Part 44

604 87 15
                                    

Macam yang di katakan tiga hari yang lepas, hari ini mereka semua keluar bersama sama. Alasan yang di beri untuk mengajak Taeyeon keluar adalah saja nak luangkan masa bersama sama masa cuti begini. Jadi Taeyeon pun tak ada masalah nak ikut apabila YeonJi adiknya memberitahu yang Baekhyun juga turut serta. Memang tak ada alasan yang Taeyeon nak karang untuk menolak pelawaan mereka semua.

Sekarang ni Taeyeon dengan Baekhyun rapat semacam, tak macam lelaki lain Taeyeon makin rapat dengan Baekhyun. Benih cinta di dalam hati pun makin membesar sangat, rasa macam nak luahkan semuanya sekarang juga. Tak payah nak tunggu.

Taeyeon dua tiga hari ni terfikir juga yang Baekhyun akan berjumpa dengan perempuan yang mampu menarik hati lelaki itu. Dia risau kalau Baekhyun kahwin nanti, pasti dia akan merana semasa Baekhyun dan gadis pilihan Baekhyun tu berkahwin.

Baekhyun pula sekarang asyik tengok jam saja, dia dah berdebar teruk sangat. Rasa tak sanggup nak tunggu malam menjelma, dia rasa macam tak boleh nak lamar Taeyeon lagi. Tapi masa dia nyatakan pada mereka bertiga yang dia tidak bersedia lagi, mereka semua membantah dan memaksa dia meluahkan juga. Sekaligus melamar jadi isteri terus, bila Baekhyun tetap berkeras cakap dia tak nak mereka mengatakan pula mereka tak nak ambil tahu lagi kalau Taeyeon jumpa dengan lelaki lain. Dan masa tu jangan nak menangis pada mereka kerana tak sempat nak luah perasaan dan melamar jadi isteri. Jadi takut perkara itu berlaku, Baekhyun akhirnya akur.

"You can do it" bisik Chanyeol perlahan.

Taehyung dengan YeonJi dah jalan depan bersama Taeyeon, sengaja Taehyung biarkan Baekhyun bersama Chanyeol. Biar Chanyeol tenangkan rakan baiknya itu, dia perasan juga wajah Baekhyun pucat sikit.

Baekhyun kerling ke arah Chanyeol, lalu mengukir senyuman kelat. Dia tak tahu dia boleh buat dengan baik ataupun tidak, dia rasa macam nak lari balik ke rumah ketika ini. Tapi dia gagahkan diri juga.

"Okey Baekhyun. Kau boleh buat benda ni, bukannya susah sangat pun, just luahkan apa yang kau rasa pada Taeyeon selama ni dan terus lamar dia jadi isteri kau, takkan tu pun kau tak boleh nak buat jugak?" Soal Baekhyun sendiri pada diri sendiri. Dia perlu kuatkan hati sendiri. Dengan dorongan rakan rakan dan keluarga membuatkan dia lebih kuat dari biasa. "You can do it, Byun Baekhyun! Just be youself. Jangan pura pura gila pulak malam nanti. Semua kawan dan keluarga percaya yang kau boleh buat yang terbaik malam ni. Hwaiting Byun Baekhyun," Baekhyun memberikan kata kata semangat kepada diri sendiri.

"Hyung nak tengok cerita apa? Kitaorang yang lain dah setuju nak tengok Iron Man baru ni," soal Taehyung untuk kali ke tiga. Tapi kali ini dia berbisik pada telinga Baekhyun.

Baekhyun seperti baru bangun dari tidur, dia pandang Taehyung dengan riak blurnya. Matanya terkebil kebil memandang mereka semua silih berganti. Taehyung menunding jari ke arah poster Iron Man yang mahu mereka tonton pada Baekhyun. Tanpa membalas apa apa, Baekhyun menganggukan kepalanya setuju.

Chanyeol, Taehyung dan YeonJi tersengih sengih suka. Mereka bertiga ada cadangan lain pula, Taehyung yang akan pergi belikan tiket untuk mereka dan pastinya dia akan memilih couple seat untuk Baekhyun dan Taeyeon. Chanyeol tolak bahu Taehyung perlahan, meminta dia pergi cepat sebelum Baekhyun berubah fikiran nak tengok cerita lain.

Beberapa minit kemudian, Taehyung kembali sambil mengangkat kening pada mereka semua. Hanya Chanyeol dan YeonJi sajalah yang faham dengan jongketan kening tersebut, Baekhyun dan Taeyeon sama sama blur tak tahu apa apa pun.

"Kita ada lagi sejam sebelum cerita mula, jadi apa kata kita pergi makan isi perut yang lapar ni ke apa dulu," Taehyung pegang perut sendiri. Dah lama dah dia lapar tapi, malas nak bersuara. Dah dapat tiket, barulah dia nak bersuara yang dia tengah lapar sekarang.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now