Baekhyun menguap entah untuk kali yang keberapa dah, dia menguap bukan kerana mengantuk tapi kerana bosan tolong omma Byun buat persiapan untuk Taehyung yang tidak lama lagi. Dia pandang Chanyeol dan Taehyung yang bersungguh sungguh membuat tugasan yang di berikan omma Byun tadi. Dia sahaja yang berhenti dari buat kerja, betul betul dah bosan. Mereka sudah dua jam membuat kerja, mahunya tak bosan duduk buat kerja saja. Sudahlah kerja yang langsung tak pernah dia buat selama ini, tiba tiba saja.
Dia lihat omma Byun yang sedang bunga di tempat khasnya itu, dia memang dah tak ada selera nak sambung kerja lagi dah. Chanyeol pandang Baekhyun, lalu mengangkat keningnya.
"Kau kenapa?" Soal Chanyeol. Omma Byun dan Taehyung juga turut pandang Baekhyun.
"Bosan gila buat kerja ni, macam apa lagi. Sakit habis dah kaki aku ni, dah naik kebas tahu" bebel Baekhyun sambil memegang kakinya sendiri.
Omma Byun ketawa. "Kalau tak nak buat tinggalkan je lah, omma boleh buat sorang sorang. V dengan Chanyeol pun kalau dah penat berehatlah dulu" kata omma Byun pandang Chanyeol dan Taehyung pula.
"Kalau omma cakap dari awalkan bagus tadi, tak adalah rasa terpaksa nak buat benda alah ni semua" Baekhyun tolak jauh jauh barang yang berada di hadapannya. Mulanya tadi baru buat dia rasa seronok nak tolong tapi bila dah lama lama mulalah kebosanan melanda.
Taehyung bangun dari duduk, punggung dia pun dah terasa kebas juga tapi tak adalah dia rasa bosan sangat buat ni semua. Lagipun semua ni kan untuk dia juga, malaslah dia nak merungut macam Baekhyun. Chanyeol gerak gerakkan badannya untuk merenggangkan tulang temulangnya.
"Lagi dua minggu kan majlis V dengan YeonJi ni omma?" Baekhyun pandang omma Byun yang masih sibuk.
"Yelah, omma saja nak siapkan awal awal. Nanti tak adalah kelam kabut sangat, Baekhyun tu bila pulak nak kahwin ni? Adik dah nak lepas tak lama lagi ni," omma Byun pandang Baekhyun sambil mengangkat sebelah keningnya.
Baekhyun mencebik apabila dengan Chanyeol dan Taehyung ketawakan dirinya. "Nantilah omma, tak ada calon lagilah. Lagipun malaslah Baekhyun nak cari calon waktu sekarang ni," balas Baekhyun malas tapi, dia terberangan juga dia berkahwin dengan Taeyeon kelak. Adoi... berangan jauhlah pula Baekhyun ni. Ni kalau Taehyung tahu mahunya dia ketawa dan cerita habis dekat orang lain. Orang lain tak apa lagi, tapi jangan Taehyung ni cerita dekat Taeyeon sudah.
Taehyung pandang abangnya. "Bukan hyung ni malas nak cari calon omma, tapi Baekhyun hyung ni tengah tunggu omma bagi signal untuk dia ambil Taeyeon noona tu sebagai menantu omma. Ingat V tak tahu ke ada apa dalam hati Baekhyun hyung ni," Taehyung mendabik dada. Bangga kerana tahu apa yang terisi di dalam hati abangnya.
Mulut Baekhyun terkumat kamit memarahi Taehyung yang pandai pandai cakap macam tu depan omma Byun. Nasib baik Taehyung duduk di sebelah Chanyeol, bukan dia sebelah dia. Kalau tak memang dia bagi penumbuk percumalah dekat bahu tak berapa nak besar Taehyung tu.
Taehyung tersengih sengih melihat muka tak puas hati Baekhyun, dia seronok dapat cakap macam tu dekat omma Byun. Selalunya Baekhyun sahaja suka bocorkan rahsianya, kali ini giliran dia pulalah nak bocorkan rahsia Baekhyun pada omma Byun. Padan muka!
"Kau jangan memandai erk V, hyung cepuk kejap lagi jaga kau. Omma, daripada omma tanya Baekhyun, baik omma tanya Chanyeol ni. Dia pun tak kahwin lagi," bahu Chanyeol di tolak kuat oleh Baekhyun.
Pantas Chanyeol pandang Baekhyun dia menjegilkan mata. "Apasal aku pun kena sekali ni, ada aku cakap apa apa tadi? Tak adakan," dia mencebik.
Baekhyun ketawa kecil. "Alah, aku cakap je lah. Bagus jugak sebenarnya kalau omma membebel dekat kau sikit, aku dengar omma kau asyik bising dekat kau tak ada calon macam aku jugak" Baekhyun angkat kening.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...