Part 64

702 80 80
                                    

Bagasi yang di tarik di letakkan di tepi pintu rumah, dia melangkah masuk kembali ke dalam bilik yang pernah dia diami. Dia pandang sekeliling, lihat mungkin ada barangnya yang dia tertinggal di sini.

Sepanjang tiga hari dua malam Chanyeol di sini hari tu sudah membuatkan Baekhyun membuat keputusan untuk pulang ke Korea kembali. Dan sepanjang Chanyeol berada di China ini juga dia banyak memberikan nasihat kepadanya.

Chanyeol sudah lama pulang bersama JaeHan dan MiNa. Selepas dua bulan begitu JaeHan kembali apabila mendapat tahu yang Baekhyun mahu pulang ke Korea kembali.

Baekhyun tutup pintu bilik itu rapat apabila mendapati tiada apa apa barang lagi yang mahu di ambilnya. Baekhyun pandang ke arah doktor yang sudah merawatnya dan juga jururawat yang sudah menjaga dia sepanjang dia sakit.

Dia mengukir senyuman, tubuh doktor itu terus di rangkul kemas. Dia tidak akan melupakan jasa orang yang sudah menolongnya. Selepas itu dia memeluk tubuh lelaki yang bertanggungjawab menjaganya juga.

    "Hyung jangan lupakan saya pulak bila dah balik pada keluarga," kata lelaki itu sambil menayang muka sedihnya.

Baekhyun mengangguk. "Hyung takkan lupakan orang yang dah jagakan hyung selama ni" kepala lelaki itu di gosoknya perlahan.

    "Nanti senang senang Baekhyun datanglah sini lagi dengan isteri, bolehlah kenal kenal jugak dengan isteri Baekhyun tu. Mesti lawa, kan orangnya?"

    "Nae, nanti ada masa Baekhyun akan bawa Taeyeon datang berjumpa dengan doktor"

JaeHan kerling ke arah jam. "Nampaknya kita dah nak kena gerak pergi dah ni,"

Mereka pergi ke lapangan terbang hanya dengan teksi kerana mereka berdua akan urusan lain yang perlu di lakukan.

JaeHan berjabat tangan dengan mereka berdua sambil mengucap terima kasih kerana membantu Baekhyun di sini.

Baekhyun menarik bagasi keluar, dia lambaikan tangan ke arah mereka berdua. Pemandu teksi sudah memasukkan bagasinya dengan beg sandang yang di bawa JaeHan masuk ke dalam bonet kereta.

Seketika kemudian mereka berlalu pergi tinggalkan mereka.

    "Perlu datang sini ramai ramai? Pergi makan tak apalah jugak, ni Sungai Han? Apa ni? Nak buat apa datang sini? Ada apa apa ke? Ke hyung nak buat lamaran dekat Cik Tiffany live depan kitaorang semua?" Soal Taehyung bertubi tubi.

Chanyeol menjeling Taehyung yang duduk di situ. "Tunggu je lah, jangan banyak bunyi boleh tak?"

Taehyung mencebik.

Ramai ramai yang di maksudkan oleh Taehyung adalah mereka semua. Di sini, ada dia sendiri, Chanyeol, YeonJi, Taeyeon, Hani, Hyuk, Taemin, Sooyoung, Tiffany, omma Byun, appa Byun, Encik Kim dan Puan Kim.

Chanyeol mengetap gigi, dia pandang sekeliling. Dia sedang menunggu kedatangan orang yang sudah lama mereka semua tidak jumpa.

    "Lambat lagi ke?" Taeyeon pula bersuara. Dia dah penat ni.

Chanyeol angkat tangan.

Telefonnya yang bergetar membuatkan dia sedikit tersentak, namun cepat cepat dia capai telefon pintarnya itu apabila mengingat Baekhyun yang akan menghantar sms kepada dia.

Dan memang tepat sekali, Baekhyun yang menghantar sms kepada dia.

Baekhyun:
Semua dah ada dekat sana ke?

Chanyeol:
Semua dah ada dekat sini, kau ada dekat mana ni? Lambat lagi ke nak sampai? Diaorang dah merungut segala dah ni, lagipun kitaorang semua tak makan lagi ni.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now