Sudah seminggu lebih Baekhyun tidak sedarkan diri. Hari ini Chanyeol dan Taehyung datang tengah hari sedikit, baru tolak pintu bilik langkah mereka berdua terhenti lalu mereka berpandangan. Terkejut dengan kehadiran seseorang ini, sejak Baekhyun masuk hospital ini memang orang ini setiap hari datang menjenguk walaupun sekejap. Selepas kerja pun dia masih datang melawat Baekhyun lagi.
Chanyeol memberikan isyarat kepada Taehyung untuk berjalan masuk dahulu, kemudian barulah dia pula masuk mengikut langkah Taehyung.
Taehyung berdeham perlahan untuk menarik perhatian orang tersebut, nampaknya memang orang ini langsung tidak perasan dengan kehadiran mereka sebentar tadi kerana mereka boleh nampak bahu orang itu terangkat sedikit.
Mereka sama sama mengukirkan senyuman. "Cik Taeyeon buat apa dekat sini?" Soal Taehyung.
"Erk... tadi datang sebenarnya nak melawat kawan tapi pihak hospital cakap dia dah keluar sebab tu lah datang sini je. Alang alang, kan" Taeyeon mengukirkan senyuman. Tapi yang pasti apa yang di tuturkan olehnya ada alasan semata mata, dia datang memang mahu melawat Baekhyun pun.
Nampaknya Chanyeol dan Taehyung seperti percaya bulat bulat sahaja apa yang di katakan Taeyeon itu.
"Dah lama ke datang?" Soal Chanyeol pula.
"Sejam macam tu lah, ingatkan korang berdua ada dekat sini. Kan selalunya korang datang sini awal," Taeyeon pandang Baekhyun yang terbaring kaku itu.
Kepala mereka terangguk angguk.
"Dah lamalah Cik Taeyeon dekat sini, kitaorang pun baru je keluar dari bilik doktor tanyakan keadaan Baekhyun ni" Chanyeol duduk di birai katil.
"Doktor cakap apa?" Kalut sahaja Taeyeon menyoal.
Chanyeol kerling Taehyung yang juga kerling ke arahnya. Rasa macam pelik sahaja kenapa Taeyeon tiba tiba macam 'sibuk' sangat nak tahu. "Doktor cakap mungkin paling cepat Baekhyun bangun dua minggu macam tu, urm... paling lewat sebulan dua lagi" bagitahu Chanyeol. "Keadaan Baekhyun okey je, tapi cuma nak tunggu dia bangun sahajalah dari tidur yang panjang ni" tambah Chanyeol lagi. Dia dah rasa semacam dengan bosnya ini.
Taeyeon mengangguk angguk, lalu kembali pandang ke arah Baekhyun. Entah kenapa dia suka sangat melihat wajah itu... dan dia berharap saat ini mata yang terpejam akan celik.
"Mian lambat" tiba tiba seorang lelaki melangkah masuk. "Tadi cari tempat letak kereta, sebab tu lah lambat sikit tu" seperti rasa ada mata lain yang memandang pantas Hyuk pandang ke arah kerusi. Terkejut juga dia apabila melihat kelibat Taeyeon berada di situ, Hyuk kembali pandang ke arah dua orang lelaki itu, dia nakkan penjelasan tetapi mereka berdua membalas dengan gelengan.
Hyuk mengukirkan senyuman pada Taeyeon yang sedang pandang ke arahnya, nampak Taeyeon tidak seperti selalu lagi kerana dia membalas senyuman tersebut tanpa ragu lagi dah. Selalunya senyuman Taeyeon itu terlalu mahal untuk dia ukirkan pada pekerjanya.
"Dah lama ke Cik Taeyeon datang?" Soal Hyuk seperti Chanyeol tanya sebentar tadi.
"Sejam baru," balas Taeyeon pendek. Malas nak jawab panjang panjang pada Hyuk.
Taeyeon bangun dari duduknya lalu mencapai beg tangannya di atas meja kecil di tepi katil. Dia pandang mereka bertiga. "Saya nak pergi kafe kejap, korang nak apa apa? Boleh saya tolong belikan untuk korang"
Mereka menggeleng.
Taeyeon mengangguk kepala sedikit, lalu menapak keluar dari bilik tersebut. Dia pula rasa macam tak selesa apabila di keliling oleh manusia yang bernama lelaki sahaja. Jadi apa apa nanti, siapa yang susah kalau bukan dia sendiri. Baik sebelum jadi apa apa dia keluar dahulu.
YOU ARE READING
[✔] Husband Encik P.A
Fanfiction"Lapan puluh ribu ringgit untuk pembedahan Baekhyun hyung, dekat mana nak cari duit sebanyak tu" ~ Taehyung Setelah Baekhyun pengsan semasa berada di tempat dia bekerja, doktor memberitahu mereka semua akan penyakit Baekhyun yang semakin teruk itu. ...