Dua minggu sudah berlalu, Taeyeon sudah menjadi dirinya dahulu. Yang serius dan garang tak bertempat, tiada lagi senyuman seperti dahulu untuk semua staf. Pada Baekhyun, Chanyeol dan Taehyung pun tiada lagi senyuman. Sms yang di hantar oleh Baekhyun langsung tidak di balas Taeyeon.
Mereka menjadi tertanya tanya dengan tindakan Taeyeon. Perubahan Taeyeon membuatkan mereka pening kepala.
Hyuk yang mejanya berhadapan dengan Taehyung cepat cepat mengetuk meja Taehyung dengan fail tebal. Apabila Taehyung pandang ke arahnya, terus Hyuk menjuihkan bibir ke arah seorang lelaki yang baru melangkah masuk dan menghala ke sini.
Taehyung tolak kerusi beroda yang di duduk ke belakang, lalu menarik sedikit kerusi Chanyeol. Pantas Chanyeol pandang ke arah Taehyung, sudahlah mengganggu dia sedang fokus buat kerja. Baru nak tanya, Taehyung dah tundingkan jadi ke arah lelaki tersebut. Berkerut kerut dahi Chanyeol di buatnya.
"Boleh saya jumpa dengan Taeyeon?" Kata lelaki itu sambil merenung sombong ke arah Baekhyun.
"Kejap ya Encik..."
"Jung JaeHan"
"Tunggu ya Encik Jung JaeHan" Baekhyun capai gagang telefon, lalu menekan butang yang menyambungkan kepada Taeyeon. "Cik Taeyeon ada orang nak jumpa dengan Cik, nama dia Jung JaeHan" bagitahu Baekhyun sambil mengerling ke arah JaeHan sekilas. "Nae, baiklah" Baekhyun letak gagang ke tempatnya kembali.
Dia pandang JaeHan. "Cik Taeyeon mimtak tunggu sekejap, kejap lagi dia akan keluar" ujar Baekhyun.
JaeHan mengangguk sahaja.
Baekhyun mengukirkan senyuman pada lelaki di hadapannya tetapi lelaki ini hanya buat tak tahu pada Baekhyun. Buat buat tak nampak lagi.
Di dalam hati Baekhyun tertanya tanya siapa lelaki ini pada Taeyeon, dia nak tahu juga.
Selang dua tiga minit kemudian Taeyeon keluar, senyum bukan main lebar lagi.
"Saya nak keluar, kalau ada siapa siapa cari saya suruh dia terus telefon," pesan Taeyeon. Sempat lagi buat muka serius pada Baekhyun apabila bersuara. Terasa jugalah hati Baekhyun menerima layanan begitu dari Taeyeon.
"You, jom" Taeyeon paut lengan JaeHan manja.
JaeHan dan Taeyeon sama sama melangkah pergi. Terkebil kebil mata semua staf yang berada di dalam ruang dengan Taeyeon melihatnya. Taehyung, Chanyeol dan Hyuk sudah pandang memandang dah. Baekhyun pula diam sahaja, dia kerling ke arah Taehyung lalu kembali menatap kerjanya.
Chanyeol gigit bibir sendiri. Dia pandang Baekhyun, lalu dia pandang Taehyung pula.
"Kejap lagilah," Taehyung menghadap mejanya kembali. Macam tak percaya yang Taeyeon selama ini seperti gilakan Baekhyun keluar dengan lelaki lain. Dah sah sah lelaki itu orang kaya juga seperti keluarga Taeyeon.
Petang itu Chanyeol, Taehyung dan Hyuk berkumpul di gim, sepatutnya Baekhyun juga akan berada bersama mereka tetapi di sebabkan hal tengah hari tadi Baekhyun tidak mahu datang pula. Chanyeol pandang Taehyung yang berlari di atas treadmill tanpa memandang ke arahnya langsung, Chanyeol tahu Taehyung juga tertanya tanya tapi tidak mahu membuka cerita.
"Korang tahu tak siapa lelaki tadi tu?" Soal Hyuk memulakan perbualan. Dia memang nak tahu dari tadi lagi, tapi tak ada siapa pula yang membuka cerita ini. Terpaksalah dia yang buka dulu.
Taehyung menjongketkan bahu, dia turun dari treadmill tersebut. Tuala kecil yang berada di lehernya di sapu ke muka. "Entahlah, aku pun tak tahu siapa lelaki tu. Kerek semacam je mamat tu aku tengok" Taehyung buat muka menyampah.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...