Part 16

680 86 17
                                    

  "Kau ni Baekhyun, hari tu tak ada pulak cakap dengan aku nak makan bubur ayam yang aku buat tiap tiap hari, tahulah bubur ayam yang aku buat tu sedap tapi tak payahlah nak makan setiap hari" Chanyeol buka tudung bekas yang berisi bubur ayam yang di buatnya.

Baekhyun pandang Chanyeol. "Alah, baru seminggu aku mintak kau buat bubur ayam ni kau dah nak merungut ke apa? Bubur ayam kau ni sedap sangat, nak buat macam mana. Mengidam tau" Baekhyun gigit sudu.

"Kau ni mengidam macam perempuan mengandunglah," Chanyeol masukkan bubur ayamnya ke dalam mangkuk di hadapan Baekhyun. Sudu yang di gigit Baekhyun terus di rampas Chanyeol. "Sudu ni untuk cedok makanan yang berkuah bukan untuk kau gigit dia macam tadi tu" Chanyeol menjegilkan matanya.

Baekhyun mencebik, dia menarik mangkuk yang sudah berisi bubur ayam yang di buat oleh Chanyeol dekat dengannya. Sudu yang berada di dalam genggaman Chanyeol di rampas kembali, tanpa menunggu lagi terus Baekhyun menjamahnya.

Taehyung yang tadi duduk di luar rumah melangkah masuk dan terus menuju ke dapur, seketika kemudian dia datang ke arah Baekhyun dan Chanyeol yang duduk di ruang tamu. Dia sengih lalu menghulurkan mangkuk sama besar dengan Baekhyun pada Chanyeol. Tanpa menyoal apa apa Chanyeol mencapainya, lalu di tuang bubur ayam ke dalam mangkuk Taehyung pula. Macam dia tak tahu, selama seminggu ni bukan Baekhyun seorang sahaja yang makan bubur ayam tersebut tetapi Taehyung juga turut serta.

"Kau sakit ke Baekhyun sakit sebenarnya ni?" Soal Chanyeol apabila Taehyung menjamah bubur ayam tersebut dengan penuh selera sekali.

"Baekhyun hyung, V tolong habiskan je" balas Taehyung selamba.

Baekhyun tersengih, malas nak masuk campur dengan perbualan mereka berdua. Dia kembali menjamahnya.

Chanyeol gelengkan kepala. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah pergi ke dapur. Beberapa minit kemudian Chanyeol kembali ke ruang tamu.

"Aku nak balik dulu, nanti aku datang lagi erk... esok nak aku buatkan bubur ayam ni lagi ke apa?" Soal Chanyeol.

"Tak apalah, lain kali je lah. Aku bukan hantu bubur ayam sangat nak makan tiap tiap hari ni, si V ni ye lah," Baekhyun pandang ke arah Taehyung.

Chanyeol mengangguk.

"Kalau macam tu aku balik dulu, kalau nak bagitahu dengan aku. Kalau nak makan selain bubur ayam pun cakap je dengan aku, aku akan buatkan untuk kau tapi jangan mintak makanan yang pelik pelik aku tak pernah masak pulak" ujar Chanyeol.

Baekhyun dan Chanyeol sama sama melangkah keluar dari rumah, Baekhyun tunggu di situ sampailah kelibat Chanyeol hilang dari pandangannya.

"YeonJi, sini kejap" panggil Taeyeon apabila YeonJi turun ke tingkat atas.

YeonJi melangkah ke dapur di mana Taeyeon sedang berada, dia memberikan isyarat kepala pada Taeyeon. Sempat juga dia kerling ke dalam periuk.

"Cuba YeonJi rasa bubur ayam ni, sedap tak?" Taeyeon tundingkan jarinya ke arah periuk bubur ayam yang baru siap.

YeonJi pandang periuk bubur ayam dan Taeyeon silih berganti, seketika kemudian mata YeonJi terkebil kebil melihat wajah ceria kakaknya. "Unnie yang buat bubur ayam ni?" Soal YeonJi tidak percaya.

Taeyeon mengangguk.

"Sejak bila unnie pandai memasak pulak ni? Tak tahu pun YeonJi yang unnie pandai masak, belajar dengan omma dan auntie Lee erk?" YeonJi tersenyum lebar.

"Tak adalah, ni kali pertama unnie masak tau. Tak ada mintak pertolongan siapa pun, sebab tu unnie nak YeonJi rasa bubur ayam ni," Taeyeon tersengih.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now