"Macam mana ni?" Bahu Chanyeol di goyang goyangkan oleh Taehyung, sudahlah badan Chanyeol tidaklah besar sangat jadi badan tu pun bergoyang goyang seperti yang di goyangkan Taehyung. Kuat pula tu, Chanyeol pun langsung tak keraskan badannya daripada terus di goyangkan itu.
"Hyung pun tak tahu" jawab Chanyeol tersekat sekat kerana di goyangkan begitu.
Chanyeol menolak tangan Taehyung dari terus menggoyangkan badannya kerana dia sudah rasa mual mahu termuntah dengan perlakuan Taehyung tadi. Dia bersandar pada dinding di dalam rumahnya untuk menghilangkan rasa pening yangi di alaminya.
"Hyung dah seminggu pun berlalu, dah lebih tau masa yang doktor bagi tiga bulan yang lepas. Baekhyun hyung tetap degil, dia masih tak nak buat pembedahan walaupun dia sendiri tahu keadaan dia dah semakin teruk sekarang. V tengok dua tiga hari ni macam mayat hidup pun ada jugak," Taehyung bercekak pinggang sambil bermundar mandir di ruang tamu rumah Chanyeol itu.
Chanyeol mengangguk beberapa kali, dia tahu semua tu kerana dua hari yang lepas dia pergi ke rumah mereka untuk makan malam bersama kerana keluarganya sekarang berada di negara orang. Appa nya perlu mengikut bos buat kerja di sana dan omma nya terpaksa ikut pergi bersama.
"Hyung tahu tapi kita boleh buat apa? Baekhyun tu memang degil tahap gaban pun, susah tau nak pujuk dia" dahi Chanyeol berkerut. "Tengoklah sekarang, dah sakit macam tu pun masih nak berdegil tak nak dengar cakap orang lagi" Chanyeol menggeleng gelengkan kepala.
Taehyung melabuhkan punggung di atas sofa tunggal, dah naik lenguh pula pinggangnya berdiri tadi. Dia pandang Chanyeol dengan muka jelas jelas risau. "Hyung nak tahu tak, Baekhyun hyung nak masuk kerja jugak esok" Taehyung sengaja menjegilkan matanya.
Pantas Chanyeol pandang ke arah Taehyung, matanya juga membulat. "Eh, mana boleh pergi kerja, tempah penyakit namanya tu" Chanyeol nampaknya tidak setuju.
"Kan?"
Chanyeol mengangguk.
"Omma dengan appa pun dah nasihat jalankan pembedahan langsung Baekhyun hyung tak ikut. Lepas tu tak bagi dia pergi kerja pun Baekhyun hyung bantah jugak," bagitahu Taehyung.
Chanyeol tarik tarik rambutnya semdiri. Stress dapat kawan yang degil sangat ni. "Tak apa, esok kalau dia nak masuk kerja tak apa. Kita kena tengok tengokkan dia, takut jadi apa apa dengan keadaan dia yang tak sihat tu" Chanyeol cuba menyabarkan diri sendiri. Boleh hilang sabar pula dengan Baekhyun itu.
Taehyung mengangguk setuju.
"V dah cakap dengan Hyuk sekali, dia cakap okey je kalau nak pantaukan Baekhyun hyung tu masa dekat tempat kerja" Taehyung bersandar pada sofa. Dia menarik nafas, dia pun dah hilang sabar dengan Baekhyun. Silap silap tak lama lagi dia heret juga abangnya pergi ke hospital untuk menjalankan pembedahan.
Chanyeol mengangguk pula. Dia lihat wajah Taehyung yang jelas jelas sangat risaukan keadaan Baekhyun tapi Baekhyun pula buat perangai degil dan keras kepalanya itu. Chanyeol lihat Taehyung memejamkan matanya, mumgkin cuba menenangkan hati sendiri.
Sejak masuk ke dalam pejabat, Baekhyun, Chanyeol, Taehyung dan Hyuk dapat lihat ramai staf mereka yang berbisik sesama mereka sambil mata memandang ke arah Baekhyun. Mereka faham sangat kenapa mereka semua berbisik bisik, sudah pastinya kerana Baekhyun. Yalah, Baekhyun nampak sangat sangat sedang menahan sakit tetapi dia sahaja yang mengaku dia tak sakit sedangkan mereka semua boleh mengagak keadaan Baekhyun ketika ini.
Kedatangan Taeyeon membuatkan semua duduk di tempat masing masing, Baekhyun pula hanya menundukkan kepala berharap Taeyeon tidak perasan dengan keadaannya ketika ini. Nasib Baekhyun baik kerana Taeyeon terus sahaja masuk ke dalam biliknya tanpa memanggil Baekhyun masuk bersama. Selalunya waktu Taeyeon sampai pastinya nama Baekhyun yang akan di seru masuk ke dalam biliknya sebelum dia melangkah masuk.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...