Part 51

616 82 12
                                    

Kepulangan dua pasangan bahagia di jemput oleh Chanyeol dan Tiffany di lapangan terbang. Tiffany yang nak sangat mengikut Chanyeol mengambil mereka semua, boleh jugalah dia berkenalan dengan bos baru dia.

Macam masa sampai Paris juga, Baekhyun dan Taehyung terpaksa menarik bagasi mereka sendiri tanpa di bantu oleh isteri masing masing. Bukan Cik Isteri tak nak hulur bantuan tapi mulut Encik Suami yang pandai pandai jawab 'tak apa kami boleh buat'. Dan sekarang memang di tinggalkan di belakanglah.

Sadis.

Chanyeol melambai tangannya ke arah Taeyeon dan YeonJi yang sudah menampakkan susuk tubuh mereka di situ.

Taeyeon dengan YeonJi berjalan mendekati Chanyeol dan Tiffany.

Berkerut dahi Chanyeol, dia tak nampak pun bayang dua orang lelaki. Dia pandang Taeyeon dengan YeonJi dengan tanda tanya.

"Ambil bagasi" macam tahu tahu sahaja YeonJi apabila melihat wajah yang di pamerkan Chanyeol itu.

"Urm... oppa ni siapa?" Soal YeonJi ingin tahu. Dia baru perasan akan kehadiran gadis ini bersama Chanyeol. "Yeojachingu erk?" Dia tanya, dan dia jugalah yang menjadi tukang jawabnya.

"Ish, mana adalah. Ni COO baru syarikat," Chanyeol mencebik. Tapi dalam hati berharap juga yang gadis ini akan menjadi yeojachingu nya.

Taeyeon terus pandang Tiffany bila dia dengar tentang COO baru syarikat. Cepat cepat di berikan senyuman apabila Tiffany menghadiahkan senyuman padanya.

"Lawa" puji Taeyeon ikhlas.

"Kan. Sepadan gila dengan Chanyeol oppa ni," YeonJi angkat kening sambil sengih.

"Tak adalah," Tiffany tundukkan kepala. Malu pula dia bila menerima pujian serta usikan daripada YeonJi itu.

Chanyeol menjegilkan mata pada YeonJi, muka dia dah berubah merah dah pun.

Seketika kemudian kelibat Baekhyun dan Taehyung kelihatan.

Chanyeol buat muka terkejut. Dia kelip kelipkan mata lepas tu dia gosok gosok mata pula. "Bukan hari tu korang pergi bawa empat bagasi je ke? Kenapa balik ni boleh jadi enam bagasi pulak?" Dia bercekak pinggang. Fikir juga betul ke mereka masa pergi bawa dua bagasi sahaja.

"Memang empat, tapi nak buat macam mana. Kau faham faham je lah" Baekhyun pandang Taeyeon.

Taeyeon tersenyum comel. Nak buat macam mana masa dekat tempat orang macam macam yang dia teringin nak beli padahal dekat Korea ni pun ada jual. Sengajalah tu.

Chanyeol bantu Baekhyun dan Taehyung membawa bagasi itu semua keluar pergi ke kereta.

Usai sahaja masukkan empat bagasi itu mereka berlalu dari situ.

"Tiffany, masuk bilik saya" Taeyeon terus bersuara apabila butang interkom di tekannya.

Petang semalam mereka tiba di Korea tetapi, hari ini masing masing sudah kembali bekerja, bukan tidak mahu mengambil cuti sehari untuk berehat tapi mereka kesiankan YeonJi sahaja. YeonJi terpaksa masuk kerja, jadi untuk adilkannya mereka bertiga juga masuk kerja seperti biasa. Lagipun tak ada antara mereka yang merungut masih merasa letih apabila terpaksa masuk kerja hari ini.

"Masuk" ujar Taeyeon apabila pintunya di ketuk dari luar. Sudah pasti Tiffany yang datang, seperti yang di arahkannya tadi.

Hari ini dia nak berkenalan dengan gadis yang di bawa oleh Chanyeol semalam. Nak berkenalan semalam tapi rasa macam tak mampu nak bersuara sangat kerana terlalu letih. Duduk di dalam kapal terbang berapa jam, buat dia terlalu letih.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now