Part 47

659 85 18
                                    

Chanyeol duduk di atas katilnya sambil memegang dagunya sendiri, entah apa benda dia tengah fikirkan pun tak tahulah.

Baekhyun yang sedang bermain dengan telefon pintar tersenyum apabila menerima balasan sms daripada Taeyeon. Katanya sekejap lagi dia sampai ke rumah, baru keluar rumah.

Taehyung dengan YeonJi pulang ke rumah keluarga YeonJi, duduk di sana. Tiga hari selepas perbincangan keluarga Baekhyun dan keluarga Taeyeon berbincang tentang perkahwinan Baekhyun dan Taeyeon.

Tiga hari yang lepas, Baekhyun dan keluarga pergi ke rumah keluarga Taeyeon untuk bincangkan tentang masa depan Baekhyun dan Taeyeon. Baekhyun mampu tersenyum bahagia apabila keluarga Taeyeon memberikan kebenaran Baekhyun mengambil Taeyeon sebagai isterinya.

Baekhyun yang sandarkan badan pada dinding di tepi katil bergerak ke depan sedikit apabila ada tangan yang menolaknya.

   "Kau nak apa capang?" Soal Baekhyun ingin tahu.

   "Aku dah cakap dua tiga kali tau, tapi sekali pun kau tak dengar apa yang aku cakap ni" marah Chanyeol.

   "Aaa... yeke? Cakap balik apa benda" pinta Baekhyun sambil tersengih.

   "Aku cakap, Hyuk dah nak sampai. Jomlah kita tunggu dia dekat luar, nanti Taeyeon datang takkan kau nak berbincang dengan dia dalam bilik ni," kata Chanyeol sambil perhatikan bilik Baekhyun. "Kalau kau ajaklah dia bincang dalam bilik ni, aku rasalah kan dia akan balik rumah dan cakap dengan keluarga dia yang dia tak jadi nak kahwin dengan kau. Byuntae sangat ajak dia berbincang dalam bilik" tambah Chanyeol lagi.

Bising pula mulut mamat telinga capang ni. Tak mahu dengar Chanyeol cakap banyak lagi, Baekhyun terus bangun dan keluar tinggalkan Chanyeol sendiri. Chanyeol sambil gelak gelak dia keluar dari bilik mengekori langkah Baekhyun keluar dari rumah.

Tubuh di hempas di atas kerusi di luar rumah, sambil layan angin sepoi sepoi petang petang begini seronok juga. Hilang jugalah rasa marah pada Chanyeol ni tadi sebab membebel mengalahkan orang perempuan.

Beberapa ketika kemudian Chanyeol pula datang bersama dulang di tangannya. Di letak dulang tersebut di atas meja bata bulat. Baekhyun tengok apa benda yang di bawa oleh Chanyeol ini.

   "Air ni auntie Byun yang buat dan panggil aku ambilkan, kek cawan ni aku tak tahu dari mana datangnya. Auntie Byun beli kut" Chanyeol duduk sebelum menyambar salah satu kek cawan yang ada.

Ada tiga perisa semuanya, coklat, strawberi dan vanilla. Baekhyun perhatikan sahaja Chanyeol mengigit kek cawan tersebut, sekejap lagi mesti Chanyeol akan bagi komen sedap ataupun tidak. Kalau tak sedap, memang di akan sembur depan tu juga, tak kisahlah ada orang yang buat kek cawan tu ke tak. Janji di bagi komen.

   "Sedap, lembut je kek dia ni. Dekat mana erk auntie Byun beli ni, aku pun nak beli jugaklah nanti" komen Chanyeol. Kan dah cakap tadi dia akan berikan komen. Antara komen baik dengan jahat je lah. "Tak terlalu manis dan rasa perisa dia ni macam asli" komen Chanyeol lagi.

Baekhyun capai salah satu gelas yang berisi air oren sejuk, lalu dia meneguknya perlahan. Terasa lega tekaknya setelah air oren tersebut melalui tekaknya.

   "Kau nak pergi mana?" Tanya Baekhyun bila tengok Chanyeol bangun dengan sebelah tangan pegang kek cawan yang masih tinggal sedikit.

   "Aku nak pergi tanya dengan auntie Byun beli dekat mana kek cawan sedap macam ni, nanti nak balik boleh aku beli dan makan sepuasnya" kata Chanyeol.

   "Tak payah, aku boleh bagitahu kau" tangan Chanyeol di tarik sampai terduduk di tempatnya tadi.

   "Kenapa tak cakap awal awal yang kau tahu dekat mana nak beli, ni nasib baik aku tak masuk dalam rumah lagi tadi. Kalau tak memang aku cekik cekik kau ni" ujar Chanyeol, sempat pula dia mengugut Baekhyun.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now