Part 30

684 83 14
                                    

Seminggu sudah Taeyeon dan YeonJi tidak bercakap, dua hari lepas Taeyeon dan suaminya balik ke rumah keluarga Taeyeon untuk tidur di situ untuk beberapa hari. YeonJi langsung tidak bersuara walaupun mereka duduk bersama sama di ruang tamu berbual, dia lebih mendiamkan diri atau meminta diri untuk masuk ke bilik sahaja.

YeonJi berbaring di atas katil, berfikir bila Taeyeon dan JaeHan mahu pulang ke rumah mereka sendiri. Bukan dia benci kakaknya tapi dia masih sakit hati. Bertambah sakit hati apabila melihat muka selamba JaeHan itu.

Pintu di buka dari luar, sempat YeonJi mengerling kelibat tersebut sebelum dia memejamkan mata. Taeyeon yang masuk, jadi dia buat buat tidur.

Taeyeon duduk di birai katil YeonJi, dia pandang saja wajah tersebut. Dia tak tahu pun yang YeonJi sebenarnya hanya buat buat tidur.

   "YeonJi, sampai bila kita nak macam ni? Hidup unnie tak lengkap kalau selalu tak berbual dengan YeonJi, tak kesiankan unnie ke?" Taeyeon berbual sendiri tapi YeonJi mendengarnya. Setiap hari Taeyeon cuba menelefon dan menghantar sms kepada adiknya tetapi langsung tiada balasan.

   "Minggu depan unnie nak pergi China, ada kerja." Bagitahu Taeyeon. Entah kenapa dia rasa adiknya sedang mendengar apa yang sedang dia cakapkan ini.

YeonJi buat buat bergerak mencari posisi yang lebih selesa. Taeyeon hanya lihat sahaja adiknya bergerak.

   "Tak apalah YeonJi, unnie nak keluar dulu ni." Taeyeon bangun dan keluar dari bilik adiknya.

Perlahan lahan YeonJi membuka mata apabila dengar akan pintu di tutup rapat. Dia bangun dan terus mengunci pintu, lalu dia capai pula telefon pintarnya.

YeonJi: Annyeonghaseyo, Taehyung oppa!
Taehyung: YeonJi! Kenapa ni? Ada apa apa ke?
YeonJi: YeonJi nak jumpa dengan oppa, Baekhyun oppa dan Chanyeol oppa. Boleh tak? Tapi bukan malam ni lah, esok masa lunch hour?
Taehyung: Boleh, tak ada masalah. Esok jumpa, dekat mana?
YeonJi: Dekat restoran ***
Taehyung: Kalau macam tu okeylah.
YeonJi: Tak apalah YeonJi nak tidur dulu ni. Good night, oppa😘.
Taehyung: Good night. Sweet dream😘😳.

YeonJi tersengih sengih melihat sms terakhir Taehyung padanya itu. Dia tutup telefonnya lalu di letakkan di atas meja kecil sebelah katilnya. YeonJi baru baru ini memang sengaja memanggil Taehyung dengan gelaran oppa itu, lagipun Taehyung layan sahaja. Mungkin dia sendiri pun suka dengan gelaran tersebut.

Tengah hari itu terasa sangat panas, air sejuk yang berada di atas meja di sedut rakus. Sambil menunggu gadis yang seorang ini mereka berbual bual kosong, tak tahu nak berbual tentang apa lagi. Pasal JaeHan mereka diamkan dahulu buat masa sekarang, malas nak bangkitkan lagi.

Gadis itu datang mendekati meja mereka sambil tersengih sengih seperti kerang busuk, mereka pula sengaja menayang wajah tak puas hati mereka padanya kerana datang lambat, tu pun dua puluh minit sahaja.

Gadis tersebut melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Chanyeol. Baekhyun dan Taehyung duduk berhadapan dengan mereka berdua.

   "Kenapa nak jumpa ni? Dah tu lambat sampai pulak," Baekhyun bersuara sambil menyilangkan tangan.

YeonJi sengih. "Mianhae... Taeyeon unnie nak pergi China minggu depan, tahu tak?"

Baekhyun mengangguk, gila dia tak tahu, dia kan PA Taeyeon. Lagipun dialah yang memberitahu tentang Taeyeon perlu pergi ke China itu minggu hadapan. Chanyeol dan Taehyung menggelengkan kepala, memang diaorang berdua ni tak tahu apa apa.

   "Oppa kan PA Taeyeon, takkanlah oppa tak tahu pulak" sangkal Baekhyun.

   "Lupa pulak"

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now