyeon sudah memohon maaf pada mereka.
Tersenyum senyum dia membaca sms yang di hantar oleh Taehyung padanya. Taeyeon juga sudah memohon maaf pada beberapa orang staf yang juga menjadi mangsa kemarahan Taeyeon sebelum ini.
"Hoi, kenapa kau senyum senyum ni? Kau nak dapat anak kembar ke?" Tanya Hani yang tiba tiba muncul di kafe ini.
"Tak adalah. Kau tahu kan yang unnie aku ada masalah dengan Baekhyun oppa baru baru ni?" Hani mengangguk. Mestilah dia tahu, YeonJi yang cerita dengan dia baru baru ini. "Diaorang dah baik balik, Taeyeon unnie dah mintak maaf dengan semua yang kena dengan dia masa dia dalam keadaan yang tak stabil tu" balas YeonJi ceria. Tak adalah dia nak fikir sangat pasal kakaknya yang sorang tu.
Wajah Hani juga berubah ceria, tak sangka akhirnya Taeyeon memohon maaf juga dengan mereka. Dia menepuk tangan suka. "Baguslah kalau macam tu, lega aku dengar kau cakap macam ni" dadanya di sentuh tanda betul betul lega.
"Kan. Aku pun lega gila, kalau tidak tak tahulah macam mana lagi nak jawab dengan omma appa aku tu, diaorang tiap tiap hari tanya aku sama ada unnie aku tu dah mintak maaf belum dengan diaorang semua" YeonJi tersenyum gembira. Tak adalah kelam kabut dia nanti, kandungan dia pun akan terjaga bila tiada masalah lagi lepas ini.
"Lepas ni kau boleh kembali fokus pada kandungan kau ni, dah berapa bulan?" Kandungan masih belum menampakkan bentuk lagi sebenarnya.
"Baru masuk dua bulan lebih, jangan risau aku akan jaga dia dengan sebaik mungkin" YeonJi senyum makin lebar.
Hani mengangguk anggukan kepala. Dia memberikan isyarat kepada YeonJi yang dia mahu pergi membuat pesanan makanan sekejap, sedangkan boleh sahaja Hani panggil pelayan datang mengambil pesanan dia tadi. Entah apa yang membuatkan Hani rajin sangat nak pergi buat pesanan dekat kaunter terus tu.
Kepala yang tiba tiba terasa gatal di garu perlahan, dia pandang suami dia yang tengah buat kerja yang di bawa pulang dari ofis tadi. Bukan suami dia sahaja yang bawa pulang kerja ke rumah, dia pun ada bawa pulang kerja ke rumah juga. Banyak betul kerjanya pada bulan ini, macam nak buat perangai budak budak tak mahu buat kerja pun ada tapi, kalau bukan dia yang uruskan semua ini, siapa lagi yang nak buat kan.
Baekhyun yang baru perasan akan kedatangan isterinya terus menoleh ke arah pintu bilik. Taeyeon berdiri tegak di situlah dari tadi, dia tersenyum lebar bila mata mereka bertentang. Dia perasan yang Taeyeon cepat cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Sinilah duduk, kenapa berdiri dekat situ macam robot tu?" Baekhyun mula bersuara memanggil isterinya.
Taeyeon tersentak. Dia mengukir senyuman buat suaminya, kepala di geleng beberapa kali. Tanpa menunggu Baekhyun bersuara, dia dah tutup pintu keluar dari bilik mereka. Dia macam tak bersedia pula mahu berdepan dengan suami sendiri setelah apa yang berlaku seminggu ini.
Baekhyun senyum sambil gelengkan kepala. Dia kembali menyambung kerjanya, tapi tiba tiba dia rasa sakit kepala pula. Pen yang di pegang terus di lepaskan, kepalanya di picit perlahan. Rasa macam berdenyut denyut teruk, dia bangun dari duduknya lalu menapak ke arah pintu. Dia nak turun ambil ubat sakit kepala yang memang sudah di simpan.
Perlahan lahan dia turun tangga, dari situ dia dapat dengar suara mereka semua berbual. Ketawa semua cukuplah boleh di katakan. Suara Taeyeon pun dia dapat dengar dengan jelas sekali sedang berbual dengan yang lain.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...