Part 60

563 63 22
                                    

    "Tak sangka dah sampai tahap tiga pun kanser yang di hadapi Baekhyun tu," MiNa bersuara apabila dia melangkah masuk ke dalam kereta milik kekasihnya itu.

Setelah dua minggu mereka pulang dan hari ini baru dia dapat bertentang mata dengan kesayangannya ini empat mata. Masing masing sibuk dengan kerja masing masing, sampai nak bertentang mata sekejap pun tak sempat. Jadi hari ini memandangkan kedua duanya cuti, mereka mahu menghabiskan masa bersama. Berbincang juga tentang keadaan Baekhyun sekarang yang di rawat Dr. Lee. Dr. Lee ada memberitahu dengan mereka yang Baekhyun selalu saja mengatakan dia mungkin takkan sembuh lagi.

JaeHan memandu tenang. "Tu lah, saya pun tak sangka. Baekhyun tu kuat semangat dia dulu, tapi sekarang saya pun tak tahu mana perginya semangat dia selama ni" mereka sedang bergerak pulang.

    "Macam mana keadaan isteri Baekhyun sekarang? Awak ada bagitahu dengan Baekhyun macam yang di mintak?"

JaeHan mengangguk. Setiap hari dia pasti akan ikut Taeyeon atau Taehyung ataupun Chanyeol. Tiga orang ini yang paling penting bagi Baekhyun. Termasuk omma Byun dan appa Byun.

    "Saya tengok Taeyeon dah macam okey sikit sekarang, dah boleh tersenyum balik walaupun tak seceria sebelum Baekhyun pergi China. Taehyung dengan Chanyeol sekarang selalu balik lambat dari tempat kerja, rasanya diaorang cuba nak lupakan Baekhyun. Taehyung tu kan adik Baekhyun, mesti dia rasa kehilangan yang tersangat. Chanyeol pulak kawan yang paling rapat dengan Baekhyun, selalu bersama mestilah sedih bila Baekhyun tak ada bersama diaorang sekarang" JaeHan membalasnya agak panjang.

    "YeonJi pulak?" MiNa bertanya lagi. Tadi JaeHan tidak sebut pun tentang YeonJi pada dia.

    "YeonJi? YeonJi keadaan dia dah okey jugak macam Taeyeon, lagipun dia rapat dengan Baekhyun dulu." JaeHan tersenyum lebar. Masih tersimpan di dalam kepalanya yang YeonJi memang tidak pernah sukakan dia, dan selalu suka sakitkan hati dia menggunakan nama Baekhyun. Kan dia alergi dengan Baekhyun dahulu. "Kandungan dia pun semakin membesar, tak lama lagilah tu" JaeHan menambah.

    "MiNa harap sangat yang Baekhyun akan pulih seperti dulu, kesian dengan keluarga dia, kan? MiNa ni rasa macam nak je bagitahu dengan diaorang dekat mana Baekhyun ada sekarang dan kenapa Baekhyun pergi tinggalkan diaorang tanpa bagitahu apa apa" MiNa berpeluk tubuh.

    "Saya pun kalau boleh nak bagitahu dengan dia, tapi... fahamkan macam mana Baekhyun rasa nanti kalau dia tahu kita bagitahu dengan diaorang semua pasal dia. Agaknya kalau kita bagitahu, Baekhyun dah tak nak percayakan kita lagi" sesekali JaeHan menoleh ke arah MiNa.

   "Betul jugakkan"

   "Macam mana Baekhyun rasa hari ni? Ada rasa apa apa tak?" Dr. Lee terus melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Baekhyun selepas dia membersihkan diri.

Baekhyun bangun perlahan lahan, dia sandarkan badannya ke kepala katil. Dia tersenyum. "Baekhyun rasa macam lebih bertenaga daripada biasa, doktor rasa boleh ke Baekhyun sembuh?" Tanya Baekhyun ingin tahu.

Dr. Lee mengambil tempat di hujung kaki Baekhyun. "Kalau macam ni lah Baekhyun, mungkin ada peratus yang tinggi Baekhyun nak sembuh seperti biasa. Baekhyun perlu berdoa yang baik baik je,"

Baekhyun mengangguk anggukan kepalanya. Dia faham dan dia tahu.

    "Cukup sebulan saya akan suruh jururawat yang bertugas jaga Baekhyun dekat sini bawa Baekhyun pergi buat pemeriksaan."

Jururawat yang di katakan Dr. Lee itu merupa seorang lelaki, Baekhyun sendiri yang meminta jika mengambil jururawat untuk dia lelaki. Dia bukan apa, cuma dia tidak mahu sesuatu terjadi, walaupun dia sakit dia tetap seorang lelaki. Dan dia bukannya lelaki yang masih tidak ada teman hidup, dia dah pun berkahwin.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now