Part 28

633 70 17
                                    

Taehyung letak ubat demam di hadapan Baekhyun, air masak juga sudah di tuangkan di dalam gelas Baekhyun. Omma Byun hanya melihat Taehyung melayan abangnya sendiri, tadi dia nak ambilkan untuk Baekhyun tetapi di halang Taehyung, dia nak buat.

Taehyung geleng kepala melihat Baekhyun yang meletak kepala di atas meja.

   "Hyung bangun, makan ubat ni. Esok pagi bangun okeylah sikit, kalau tak sihat sepenuhnya pun" suruh Taehyung sambil menghulurkan ubat yang sudah di keluarkan dari paket ubat.

Perlahan lahan Baekhyun angkat kepala, pening sungguh kepalanya ini. Memusing musing. Dia ambil ubat yang berada di dalam genggaman Taehyung, lalu di masukkan ke dalam mulut. Air di teguk cepat, nak hilangkan rasa pahit ubat yang berada di dalam mulutnya. Setelah itu dia kembali meletakkan kepala di atas meja.

   "Pergilah masuk bilik rehat, yang nak tidur dekat meja makan ni dah kenapa pulak?" Appa Byun pegang kepala Baekhyun lembut. Memang terasa panas betul badan Baekhyun ini.

   "V, tolong telefon Taeyeon bagitahu yang hyung nak mintak cuti esok, nak rehat dekat rumah" arah Baekhyun lemah.

Taehyung angguk kepala. Dia ambil telefon dan melangkah keluar dari rumah. Baekhyun pandang omma Byun yang juga memandangnya sambil tersenyum. Kepala Baekhyun di usap perlahan oleh omma Byun.

   "Untung tau Baekhyun dapat V sebagai adik, dengar je apa yang Baekhyun suruh. Kalau adik orang lain susah tau nak dengar cakap, ada memang ada tapi susah nak jumpa" appa Byun anggukkan kepala mengiakan apa yang di katakan isterinya itu.

Baekhyun tersenyum tawar. Dia nak senyum pun rasa tak ada tenaga.

Setelah beberapa minit Taehyung keluar, dia kembali ke ruang makan. "Taeyeon cakap boleh, dia cakap hyung makan ubat jangan skip, nanti lambat sembuh pulak. Dengar dari suara macam risau bila V bagitahu yang hyung demam ni" ujar Taehyung tersengih sengih.

Dia tidak memberikan apa apa reaksi kerana dia terlalu lemah. Sekarang ni kalau dia tak demam teruk pastinya cebikan yang akan di berikan kepada Taehyung. Omma Byun dan appa Byun hanya tersenyum melihat dua orang lelaki ini.

   "Sudah, tak payah nak sengih sengih sangat. Bawa hyung pergi masuk bilik sana,"

Taehyung mengangguk, dia memegang kejap kedua dua lengan Baekhyun, takut juga kalau abangnya ini jatuh nanti. Baekhyun pun ikut sahajalah, perlahan lahan mereka meniti tangga. Taehyung dengan sabar menunggu Baekhyun berjalan perlahan lahan, tak ada pun mahu merungut abangnya jalan lambat.

   "Memang betul betul beruntung Baekhyun dapat adik macam V tu," appa Byun bangun, dia pegang tangan omma Byun.

   "Memanglah untung, tapi yang awak pegang tangan saya kenapa pulak?"

   "Kita jomlah ke ruang tamu tengok tv ke apa, duduk dapur ni ada apa sangat" terus appa Byun menarik tangan omma Byun pergi ke ruang tamu. Dah Baekhyun dan Taehyung tak ada dekat bawah, nak juga di bermanja dengan isterinya ini.

   "Wah! Tengoklah banyaknya hyung buat sarapan" bersinar mata Taehyung melihat sarapan yang di buat oleh Baekhyun. Bukan senang nak dapat makan masakan Baekhyun sejak dia mula bekerja.

Baekhyun senyum. "Duduklah makan," Baekhyun melabuhkan punggung dahulu.

Tanpa berkata, Taehyung terus menghenyakkan punggung. "Pancake, roti bakar, tahu pun ada. Kimbap? Sempat pulak hyung buat ni semua" Taehyung pandang abangnya. Apabila melihat wajah Baekhyun yang sedikit pucat baru dia teringat yang abangnya demam. "Dah kebah ke demam hyung?"

Baekhyun angguk kepala. "Kebah dah, cuba batuk sikit je ni. Kimbap ni hyung tadilah, V kan dah lama tak makan kimbap yang hyung buat" Baekhyun pandang Taehyung.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now