Part 8

765 86 5
                                    

Taeyeon melangkah mendekati omma appa dan YeonJi yang sedang duduk di meja untuk bersarapan bersama sama. YeonJi pandang Taeyeon atas bawah kerana pelik, Taeyeon masih lagi memakai baju tidurnya. Selalunya waktu mahu bersarapan jika bekerja Taeyeon sudah bersiap, tetapi tidak hari ini.

Taeyeon menghampiri appa lalu memeluk leher appa dari belakang, bukan main manja lebih Taeyeon hari ni. Dia nak minta cuti sebenarnya, walaupun dia bos di syarikat yang kendali sekarang tak bermakna dia cuti sendiri, selalunya dia akan meminta kebenaran appa dahulu. Kadang kadang ada juga dia tak minta kebenaran.

   "Tak nak pergi pejabatlah tu" teka omma dahulu.

Taeyeon sengih. Dia masih memeluk appa. "Appa hari ni Taeyeon malaslah nak masuk kerja, nak duduk rumah je, lagi pun appa pun tak masuk kerja jugak hari ni. Taeyeon pun nak luangkan masa satu keluarga macam ni"

   "Yelah," balas Encik Kim sambil menepuk manja lengan anak sulungnya itu. "Dah duduk sini, sarapan dulu" ajak Encik Kim.

Taeyeon meleraikan pelukan, lalu duduk di tempatnya. Mereka tunggu dahulu sehingga pembantu mereka auntie Lee datang bersarapan sekali dengan mereka. Memang begitu selalu, walaupun hanya pembantu rumah tetapi mereka sudah menganggap seperti adik beradik mereka sendiri. Auntie Lee sudah berkhimat di sini selama lapan tahun, jadi hubungan mereka memang rapat sangat sangat.

Usai makan, Taeyeon naik ke tingkat atas kembali untuk membersihkan diri. Setelah itu dia kembali ke ruang tamu, semua berada di situ kecuali auntie Lee yang sedang membuat kerjanya di belakang. Taeyeon melabuhkan punggung bersebelahan dengan YeonJi, dia pandang adiknya lalu menjongketkan lalu menoleh ke arah omma dan appa pula. YeonJi berkerut hairan, dia tak faham dengan jongketan kening kakaknya sebentar tadi.

   "Omma appa, Taeyeon ada benda nak bagitahu ni" ujar Taeyeon menarik perhatian kedua orang tuanya.

   "Apa dia? Anak omma ni nak kahwin ke?" Soal Puan Kim bersahaja.

Taeyeon mencebik. YeonJi sudah ketawa kecil. "Taklah. Lambat lagi yang tu, mungkin." Taeyeon pandang YeonJi di sebelah lalu dia kembali mengukirkan senyuman. "Budak ni dulu kut yang kahwin," Taeyeon senggol lengan YeonJi yang sudah membuntang mata.

   "Naega wae?" Soal YeonJi tak puas hati. Dia tak pernah pun cakap yang dia sudah ada namjachingu, lagi pun dia bukannya ada namjachingu lagi pun.

   "Omma dengan appa nak tahu tak, YeonJi ni dah ada peminat dekat ofis tu tau... baru je tunjukkan muka dekat ofis tiga empat kali tapi dah ada orang tertarik dengan dia" Taeyeon tersengih sengih. "Nak tahu tak siapa orang yang dah angau dengan YeonJi ni?" Soal Taeyeon sambil memandang omma dan appa silih berganti.

   "Siapa?"

Taeyeon jadi lebih teruja mahu memberitahu omma dan appa. "Taehyung, si alien comel tu lah" bagitahu Taeyeon.

Omma dan appa serentak pandang ke arah YeonJi yang sudah tidak tentu arah, padahal bukan kakaknya kata dia sukakan Taehyung tu, Taeyeon bagitahu Taehyung yang sukakan YeonJi ini. Taeyeon juga ikut memandang ke arah YeonJi yang menundukkan kepala.

   "Dah kenapa pulak YeonJi yang malu ni, hah?" Soal Taeyeon mengerutkan dahinya. Pelik pun ada juga.

YeonJi angkat kepala, lalu menggelengkan kepala.

   "Kalau YeonJi nak suka dekat Taehyung tu pun tak apa, appa suka dengan sikap dia. Taeyeon nak suka pun tak apa tapi nanti janganlah berebut rebut pulak sebab seorang lelaki je" Encik Kim pandang kedua dua orang anaknya.

Taeyeon tunding ke arah dirinya sendiri sambil mengangkat sebelah kening. "Taeyeon suka dekat Taehyung? Memang taklah, jangan harap" Taeyeon buat muka. Tak tertarik langsung pada Taehyung, dahlah muda daripada dia.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now